NEUTROVIS PERKENAL PELITUP SEPARUH MUKA GAYA RAYA
SEKARANG ni jika ada sesiapa yang keluar rumah tanpa pelitup separuh muka, tentu rasa janggal dan pelik apabila ramai yang akan memandang arahnya.
Hakikatnya, selagi wabak COVID-19 masih berleluasa, selagi itulah kita harus hidup dalam norma baharu.
Wajib pakai ‘mask’, jaga SOP apabila berada di khalayak ramai.
Dan apabila bercakap mengenai pelitup separuh muka atau pun lebih mudah disebut ‘mask’ ini, ia merupakan produk yang kini menjadi tular apabila pelbagai desain boleh didapati di pasaran tempatan mahu pun menjadi antara produk yang diberi ‘percuma’ sebagai daya tarikan peniaga.
Sejujurnya Kak Fas memang cerewet bab pakai ‘mask’ ni…. banyak yang diperoleh sama ada ketika menghadiri event tetapi tidak semua juga yang berkenan di hati.
Kak Fas selama ini lebih suka memakai ‘mask’ yang diperbuat dari kain tetapi mempunyai ruang udara yang membuatkan Kak Fas muda bernafas.
Sebab itu jarrang sangat Kak Fas menggunakan ‘mask’ yang biasa atau lebih dikenali sebagai ‘mask perubatan’ yang putih biru tu.
Pun begitu, baru-baru ini Kak Fas diperkenalkan kepada pelitup muka berjenama ‘Neutrovis’ apabila hadir ke majlis perasmian kempen ‘Mas On, Spread Hope’ yang disempurnakan oleh Menteri Kementrian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Hj Hasnol Zam Zam Hj Ahmad.
Turut bersama, dua pelakon dan penyanyi terkenal, Izzue Islam dan Azira Shafinaz yang diperkenalkan sebagai duta produk di mana Izzue bertindak sebagai duta untuk Neutrovis Barrack Series (Rogue Green & Tartan Blue) manakala Azira mempromosikan Neutrovid Earthly Brown Series dalam rona ‘Dessert Storm & Sahara’.
Sebaik tiba ke meja pendaftaran, Kak Fas dan rakan media lain diberikan sekeping ‘mask’ Neutrovis mengikut pilihan corak dan warna untuk dipakai pada majlis agar semua nampak seragam.
Hendak tak nak Kak Fas terpaksa membuka ‘mask’ kain yang sering Kak Fas gunakan dan memakai Neutrovis rona biru muda bercorak yang dihasilkan khas sempena Hari Raya.
Selepas memakainya, Kak Fas rasa selesa sangat berbanding pelitup separuh muka lain yang Kak Fas biasa cuba. Kenapa agaknya ek?
Apabila diteliti mask perubatan premium ini rupanya mempunyai kadar ’Bacteria Filteration Efficiancy’ (BFE) dan ’Particle Filteration Efficiancy’ (PFE) yang tinggi, mampu menyekat penularan virus dengan kemampuannya untuk menyekat bakteria bersaiz 1-5 micron dan menapis zarah bersaiz 0.1 – 1 micron.
Pelitup Separuh Muka Premium jenama Neutrovis mengungguli kadar tersebut, dengan bacaan melebihi 98% BFE dan 96% PFE.
Ia juga lulus pensijilan CE dan memenuhi standard-standard EN14683.
Barangkali, ramai orang tidak mengetahui bahawa pelitup separuh muka pakai buang hanya sesuai untuk kegunaan industri, yang mana ianya hanya bertindak sebagai penapis habuk, dan tidak mampu untuk menyekat penularan sebarang virus.
Patutlah Kak Fas rasa selesa menggunakannya apatah lagi dengan getah telinga yang ultra lembut, disamping penggunaan fabrik ’non-woven’ premium ekstra lembut untuk mengurangkan iritasi kepada kulit, menjadikannya sesuai untuk dipakai dalam jangka masa yang panjang.
Tidak hairanlah, pelitup separuh muka Neutrovis ini dianugerahkan gelaran “Pelitup separuh muka paling banyak terjual dalam masa setahun” (Jumlah: 195,131,200 keping) oleh Malaysia Book of Records.
Sementara itu, dengan semangat Hari Raya, produk keluaran Maystar Beauty Sdn Bhd ini tidak ketinggalan menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan menyebarkan harapan dengan menyumbangkan sebanyak 100,000 unit Pelitup Muka Perubatan Premium kepada 7 buah rumah anak yatim dan pusat kebajikan di seluruh Malaysia.
Di samping itu, Neutrovis juga turut menyumbangkan 50,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada lebih 20 buah syarikat media di Lembah Klang.
“Sumbangan ini adalah cara kami berbakti kepada masyarakat dan dengan cara ini kami dapat menyebarkan mesej harapan,” ujar Pengarah Urusan Maystar Beauty, Zayn Puah.
Dengan harga RM34.30 sekotak yang mengandungi 50 unit pelitup separuh muka (RM0,70.unit) edisi Hari Raya Neutrovis ini, pengguna boleh memilih untuk bergaya dengan series ‘Gaya Raya’ meliputi desain ‘Lilac Dream & Royal Green’ dan ‘Jom Raya Series’ dengan corak ‘Blue Moon & Festive Green’.
Pelitup separuh muka edisi terhad ini terdapat di pelbagai kedai dan farmasi di seluruh negara, termasuk peruncit yang terlibat seperti Caring Pharmacy, Guardian, Watsons, Health Lane Family Pharmacy, AA Pharmacy, HTM Pharmacy, Sasa, Aeon, All Day Pharmacy, Sunway Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Alpro Pharmacy dan Straits Pharmacy di sepanjang tempoh perayaan ini, sementara stok masih ada.
Untuk Maklumat lanjut, sila layari https://www.neutrovis.com/ atau @NeutrovisMalaysia di Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan