PROJEK MUZIK LEVI'S® KINI MEMASUKI FASA KE-2
(Dari atas ikut pusingan jam): Dato Maw, Alien Lipstick Fire, Mayabayu dan Margatsatwa.
Foto kredit: The Citylist.
PERNAH dengar mengenai ‘Projek Muzik Levi’s®’?
Sejak dilancarkan pada tahun 2016, projek ini telah menjadi sebuah komuniti dan bentuk ekspresi diri yang tersendiri malah memperoleh kejayaan di peringkat antarabangsa dengan penampilan oleh seniman ternama seperti Alicia Keys, Justin Timberlake, Vince Staples dan SZA.
`
Dalam kempen ini, mereka telah berkongsi pengalaman mengenai bagaimana musik telah menjadi ilham kepada masyarakat dan mendidik para seniman muda.
Di Malaysia, fasa pertama pelancaran projek berkenaan pada bulan Disember tahun lalu telah menyaksikan juaranya, kumpulan indie muzik rock, Margasatwa memperoleh geran muzik video di mana mereka sudah pun melaksanakannya.
(Artikel berkaitan sila KLIK SINI)
Ketika itu, tiga lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah kumpulan indie Alien Lipstick Fire; penyanyi rap dan pelopor ‘cina music’, DATO’ MAW; serta puteri musik etnik dari Malaysia timur, MAYABAYU.
Kesemua mereka bekerjasama dengan veteran industri muzik merangkap pembimbing Projek Muzik Levi’s®, Jennifer Thompson (kanan) dan Old Head Jin (kiri) di mana para peserta telah memperoleh tunjuk ajar untuk mencipta karya baharu yang dipersembahkan secara dalam talian pada akhir program.
Untuk rekod, projek yang ditampilkan oleh Levi’s® Malaysia ini mengandungi tiga fasa keseluruhannya.
Dan kini, tirai fasa kedua sudah pun dibuka menerusi pelancaran yang dinamakan ‘Fasa 2: Program Peningkatan Kemahiran Levi’s®.
Jika di fasa pertama para peserta diberikan pendedahan mengenai unsur kreatif dalam pembikinan muzik, fasa kedua memberikan tumpuan yang lebih menjurus kepada industri menerusi bengkel peningkatan kemahiran.
Pelbagai bengkel telah dijadualkan untuk empat peserta peringkat akhir bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran, sumber, dan pengetahuan yang akan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi dalam industri muzik.
Bengkel peningkatan kemahiran yang bakal dijalankan dalam program ini sedikit sebanyak diilhamkan oleh “Red Bull Music Academy”, “Tiny Class” oleh Yuna, dan “Ace’s Music Workshop” oleh CENDANA.
Bengkel dan sesi tertutup dalam talian akan dipacu oleh Jennifer Thompson dan Old Head Jin bersama tetamu jemputan serta pakar industri muzik Asia Tenggara yang dipilih dengan teliti.
Program Fasa 2 merangkumi tiga topik pembangunan kerjaya berbeza.
Yang pertama adalah “Collab is Fab” yang tertumpu kepada kelebihan menjayakan kerjasama kreatif.
Dalam sesi ini, para peserta diajar cara-cara untuk mencari, menjalankan, serta menjayakan kerjasama kreatif.
Seterusnya adalah “Connection Without Borders” yang akan memberikan peluang kepada para peserta untuk mencipta rantaian dengan ‘orang kuat’ industri dari rantau ini.
Akhir sekali adalah “Content is King” yang akan mendedahkan kepentingan penjenamaan dan pemasaran menerusi landasan digital dan media sosial.
Setiap topik mempunyai beberapa sesi yang akan merangkumi beberapa perkara dengan panduan daripada tetamu jemputan atau pakar industri.
‘Fasa 2: Program Peningkatan Kemahiran Levi’s®, dijadualkan dua minggu sekali bermula 29 Mei 2021 lalu (Sabtu) dengan sesi “Collab is Fab”.
Sari pati Levi’s® yang kini disulami seni musik telah mendorong jenama ini untuk menyumbang kepada industri muzik tempatan.
‘Projek Muzik Levi’s®’ ingin meneruskan visi menerusi pertalian rakan kongsi, menyampaikan peluang dan maklumat berharga mengenai industri, serta menyediakan sumber kepada komuniti kreatif.
Semua ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dalam menyerlahkan industri muzik masa kini.
Maklumat lanjut kuti “Projek Muzik Levi’s®” di laman sosial: Facebook | Instagram
#Mayabayu #ProjekMusicLevi’s® #Margasatwa #AlienLipstickFire #DatoMaw
Tiada ulasan:
Catat Ulasan