Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DOLLA CIPTA SEJARAH, PEROLEH KERJASAMA SAMSUNG MALAYSIA



SATU-SATUNYA
, kumpulan pemyanyi wanita,   ‘DOLLA’ yang dibayangkan sama seperti kumpula terkenal KPop, ‘BlackPink’ kini semakin mendapat perhatian ramai setelah muncul dengan dua single ‘Dolla Make You Wanna’ dan ‘Impikan’.

Terbaharu, kumpulan yang dianggotai Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya ini melangkah setapak lagi apabila berani mempertaruhkan bakat mereka dengan sebuah lagu raya yang diberi judul 'Raya Raya Raya'.


Masih mengekalkan konsep genre pop yang dibawa oleh mereka malah disulami dengan irama tadisional, 'Raya Raya Raya'  merupakan lagu raya pertama yang dinyanyikan oleh artis wanita berkumpulan setelah sekian lama.


Lagu ciptaan bersama oleh beberapa komposer dan penulis lirik yang professional iaitu Kalerj, Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Nick Arif, Acap Salim dan Somean K-Clique ini dilihat dapat memperlihatkan lagi bakat DOLLA yang bukan sahaja mampu menyanyikan lagu pop yang rancak, malah lagu yang mempunyai unsur tradisional.


Terbitan Universal Music Malaysia, lagu tersebut menyentuh mengenai percanggahan gaya tradisional dan moden untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di mana perkembangan teknologi yang pesat telah mempengaruhi bagaimana mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada masa kini, terutamanya bagaimana alat dan platform media sosial yang signifikan mempengaruhi interaksi antara keluarga dan rakan.



Sehubungan itu, Universal Music berkolaborasi bersama Samsung Malaysia untuk menghasilkan video muzik ‘Raya Raya Raya’ nyanyian Dolla  bertemakan inisiatif baru - ‘ A Rising Star’ bertujuan memberi inspirasi dan menyatukan anak-anak muda Malaysia.


Sebagai peneraju global dalam teknologi mudah alih, ‘A Rising Star’ menunjukkan komitmen Samsung Malaysia untuk meningkatkan industri seni dan muzik tempatan dengan menyediakan jalan bagi para belia masa kini untuk benar-benar menikmati seni dan muzik - memanfaatkan ciri unik melalui pelancaran gajet terbaharunya  -Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72.


Majlis pelancaran video muzik sekali gus memperkenalkan rangkaian telefon Galaxy terbaharu itu diadakan di pawagam lama yang diberi wajah baharu ‘Rex KL’ baru-baru ini.

Dengan semangat itu, Samsung juga melancarkan ‘DOLLA TikTok Challenge’ pada 1 Mei 2021  di mana penyertaan yang kreatif kala menyampaikan lagu raya DOLLA  berpeluang memenangi sembilan unit Galaxy A32 Samsung yang baru. 


Maklumat lanjut mengenai cabaran Tik Tok tu boleh layari  https://www.samsung.com/my/offer/awesome-dolla-raya atau terus KLIK SINI


Selain itu, Samsung dan Universal Music juga  bekerjasama dalam aktiviti yang akan memperkasakan para belia dalam mencapai impian mereka dalam industri muzik, melibatkan seniman tempatan yang semakin meningkat, Jeii Pong dan Gaston Pong, juga dikenali sebagai "PongPong".



“Kami merasa berbesar hati kerana dapat mengadakan kolaborasi besar-besaran dengan Samsung untuk rakaman lagu Raya Raya Raya ini. Ia menandakan satu lagi kejayaan bagi DOLLA sebagai selebriti baru dan juga bagi kami, dalam keluarga Universal Music Malaysia. 

Keseluruhan idea adalah memperkenalkan DOLLA sebagai selebriti baru yang semakin meningkat dan juga untuk memperkukuhkan kehadiran mereka di peringkat tempatan, serantau dan akhirnya di peringkat global,” ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim (gambar bawah, 3 dari kanan). Turut bersama Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia, Elaine Soh (tengah).



Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencerahkan bandar, Samsung bekerjasama dengan beberapa seniman mural berbakat untuk melukis dan mewarnai beberaoa bangunan ikonik di seluruh kota kosmopolitan Kuala Lumpur, antaranya Orkibal, Lowkey dan Bonno Stellar.


Murah wajah kumpulan DOLLA dilihat menghiasi bangunan REX KL di Chinatown menampilkan watak dan warna yang menyeronokkan sekali gus menggambarkan budaya Malaysia dengan tepat tidak lagi berwarna cat tua dan kelabu kusam seperti dulu.



Mengenai mengapa inisiatif ini  di ‘Powered by Galaxy A’? 



Ini kerana  kata Samsung, mereka  ingin membawa elemen kreatif dan menyeronokkan siri Galaxy A ke dunia, seperti yang dilakukan dengan mural ini.

Sementara itu ini komen Sabronzo mewakili kumpulan DOLLA:


“Pengalaman merakamkan video muzik sangat menyeronokkan kerana kita semua berpakaian seperti di era ‘retro’. Tidak ketinggalan, tenaga positif yang wujud di antara warga kerja juga benar-benar membantu. Oleh kerana kami adalah empat gadis dengan gaya dan idea nyanyian yang sangat berbeza, mereka sangat terbuka dalam menerima segala jenis perubahan atau cadangan.”




#DOLLA #RayaRayaRaya #SamsungMalaysia #SamsungGalaxyA32/52/72 #Mural 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan