SELEPAS DURIANKIMCHI, ZYNAKAL PULA MOHON MAAF. DAH KENAPA?
TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Begitulah peribahasa paling tepat bagi menceritakan kisah penyanyi muda, Zynakal mahu pun pensohor media sosial, Ryzal Duriankimchi yang masing-masing mempersendakan budaya dan warga Sarawak.
Ryzal terlebih dahulu membuat permohonan maaf apabila dikecam netizen gara-gara gurauannya menyamakan pakaian tradisi wanita Iban yang digayakan isteri Koreanya, Maryam, persis kain buruk.
Tindakan yang dimuat naik melalui laman sosialnya itu mencetuskan kemarahan ramai yang menyifatkan Ryzal kurang ajar dan tidak sensitif terhadap budaya masyarakat majmuk di negar itu. Akibat itu juga beliau berdepan laporan polis.
Dan terbaharu, penyanyi Zynakal dilihat memuat naik satu video permohonan maaf di Instagram miliknya pada semalam (31 Mei 2021) sambil menjelaskan niatnya hanyalah untuk bergurau tentang reaksi muka Yonnyboii yang juga merupakan rakan karibnya di dalam industri muzik dan langsung tiada niat untuk mempersendakan budaya mahupun adat penduduk negeri Sarawak khususnya.
“Saya hanya bergurau tentang reaksi wajah Yonny dalam posting yang dibuatnya’, ulas Zynakal di dalam video tersebut.
Zynakal telah membuat permohonan maaf dan berjanji kejadian serupa tidak akan berulang lagi. Akhir kata dari Zynakal, “Kamek sayang kitak”.
Untuk rekod, pada Rabu yang lalu, 28 Mei 2021, Zynakal telah menulis di ruangan komen posting Instagram milik penyanyi Yonnyboii.
Komen yang ditulis oleh Zynakal merupakan perkataan ‘UGA UGA’ yang membawa maksud goyang di dalam Bahasa Tagalog.
Namun komen tersebut telah disalah tafsir dan Zynakal dikatakan seolah-olah mempersendakan warga Sarawak.
Kisahnya bermula ketika Yonnynboii berkongsi gambarnya menggayakan persalinan lelaki Iban dalam laman sosial peribadi dan dibalas dengan perkataan ‘uga-uga’ oleh Zynakal.
Difahamkan perkataan ‘uga-uga’ itu merujuk kepada percakapan manusia di era zaman batu dan gara-gara itu ia menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Bumi Kenyalang itu.
Dan berikutan kecaman netizen yang masuk bertalu-talu, Yonnyboii mengambil langkah menutup ruangan komrn status terbabit bagi mengelakan isu terus berpanjangan.
Diharap dengan permohanan maaf yang telah disampaikan Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rusli itu tidak timbul lagi masalah baharu.
Sebelum ini dua tahun lalu, pelantan lagu ‘Sakit’ feat Yonnyboii ini pernah dijatuhkan hukuman denda berjumlah RM2,800 atas kesalahan menggasari pekerja stesen minyak dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Selepas kejadian itu, Zynakal dirujuk ke Wad Psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur dan disahkan ada penyakit bipolar mania.
Antara simptom penyakit ini ialah bersikap agresif, banyak idea dan tidak tidur malam.
Kak Fas: Dalam usia yang baru mencecah 22 tahun ini, diharap Zynakal tidak nakal nakal lagi ya dan belajar dari pengalaman di kala meniti alam kedewasaan.
#Zynakal #RyzalDurianKimchi #Yonnyboii #PermohonanMaaf #UgaUga #Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan