JURURAWAT CIPTA MARQUE PERFECT SERUM' RAWAT MASALAH KULIT, KONGSI JANA REZEKI
KERJAYA hakikinya,beliau seorang jururawat di sebuah hospital di Perak.
Namun jiwanya mengalir darah yang membuak-buak mahu menceburi bidang perniagaan sekali gus menyahut seruan hadith yang tersebar masyur dalam kalangan masyarakat bahawa ‘Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki’.
Pun begitu, tidak dinafikan hala tuju pertama yang diambil Wan Nur’ain Wan Alias, 31, menepati latar belakang pendiikannya sebagai lulusan Diploma Dalam Bidang Kejururawatan.
Itu tidak boleh dipertikaikan, jadi memang patut dan tepatlah beliau masih berkecimpung memikul tugasan kejururawatan sejak 2015.
Begitulah mukadimah yang dapat Kak Fas bayangkan sebaik membaca dan menghayati intipati biodata secara ringkas serta jawapan yang dicoretkan kepada persoalan Kak Fas yang dikirimkan melalui wats app sahaja kepada rakan seperjuangan yang mengendalikan temubual ‘tanpa bertemu’ ini, Norzira Syarini, CEO Newsfeed Media Sdn Bhd.
Al maklumlah sekarang ini kita berada dalam tempoh PKP3.0 di mana rentas negeri tidak dibenarkan, SOP perlu dipatuhi dan pelbagai lagi rintangan yang harus dilalui demi memutuskan pandemiki COVID-19 ini.
Tetapi realitinya, kehidupan harus diteruskan dengan apa cara sekali pun.
Baik makan gaji atau pun kerja sendiri setiap daripada kita sekarang ini perlu mengambil langkah proaktif mengikut norma baharu untuk terus perjuangkan kehidupan.
Bagi Kak Fas, melakukan termuramah secara virtual atau pun melalui penghantaran soal jawab sudah manjadi norma baharu dalam tugasan apatah lagi merangka strategi mengikut situasi ‘menang menang’ dan berkongsi rezeki itu dicetuskan bersama aturan bijak Newsfeed Media selaku media pengantara.
Dan sepertimana semua yang terkesan dengan pandemik COVID-19, Wan Nur’ain yang lebih mesra disapa Nur Ain sahaja, tidak terkecuali.
Kelainannya, tuah menyebelahi Nur Ain apabila produk hasil ciptaannya, ‘Marque Perfect Serum’ tidak mengalami kerugian yang boleh membuatkan perusahaannya gulung tikar sebaliknya menguatkan lagi semangat juangnya.
“Memang ada terkesan tetapi tidak begitu ketara disebabkan pelanggan yang sedia ada masih setia membeli,” ringkas jawapan Nur Ain ketika ditanya persoalan yang sering menghantui ramai pada tempoh kesukaran ini.
Tentu anda tertanya-tanya kan apa dia produk ‘Marque Perfect Serum’ yang menjadi penyelamatnya?
Yang pasti namanya pun serum jadi sudah tentu anda dapat meneka, ia sejenis cecair yang diperbuat bagi mengatasi masalah kulit ya tak?
Tercetusnya idea pengeluaran ‘Marque Perfect Serum’ berdasarkan kisah sebenar pengasasnya sendiri yang berhadapan masalah pada kulit wajahnya.
“Sejak di zaman kolej lagi, saya mempunyai masalah kulit kusam, berjerawat dan kurang cerah. Saya telah membeli lebih daripada 10 jenis serum yang terdapat di pasaran tetapi satu pun tidak mampu menyelesaikan masalah saya,” kenang Nur Ain membuka lipatan sejarah bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan serum buatan sendirinya itu.
Menurutnya, kegagalan untuk mencari serum yang sesuai kulit wajahnya menjentik nalurinya untuk mencipta serum tersendiri.
“Jadi pada awal tahun 2020 saya mula mengkaji tentang bahan2 berkualiti yang terdapat di dalam serum. Setelah saya dapat mengenal pasti 15 jenis bahan tersedia saya mula berbincang dengan bahagian makmal di sebuah kilang untuk mendapatkan campuran terbaik dan menghasilkan serum yang berkualiti. Saya sendiri mencuba dan kesannya amat baik kerana terdapat perubahan kepada kulit saya dalam masa seminggu,” ceita Nur Ain panjang lebar.
Rentetan daripada kesan yang diperoleh lahirlah produk berjenama ‘Marque Perfect Serum’, diinspirasikan hasil daripada nama singkatan anaknya, Nur Ainul Mardhiah, 8 tahun.
“Saya gabungkan Mardiah (Mar) dan Queen (Que) menjadi Marque,” tambah Nur Ain sambil memberitahu antara faktor lain yang menyebabkan beliau memilih menghasilkan serum adalah dek kerana beliau amat mementingkan penampilan diri dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki dengan keutamaan diberikan pada bahagian wajah apatah lagi orangnya memang cantik manis.
Tidak hairanlah beliau bertungkus lumus mahu kekalkan kecantikan anugerah Allah SWT pada wajahnya itu. Bayangkan jika dah cantik tetapi kulit kusam dan berjerawat tentulah jiwa terganggu kan.
Kak Fas yakin semua wanita mahu kekal jelita dan mempunyai kulit wajah berseri, licin dan mulus luar dalam, tak kira lawa atau tidak sekali pun.
Bercerita lanjut, isteri kepada penjawat awam berkelulsan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dalam jurusan antropologi dan sosiologi dari USM, Mohd Hafiz bin Shaari ini memberitahu, buat permulaan beliau hanya menghasilkan 300 sampel serum yang diberikan kepada sahabat terdekat untuk mencuba.
“Saya tidak sangka respon yang diterima sangat memberangsangkan sehingga ada yang menyarankan agar saya terus menghasilkan produk tersebut untuk jualan,” kenang Nur Ain.
Kak Fas dapat bayangkan keterujaannya ketika itu. Iya lah siapa tak rasa seronok kan apabila produk yang diformulasikan sendiri mendapat sambutan hangat dan sokongan rakan-rakan.
Sehubungan itu, selepas tiga bulan, Nur Ain memasarkan ‘Marque Perfect Serum’ yang mampu memberikannya pulangan berjumlah RM345 ribu hasil jualan 5,000 unit stok pertama yang ‘sold out’ dalam tempoh 3 bulan.
“Sejak bulan November 2020 hingga sekarang jualan sebanyak 13,000 unit berjaya mencapai pulangan hampir RM1 juta,” jelas Nur Ain bersyujur sambil mensasarkan mampu mencapai jualan sehingga RM8 juta menjelang akhir tahun 2021.
Barangkali Nur Ain pun tidak menduga pulangan yang diperoleh berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan hasil pinjaman bank sebanyak RM100,0000 pada awalnya.
“Yang paling membuat saya gembira dan berpuas hati apabila lebih dari 90 peratus pengguna yang membeli produk kali pertama akan membuat pembelian kedua, ketiga sehingga ada yang membeli lebih dari 10 botol sekali gus untuk mendapat kulit wajah yang diidamkan,” jelas jururawat ini.
Foto kredit: Instagram @marquebeautyempire_
Menurutnya, sambutan itu membuktikan promosi melalui mulut ke mulut yang lakukan pada peringkat awal mampu membuahkan hasil cemerlang apatah lagi dengan kerja keras empat orang kakitangan yang ditugaskan mengendalikan permintaan 130 ejen sedia ada yang perlu menjual sekurang-kurangnya 30 unit sebulan.
‘Saya masih membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat menjadi ejen atau stokis,” kata Nur Ain, mensasarkan 5,000 ejen dapat dikumpulkan menjelang akhir tahun.
Mereka yang berminat hanya perlu mengeluarkan modal serendah RM250 sebagai ejen manakala RM4,830 untuk stokis di mana kesemua terbabit akan dibimbing melalui kelas latihan dan sokongan secara berkumpulan dalam melaksanakan strategi pemasaran.
“Saya sendiri pun dahulu mendapat tunjuk ajar daripada sifu-sifu pemasaran dalam talian yang terkenal untuk belajar bagaimana nak membina ‘branding’ tersendiri, “ dedah Nur Ain walau pun terpaksa berbelanjan ribuan riggit untuk mendapatkan ilmu bisnes tetapi hasilnya berbaloi.
Dalam pada itu, Kak Fas percaya Nur Ain pasti tidak terlepas dengan persoalan netizen apakah keistimewaannya 'Marque Perfect Serum' berbanding dengan produk saingannya yang berlambak di pasaran terbuka sekarang?
“Serum buatan saya mengandungi 10 kandungan berkualiti tinggi di mana selain bahan asas serum turut diformulasikan dengan Pitera, Asid Kojic, Vitamin C, Alpha Arbutin dan Asid Hyaluronic yang sememangnya terbaik untuk kulit,” jelas jururawat berasal Pahang ini tanpa berselindung.
Dan sebaik menerima reaksi positif terhadap keberkesanan produk hasil komen-komen pengguna, Nur Ain tidak menoleh ke belakang lagi.
Tambah beliau, perasaan gembiranya memuncak apabila pengguna yang membeli bukan sahaja terdiri daripada gokongan wanita malah 20 peratus daripada mereka terdiri dari kalangan kaum Adam.
“Lebih mengujakan apabila produk ini turut berkesan kepada remaja dari peringkat sekolah menengah sehingga warga emas yang melebihi 60 tahun pun turut membeli,” tambah Nur Ain bersyukur impiannya untuk bukan sahaja mencantikkan wajahnya terlaksana tetapi berkongsi rezeki sambil mencantikkan wajah setiap penggunanya.
Apabila kejayaan sudah digenggam ibarat 'genggam bara api biar jadi arang', Nur Ain merangka pelan pembangunan malah dengan sokongan yang diterima suami tercinta, beliau bercadang menghasilkan produk kedua dengan memilih untuk mencipta produk pencuci muka.
Iyalah dah pakai serum tentu kulit perlu dibersihkan betul tak?
“Cadangan itu masih diperingkat R&D tetapi kami sudah menghasilkan ‘tester’ terlebih dahulu untuk dicuba sejauh mana keberkesanannya pada kulit,” tambah Nur Ain yang seperti usahawan berjaya lainnya mahu bisnes mereka kekal relevan dan dipercayai ramai bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi pasaran antarabangsa kelak.
Kesibukannya dalam menguruskan syarikat Marque Beauty Empire berstatus enterprise itu diakui tidak menjejaskan tumpuannya terhadap rumahtangga dan kerja tetapnya sebagai jururawat.
“Alhamdullilah, suami memberikan sokongan penuh dari pelbagai sudut,” jelas Nur Ain.
Pun begitu, barangkali ada yang tertanya-tanya kenapa tidak berhenti sahaja kerja dan tumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan?
“Memang betul. Tetapi dalam tempoh negara berhadapan pandemik COVID-19 ini adalah tanggungjawab saya untuk terus berkhidmat kerana saya percaya KKM amat memerlukan saya dan rakan-rakan seperjuangan lain untuk membantu menangani wabak berbahaya ini,” sambung Nur Ain sambil terkenang kembali cabaran yang dilalui sewaktu tempoh PKP dilaksanakan.
“Cabaran yang tidak boleh saya lupakn apabila kehabisan stok semasa proses pengeluaran kali yang kedua dimana permintaan tinggi dan semasa itu PKP dilaksanakan di seluruh negara dan botol yang saya tempah dari luar negara tidak boleh masuk mengakibatkan bahagian produksi serum terpaksa ‘delay’,” Nur Ain membayangkan situasi getirnya ketika itu.
Apa pun, Kak Fas percaya tanggungjawab ‘serampang dua mata’ yang dipikul bukanlah beban bagi Wan Nur’ain Wan Alias ini kerana terbukti kejayaan yang dimiliki pada waktu susah begini antara pencapaian yang sukar dilupakan tetapi indah untuk dijadikan memori lipitan sejarah hidupnya.
Jika anda jengah ke laman sosialnya, Nur Ain banyak meninggalkan pesanan antaranya yang paling menarik dicoretkan, 'Nak Berjaya Ikut Tanpa Tapi, Buat Tanpa Henti'. Pendek kata, sering kali ada sahaja kata-kata perangsang yang dicoretkan untuk dihayati semua.
Tidak mustahil sasaran untuk mencapai jualan RM8 juta dapat dicapai memandangkan promosi jualan produknya dibuat tanpa henti.
Namun jika tidak tercapai sekali pun, tidak mustahil juga angka sasarannya itu mampu dicapai tahun tahun mendatang walau pun pandemik COVID-19 menjadi endemik yang akan sentiasa berada di sekeliling kita.
Yang penting setiap ujian ada hikmahnya, apa yang perlu dipertahankan fsn menjadi harapan semua tentunya 'Kita Mesti Menang' melawan apa jua rintangan mendatang insyaAllah!
#MarquePerfectSerum #MarqueBeautyEmpire #Serum #SuperiorityOfSkinBeauty
Tiada ulasan:
Catat Ulasan