Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO ULTRA PLUG & PLAY BERIKAN TONTONAN TANPA GANGGUAN HUJAN



ANDA pelanggan Astro tetapi selalu tak puas menonton, lebih-lebih lagi diganggu apabila hujan turun?


Usah khuatir, ada penyelesaiannya apabila anda melakukan pemasangan Ultra Plug & Play Box.


Tetapi apa itu Ultra Plug & Play Box?


Dilancarkan baru-baru ini oleh Astro, Ultra Plug & Play Box menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan tanpa gangguan kepada program-program tempatan dan antarabangsa, tanpa menggunakan piring satelit. 


Sebagai usaha Astro untuk menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan terhebat kepada sajian pilihan penuh variasi, dengan nilai yang lebih menarik dan kemudahan fleksibiliti dalam dunia penstriman hari ini, Ultra Plug & Play Box baharu ini membenarkan pelanggan melakukan pemasangan secara sendiri.


Pertama seumpamanya,  anda boleh menikmati ciri-ciri Ultra Box menerusi Rakaman Awan atau ‘Cloud Recording’, menggunakan fungsi ‘Play from Start’ dengan hanya menyambungkan Ultra Plug & Play Box anda ke TV dan internet, untuk terus menonton program-program kegemaran anda. 


Langkah-langkah pemasangan adalah sangat mudah dan ia dipaparkan dalam video panduan pemasangan yang disertakan bersama kotak anda. 


“Pelanggan kami berhak mendapat pengalaman tontonan terbaik dari kami. Justeru, kami komited untuk sentiasa menambahbaik pengalaman mereka dengan menawarkan satu pengalaman perjalanan yang lebih ringkas, demi memudahkan pelanggan untuk membeli dan menikmati produk yang ditawarkan,” ujar Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad (gambar bawah) pada sidang media secara virtual yang diadakan baru-baru ini.



Turut hadir,  Pengarah Kejuruteraan Produk, Shahrul Imran (gambar atas).


Menurut Azlina, Ultra Plug & Play Box direka berdasarkan dari maklumbalas yang diterima dari pelangan yang menginginkan produk atau perkhidmatan yang mudah untuk dipasang dan mampu menawarkan pengalaman tontonan secara berterusan, tanpa sebarang gangguan yang dicetuskan oleh keadaan cuaca.


“Oleh kerana kotak ini disambungkan secara terus dengan internet, dan bukannya piring satelit, ia dapat membantu mengatasi masalah gangguan siaran ketika hujan,” tambah Azlin sambil mengakui ia memang mudah dipasang malah beliau sendiri yang kurang pandai dengan hal ehwal tech tidak mengalami sebarang masalah untuk memasang.


Apa pun, usah khuatir kerana kotak terbaharu ini hadir dengan video panduan ringkas bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pemasangan sendiri, pada bila-bila masa sahaja. 


“Terdahulu, kami telah melaksanakan kajian percubaan-pasaran untuk kotak ini dan sebanyak 87% dari pelanggan kami berpuas hati dengan kaedah pemasangan sendiri ini dan keseluruhan proses memasang Ultra Plug & Play Box, kerana langkah-langkah yang perlu diikuti adalah sangat mudah dan ringkas,” sambung Azlin.


Pendek kata, kotak pemasangan sendiri Ultra Plug & Play Box ini dilancarkan tepat pada masanya ketika negara sedang berdepan dengan fasa ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan, yang mana rata-ratanya pelanggan memilih untuk mengurangkan kehadiran pemasang ke kediaman masing-masing. 




Lebih menarik apabila ia tidak memerlukan sebarang piring satelit kerana sajian kandungan Astro disiarkan secara perkhidmatan strim menerusi jalur lebar masing-masing. 


Bagi mereka yang ingin menempahnya, kotak baharu dan Kad SIM Astro akan dihantar kepada pelanggan menerusi perkhidmatan kurier dan setiap komponen dipek bersama dengan langkah-langkah panduan pemasangan yang mudah untuk pelanggan mengaktifkan perkhidmatan ini sendiri. 


Dalam pada itu, sementara menantikan Ultra Plug & Play Box untuk sampai ke kediaman masing-masing, pelanggan boleh mengaktifkan langganan mereka menerusi aplikasi Astro GO dan nikmati sajian yang sewajarnya dengan perkhidmatan pra-akses Astro GO. 


Ultra Plug & Play Box bertindak lebih menarik jika digandingkan bersama dengan perkhidmatan Astro & Broadband untuk mendapatkan nilai yang lebih hebat, dengan hanya satu bil untuk kesemuanya.


Pelanggan Astro yang baru boleh mendaftar menerusi Super Pack Lite, dengan kelajuan internet sebanyak 100 Mbps dan nikmati rebat sehingga RM45 pada setiap bulan. 


Manakala pelanggan Super Pack Lite yang sedia ada pula, anda boleh menambah lagi 100 Mbps perkhidmatan jalur lebar anda dengan hanya RM89/ sebulan. 


Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk semua pelanggan Broadband yang melanggan pada mana-mana pek Astro. 


Pelanggan Ultra Plug & Play Box boleh nikmati tontonan 4K UHD, strim sehingga 65 ribu video di on demand dengan Rakaman Awan, dan menggunakan fungsi ‘Play from Start’. 


Anda boleh nikmati sajian kandungan yang sama seperti di saluran-saluran TV anda, yang kini boleh didapati menerusi perkhidmatan jalur lebar masing-masing. 



Strim acara sukan terhebat seperti Sukan Olimpik 2020, Liga Perdana dalam kualiti 4K HDR; tonton drama-drama Melayu terkini seperti Love Elsa di Astro Ria, serta episod terbaharu Gossip Girl dan drama bersiri Korea, The Devil Judge di On Demand.


Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk pelanggan sedia ada yang melanggan perkhidmatan lebih dari RM100 pada setiap bulan. 


Pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Ultra Plug & Play Box di SINI atau WhatsApp  di 03 9543 3838 dan taip GET PNP  

,

Sila rujuk di bawah untuk maklumat lanjut mengenai harga perkhidmatan ini: 



#ASTRO #UltraPlug&PlayBox #SuperPackLite #AstroBroadband #OnDemand


Tiada ulasan:

Catat Ulasan