Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AVON PERKENAL FORMULA BAHARU DALAM RANGKAIAN PRODUK ANEW



JENAMA Avon sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi waima selama 130 tahun Avon telah bersama wanita menyediakan produk kecantikan yang berkualiti dan inovatif.


Terbaharu, sempena meraikan tahun ke-28,  rangkaian produk ANEW, sebagai peneraju kepada Sains Penjagaan Kulit dan Teknologi Canggih  menghasilkan sebuah teknologi revolusi yang meningkatkan pengeluaran kolagen secara semula jadi 2 x lebih banyaK daripada jenama anti-penuaan terkemuka.


Memperkenalkan krim kegunaan harian ANEW: Reversalist and Ultimate dengan formula baru dikuasakan oleh teknologi terkini AVON, Protinol, pengguna yang berusia 30 hingga 50 tahun ke atas akan melihat peningkatan visual kepada kesihatan dan penampilan kulit mereka hanya dalam masa 48 jam.



Protinol™ adalah sejenis bahan ekslusif yang ditemui oleh Saintis Avon, berkemampuan untuk mengubah kolagen dengan cara yang unik berbanding bahan anti-penuaan yang lain*. 


Tidak sekadar merangsang pengeluaran kolagen baru, ia turut membantu mendorong kandungan dan struktur kolagen menjadi hampir seumpama kulit bayi.



Julianne Ang, Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd berkata: 


“ANEW adalah jenama rangkaian utama bagi produk penjagaan kulit Avon. ANEW juga mempunyai rekod yang konsisten dalam menerajui pasaran utama dengan pelancaran pelbagai penjagaan kulit, seperti Asid Alpha Hydroxy, teknologi Activinol dan Paxillium, Vitamin C tulen yang berkuasa dan stabil, dan tiga kali ganda dos Asid Hyaluronic - antara bahan penjagaan kulit yang popular hari ini”.


Menurut Julianne, rangkaian ANEW yang diperbaharui ini menunjukkan ciri moden dan premium yang akan membawa perubahan terhadap tingkah laku pengguna. 


“Momen pembaharuan ini menunjukkan bagaimana Avon menjadi peneraju yang membantu wanita untuk berasa bangga dengan kecantikan diri serta memahami cara penjagaan kulit mereka dengan sebaik-baiknya,” tambah beliau. 


Sambung Julianne lagi, apa yang menggembirakan mengenai pembaharuan ANEW dengan Protinol™ adalah kini, trend penjagaan kulit terkini menjadi lebih mudah didapati oleh setiap wanita bagi membantu mereka mendapatkan kulit yang terbaik. 


“Ini adalah faktor mengapa Avon terus berinovasi – untuk memperkasakan wanita dengan memberikan pandangan yang lebih baik terhadap sejarah wanita, kecantikan dan kulit terbaik mereka, yang dicapai melalui produk berkualiti tinggi dan fomula inovatif yang berkesan di setiap fasa dalam kehidupan seorang wanita”, tambah Julianne. 



Identiti visual dan penjenamaan ANEW turut berubah untuk menampilkan sentuhan yang lebih moden, relevan dan lebih premium melalui elemen-elemen geometri dan grafik bersentuhan minimalis. 


Dengan inovasi terbaharu ini, ANEW mempromosikan peralihan imej yang lebih menarik, kontemporari dan hebat, yang lebih relevan dengan pengguna masa kini. 




#AVON #ANEW #Protinol #Inovatif #KrimWanita #Kolagen #AnewReversalist

Tiada ulasan:

Catat Ulasan