Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALAM APRESIASI VIEURA SEMPURNA SERBA SERBI, SASAR JUALAN RM30J 2021

SEKIRANYA majlis ini boleh disamakan dengan membuat adunan masakan, apa yang boleh Kak Fas simpulkan ‘Malam Aspirasi dan Anugerah VIEURA 2020’ yang diadakan di Pusat Konvensyen Bangi Avenue baru-baru ini,  cukup rempah ratusnya serta cukup rasanya.


Mana tidaknya, ini satu-satunya sebuah majlis yang Kak Fas sertai dipenuhi acara dunia akhirat di mana seramai 200 tetamu yang hadir bukan sahaja diserikan dengan persembahan hiburan bahkan ‘halwa telinga’ dapat pula disucikan dengan alunan bacaan al-Quran oleh Fakhrul UNIC  waima dada pula dibekalkan dengan ilmu kerohanian hasil tazkirah pendek PU Yop,  tidak ketinggalan Selawat dan Qasidah mengiringi azan Maghrib majlis berbuka puasa.


Memang cukup sempurna, sesuai dengan nama majlis ‘Malam Apresiasi & Anugerah Vieura 2020’ apatah lagi lagu jingle ‘Al Wiqoyah’ ciptaan DJ Fuzz yang disampaikan oleh kumpulan Mohram di bawah kelolaan bersama penyanyi yang mencetuskan fenomena ‘tsunami’ iaitu ‘tsumawi’ atau Asnawi Ani yang lebih popular disapa Mawi.



Serius… sampai sekarang jingle itu bermain-main di cuping telinga Kak Fas malah lagu tersebut menjadi penghibur para tetamu sepanjang  enam jam majlis berlangsung.


Berbunyi ‘Alwiqoyah, alwiqoyah… ikhtiar, ikhtiar, ikhtiar ‘ antara lriiknya yang masih terngiang-ngian diingati malah apabila disusuli pula dengan laungan ‘Vieura ke Tak”, mereka menjawab, ‘Vieura’.


Haa… apa itu Vieura?


Vieura merupakan nama syarikat Vieura Group Sdn Bhd yang mengeluarkan produk berasaskan roselle dikenali sebagai Jus Al-Wiqoyah.


Majlis ‘Malam  Aspirasi  & Anugerah’  bertemakan ‘tradisional Melayu’ yang berlangsung bertujuan menghargai kerjasama bersama duta Vieura, Mawi yang telah 5 bulan bersama Vieura selain menghargai sokongan dan kepercayaan diberikan oleh semua tim Kumpulan Vieura termasuk kakitangan, stokis dan ejen sehingga syarikat mampu meraih jualan tinggi pada tahun lalu walau pun dilanda COVID-19.



“Produk pertama kami berasaskan roselle, jus Al-Wiqoyah mencatat jualan sebanyak 300 ribu botol pada 2020 dengan jumlah jualan RM14,500.166.00,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Vieura Group Sdn Bhd, Ahmada Muazzam Tasaki.


Wow! Vieura tak Vieura!…meminjam kata Mawi haha….


Sudah tentulah ‘Vieura’ kan apatah lagi dengan pelancaran produk keduanya pada malam tersebut,  iaitu minuman campuran roselle dan kunyit hitam, ‘G-Asfal’, syarikat mensasarkan mampu memperoleh jualan mencecah RM30 juta pada tahun 2021 dengan jualan sehingga 600 ribu botol.



Menurut Ahmada, produk terbaharu ini dihasilkan atas inisiatif pihaknya untuk menyebarkan kebaikan roselle dan kunyit hitam yang terbukti bermanfaat untuk kesihatan. 


"G-Asfal turut mengandungi beberapa bahan lain seperti Arabic Gum, Stevia dan juga kandungan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C,” tambah Ahmada dalam ucapan ringkasnya sebelum menyempurkan pelancaran produknya itu bersama ibu tercinta.


"Kami menjangkakan fenomena luar biasa G-Asfal ini kerana kelainannya tidak terletak pada bahannya yang premium semata-mata tetapi lebih kepada formulasi baharu yang lebih baik,” tambah Ahmada yakin mampu mencapai jualan sasaran sebanyak RM30 juta.


Selain pelancaran produk, majlis turut menyaksikan perkongsian rezeki berupa penghargaan kepada 14 stokis dan 14 ejen yang mencapai jualan tertinggi sehingga RM6 juta dengan hadiah berupa wang tunai, emas 916, barangan elektrik dan trofi antaranya.



“Kenangan paling mengembirakan dan membanggakan kami adalah apabila kami dapat melahirkan leader yang berjaya membuat jualan tahunan lebih dari RM6 juta pada tahun 2020”, ujar Ketua Pegawai Operasi Vieura,  Muiz Karim dalam kata-kata aluan ringkasnya.

Menurutnya, Vieura telah melahirkan ramai usahawan berjaya yang terdiri daripada suri rumah terutamanya, pelajar, pekerja kerajaan dan juga swasta melalui platform bisnes online.


"Misi kami pada tahun 2021 sangat besar dan kami akan lebih fokus dan serius dalam menjayakannya,” tambah Muiz sambil mewar-warkan peluang kepada mana-mana individu yang berminat berkongsi rezeki sebagai ejen atau stokis dengan menyertai ‘keluarga’ Vieura.


Jelas Muiz, setiap individu berpeluang menjadi usahawan Vieura Group Sdn. Bhd dan akan dibimbing oleh leader masing-masing.


“HQ sangat komited dan sentiasa menyediakan material pemasaran seperti gambar, video, pelan pemasaran online, termasuk offline dan terbaharu program TV dan banyak lagi,” tambah beliau.



Pendekata, memang padatlah pengisian majlis Vieura malam tu apatah lagi diserikan dengan pementasan sketsa oleh pelakon dan pelawak popular seperti Saiful Apek, Bell Ngasri, Shanie Hisham, Zalif Sidek dan Along Cham dibawah arahan Mawi.


Khabarnya, Mawi sudah pun menyuntuk Saiful Apek dan Syanie untuk digabungkan semula pasangan pelawak ini melalui filem keduanya kelak berjudul ‘Hantu Kuat Ketawa’. 



Pasti ‘happening’ dan lawak habis kelak filem itu waima sketsa yang dipersembahkan malam itu pun cukup menghiburkan dan kelakar.


Di samping itu, pementasan hiburan pula diserikan dengan nyanyian lagu nasyid oleh kumpulan Hijjaz, Oja Gegar Vaganza dan Mawi sendiri yang menyampaikan lagu baharunya sekali gua menjemput isterinya, Ekin ke pentas, selain menjadi pengacara majlis bersama penyampai radio Zayan, Anas Tahir.




Kak Fas: Terima kasih daun keladi kepada Newsfeed Media yang menjemput. 


Berbaloi rasanya perjalanan jauh ke Bangi khususnya kawasan Putra Mahkota tu..sehari sebelum pelaksanaan semula PKP dan tahniah buat Vieura serta Mawi atas majlis yang cukup sempurna itu.



#Vieura #GAsfal #Al-Wiqoyah #MawiWorld #RoselleKunyitHitam #JusKesihatan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan