SERTAI 4 STRIM LANGSUNG SAMBIL MENANG HADIAH
APAKAH anda sudah melanggang Disney + Hotstar di Astro sejak dilancarkan pada 1 Julai lalu?
Untuk meraikan bulan pertama pelancarannya itu, semua rakyat Malaysia boleh menyertai empat strim langsung, merangkumi sesi bertemu mesra secara maya bersama bakat tempatan yang popular dari kandungan terhebat Disney+ Hotstar termasuk Zombitopia, Club Mickey Mouse dan banyak lagi.
Paling menarik, semua berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif Disney+ dengan menyertai kuiz semasa sesi strim langsung yang diadakan pada 8.30 malam, setiap Jumaat bermula dari 9 Julai lalu menerusi Facebook.
Dihoskan oleh personaliti popular dari jenama radio ERA, HITZ dan MIX termasuk antaranya Munabella, Isha, Keanu, Ashley dan Fabes rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam strim langsung ini menerusi laman Facebook berikut:
Semasa strim langsung, korang boleh menikmati penampilan tetamu istimewa yang membintangi kandungan dari Disney+ Hotstar serta artis dan personaliti tempatan popular yang akan berkongsi pengalaman mereka termasuk adegan sebalik tabir secara eksklusif serta banyak lagi.
Strim langsung ini juga akan merangkumi kuiz mudah untuk semua peserta.
Menarik kan?
Semasa kuiz berlangsung, 10 pemenang bertuah yang memasukkan jawapan betul di ‘chatbox’ laman Facebook seperti yang tertera di atas, berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif Disney+ termasuk pembesar suara Infothink Iron Man, Termos Star Wars, Rantai Kanak-Kanak Pop Star Wars: The Mandalorian, Bank Kuasa Bone Collection, Baju Panas The Falcon dan The Winter Soldier, Beg Kanvas Star Wars, Pad Pengecasan Tanpa Wayar Mickey dan banyak lagi.
Selain itu, pelanggan Movies Pack* Astro yang telah mengaktifkan akses mereka untuk Disney+ Hotstar juga dapat mengambil bahagian dalam pertandingan untuk hadiah eksklusif di laman web SYOK
Pelanggan perlu menghantar butiran yang diperlukan di laman web, beserta slogan kreatif untuk peluang menang hadiah.
Cara untuk mengaktifkan akses Disney+ Hotstar di Astro:
Pelanggan ‘Movies Pack’* boleh ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk mengaktifkan kelayakan Disney+ Hotstar mereka:
1. Daftar Astro ID: Untuk mencipta Astro ID, layari astro.com.my/astroID. Pengguna Astro GO boleh menggunakan ID mereka yang sedia ada untuk daftar masuk.
2. Aktifkan: Pelanggan perlu layari astro.com.my/Disney, log masuk dengan Astro ID, masukkan nombor telefon bimbit untuk mengaktifkan kelayakan mereka.
3, Strim: Selepas berjaya mengaktifkan (Langkah 2), pelanggan perlu muat turun aplikasi Disney+ Hotstar dari Apple App Store atau Google Play Store dan log masuk menggunakan nombor telefon seperti di Langkah 2. Pelanggan boleh menikmati Disney+ Hotstar melalui Ultra box pada akhir tahun ini.
*Tip: Kurang pasti jika ada melanggan ‘Movies Pack’?
Pelanggan yang boleh mengakses Saluran 411 hingga Saluran 416 layak untuk akses Disney+ Hotstar.
Ikuti langkah-langkah di atas dan nikmati lebih daripada 800 filen dan 18,000 episod termasuk filem pecah panggung dan siri-siri Marvel, kandungan kegemaran Disney, Disney+ Originals, filem-filem dan siri drama tempatan serta Asia yang terkenal.
Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my/Disney atau KLIK SINI.
#ASTRO #Disney+Hotstar #SYOK #ERA #HITZ #MIX #AstroGo #Marvel #Strim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan