Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TV ALHIJRAH TERUSKAN KEMPEN 'JOM VAKSIN'. JANGAN TAKUT!


DAH
suntik vaksin atau belum?

Ke masih takut mahu pun ragu-ragu dengan kesan sampingan yang bakal diterima? Atau pun takut kena inject?

.

Memanglah lumrah manusia, apa sahaja yang baharu dicipta tentu wujud perasaan ragu-ragu dan takut. Kak Fas tak salah kan sesiapa sebab Kak Fas pun pada awalnya ada gak rasa gementar hih...


Apa pun ni Kak Fas nak bagitau bahawa rangkaian televisyen Islam, TV AlHijrah, akan meneruskan 'Kempen Jom Vaksin' yang telah dilaksanakan bermula 26 Mei 2021 lalu sehingga pada penghujung Jun 2021 ini.


Menggunakan tema 'Jom Vaksin: Ikhtiar dan Tawakal', kempen berkenaan bersifat memujuk serta memberi ilmu kepada orang ramai terutamanya warga emas dan mereka yang berada di luar bandar untuk tidak mensia-siakan peluang suntikan vaksin.


“Anda telah mendaftar, maka ayuh sama-sama pastikan kita hadir pada waktu yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV),” ujar Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah, Namanzee Harris.

Jelasnya, kempen tersebut merupakan satu kesedaran yang bertujuan menjernihkan salah tanggap masyarakat sekali gus menyeru mereka terutamanya warga emas untuk hadir ke temujanji suntikan vaksin COVID-19.


“InsyaAllah, kita akan lanjutkan kempen ini ke bulan seterusnya sekiranya ia memberi impak positif kepada masyarakat,” tambah Namanzee.


TV AlHijrah percaya bahawa suntikan vaksin Covid-19  adalah antara ikhtiar yang bertepatan dengan Maqasid Syariah serta selari dengan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

 

‘Kempen Jom Vaksin’ dilaksanakan secara holistik dan bersifat 360 darjah dengan menggunakan dua inisiatif utama.


Inisiatif pertama adalah menerusi program-program istimewa yang disiarkan di platform televisyen. TV AlHijrah membariskan pelbagai program istimewa yang mempunyai DNA penting iaitu peringatan buat masyarakat untuk hadir ke temujanji vaksinasi. 


“Antara program-program tersebut adalah Analisis, My #Qurantime, E-Kaunter Netizen Versi PKP, Al-Istibyan, Dengar, Assalamualaikum, Kapsul Wabak, Keluarga dan Berita AlHijrah,” jelas Namanzee.


Selain itu, TV AlHijrah juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyiarkan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), rerayap, dan video pendek tentang program vaksinasi.


Jika korang nak tahu,  kempen ini mendapat sokongan beberapa pendakwah tempatan yang berbesar hati memberikan kata-kata sokongan dan suntikan semangat agar masyarakat hadir pada sesi vaksinasi bagi mewujudkan imuniti kelompok menjelang penghujung tahun 2021.


Antara mereka itu adalah Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali (Pengerusi Dewan Dakwah), Ustaz Husaini Mahmur (Johan Tilawah Al Quran Remaja), Dato’ Ustaz Badli Shah Bin Alauddin (Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan), Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi (Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia), Ustaz Roslan Mohamed (Mantan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya) dan Ustazah Asma’ Harun (Pendakwah Bebas, gambar bawah).



Di samping itu ada  majlis bacaan Yassin, Al Kahfi dan Al Mulk  setiap hari, jam 5.30 pagi dan 4.30 petang bagi mendoakan kesejahteraan negara serta seluruh rakyat Malaysia.


Lebih istimewa, TV AlHijrah turut melancarkan lagu tema buat kempen ini, berjudul ‘PadaMu Tuhanku  nyanyian kakitangan TV AlHijrah iaitu Norkamal Azhary Ahmad yang dimainkan setiap hari di kaca televisyen sebagai pembakar semangat untuk rakyat Malaysia berjuang melawan Covid-19.



Inisiatif kedua pula diteruskan melalui platform media sosial  dengan memperkemaskan kandungan dalam Instagram, Facebook, portal AlHijrahnews.com dan portal gaya hidup HBit. 


“Pelbagai poster, artikel serta video seruan dari sudut pandang para agamawan dan pakar perubatan yang memberi penjelasan menyeluruh tentang vaksin Covid-19 akan dimuatnaik setiap hari,” tambah Namanzee.


Jadi jom kita sama-sama sokong langkah TV AlHijrah sepanjang PKP 3.0 ini dilaksanakan dan sama-sama menontonnya  untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program vaksinasi. 


#COVID-19 #JomVaksinIkhtiarTawakal #TVAlHijrah #HBit #PadaMuTuhanKu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan