KIRIMKAN SALAM MELALUI PIZZA KARI RAYA, TEMPAH SEBELUM 21 JUN
DALAM kehidupan norma baharu ini, Hari Raya tidak lagi wajib dihidangkan dengan rendang ayam, ketupat, nasi himpit kuah satay dan seumpamanya.
Generasi baharu sudah ada menu mereka tersendiri sebagai menu tambahan bagi yang sedia ada di mana antaranya hidangan pizza paling menjadi hidangan kesukaan.
Tidak hairanlah Pizza Hut menyambut Hari Raya dengan meneruskan tradisi memperkenalkan menu terbaharunya, Pizza Kari Raya.
Pizza baharu yang diinspirasikan sempena sambutan Hari Raya ini telah dicipta untuk meraikan ikatan dan mewujudkan semangat Raya pada semua, di mana setiap keluarga kini dapat menikmati pizza terbaharu berperisa kari bersama keluarga tersayang di rumah tanpa kerumitan memasak dan menyediakan juadah Raya.
"Kini kesemuanya dapat bersantai dan menikmati setiap detik perayaan disamping keluarga bersama makanan yang mudah dinikmati ini," ujar Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.
Menerut beliau, walau pun Raya tahun ini juga disambut dengan sedikit berbeza namun tidak semestinya sambutan tidak bermakna.
Antara hikmahnya, keadaan kali ini membuka ruang untuk mengingatkan kita supaya sentiasa menghargai keluarga dan insan tersayang, sama ada duduk serumah ataupun jauh di mata, kita harus menghargai dan terus memberikan kegembiraan kepada mereka terutama sekali di musim perayaan ini.
“Raya adalah untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dan walaupun perayaan tahun ini nampaknya penuh dengan kenangan pahit manis, itu tidak bermakna kita tidak dapat merayakannya dengan gembira. Sebaliknya, kita harus sentiasa bersyukur dan cuba untuk mewujudkan cara baru untuk meyemarakkan lagi hubungan yang ada selama ini,” tambah Emily.
Sambungnya, walaupun bersalam dan berkunjungan amat tidak digalakkan pada waktu ini, Pizza Hut berharap agar semua umat Islam terus menyambut Hari Raya dengan meneruskan tradisi ‘bersalam’ dan bermaafan melalui penghantaran pizza Kari Raya, disertakan dengan 'Kad Salam' yang berfungsi sebagai kiriman salam kepada mereka yang jauh di mata.
“Pelanggan cuma perlu membuat pesanan melalui laman web atau aplikasi Pizza Hut, dan mereka boleh memilih untuk menghantar pizza dan kad ini sebagai hadiah untuk rakan dan keluarga mereka dengan mengisi maklumat penerima,” ujarnya.
Pizza Kari Raya menampilkan kerak unik berintikan kuah kari dan begedil, ditaburkan dengan ayam perap dan dilimpahi dengan sos kari lazat, boleh didapati untuk waktu yang terhad dari 19 April hingga 21 Jun 2021 dengan harga bermula RM38.90 untuk hidangan ala carte, dan hidangan kombo untuk 2 hingga 4 orang bermula dari RM44.90.
Anda boleh dapatkan pizza terbaru ini melalui khidmat penghantaran, dan bawa-pulang serta melalui agregator khidmat penghantaran makanan lain seperti Grabfood & Foodpanda.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.pizzahut.com.my. atau KLIK DI SINI.
#PizzaHutMalaysia #PizzaKariRaya #GrabFood #Foodpanda #FastFood #Makan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan