ASTRO, NETFLIX METERAI KERJASAMA STRATEGIK
ADAKAH anda pelanggan setia Astro atau pun Netflix? Atau melanggan kedua-duanya sekali?
Apa pun berita terbaiknya buat mereka yang tergolong dalam mana-mana kategori itu, Astro dan Netflix telah mengumumkan kerjasama dengan memeterainya perjanjian strategik yang akan membawakan perkhidmatan penstriman itu ke platform Astro.
Sehubungan kerjasama itu, pelanggan Astro bakal memperoleh pengalaman hiburan yang luar biasa di mana mereka boleh menikmati akses untuk menonton Netfliz menerusi kotak Ultra mahu pun kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.
“Ini merupakan antara ciri-ciri kefungsian terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro. Kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati,” ujar Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro.
Tan berharap kerjasama iitu akan dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia.
Lebih menarik, menerusi kerjasama berkenaan, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia bolehlah menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.
Sementara itu, Tony Zameczkowski, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix berkata, “Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia”.
Rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood yang diminati audiens seluruh dunia seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo kini lebih mudah ditonton, kata Zameczkowski.
Apa pun jika korang nak tahu lanjut dapatkan maklumat dan info mengenai pendaftaran di SINI
#ASTRO #Netflix #Ultra Box #UltraUliti #HenryTan #TonyZameczkowski
Tiada ulasan:
Catat Ulasan