Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA MAHU BANTUAN PRIHATIN DARI TOK TI? SILA ISI BORONG SEMULA!




SIAPA tak kenal dengan penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin kan?

Jika ada yang tak kenal memang tak tahu lah nak kata apa...

Apa pun buat peminat artis terkenal berusia 42 tahun ini khususnya yang sedang menghadapi masalah sepanjang pelaksanaan tempoh PKP dan PKPD ini, ada habuan yang ingin Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti berikan kepada anda.

Melalui projek yang dinamakan Bantuan Prihatin 2021 anjuran Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn Bhd, Siti Nurhaliza menyasarkan dapat membantu 1,500 keluarga terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bantuan Prihatin 2021 menyasarkan penyampaian sumbangan kepada golongan keluarga memerlukan yang mempunyai kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.


Selaku pengasas Yayasan Nurjiwa merangkap Presiden CTDK Holdings Sdn.Bhd,Siti Nurhaliza berharap agar program bantuan ini akan dapat meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil.


“Kami akan usahakan secara berperingkat dan menyasarkan 1500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu PKP dan PKPD ini. Justeru, saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini,'' ujar Siti dalam satu kenyataan yang dikirimkan oleh Pengurus Peribadinya, Rozi Abdul Razak melalui wats app.

Kenyataan media dan poster Bantuan Prihatin 2021 itu turut di muat naik Siti melalui laman Instagramnya @ctdk.

Menurut Tok Ti, bantuan  yang disediakan memberi fokus kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah di mana mereka yang berkehendak boleh membuat permohonan.


Program bantuan berkenaan turut disertai oleh syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd., Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd.



Sehubungan itu juga, pihak Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings iaitu SimplySiti, BeauSiti dan BeauTYRA mengalu-alukan lebih ramai individu, syarikat dan NGO untuk menyertai usaha ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.


Sambil menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat-syarikat yang bersama menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan tersebut, Siti berharap ramai lagi yang sudi membantu.


''Sejak pandemik melanda negara hingga ke hari ini, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat.


“Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,'' tambah Tok Ti.


Nak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Bantuan Prihatin 2021 ini?


Mudah sahaja.


Golongan terbabit yang mempunyai anak berusia 6 tahun dan kebawah  boleh mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di Google Form sahaja melalui pautan https://forms.gle/g4WzEVHYsTt9pC548 atau KLIK SINI


“Permohonan mendapatkan bantuan ini hanya perlu dibuat oleh salah seorang wakil suami atau isteri sahaja,” jelas Siti sambil berharap lebih ramai juga akan tampil menghulurkan sumbangan  ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan COVID-19 yang dilancarkan oleh Yayasan Nurjiwa dan CTDK berama Kita Fund.



Bagi tujuan itu mereka boleh menyumbang melalui link https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau terus ke laman web KITA FUND, akhiri Siti penuh harapan.


Dalam pada itu pada posting terbaharunya semalam Tok Ti memuat naik perhatian kepada mereka yang telah membuat permohonan agar mengisi borang semula memandangkan ada isu teknikel di mana ruang untuk mengisi alamat telah terpadam.


Beliau memohon maaf di atas kesulitan tersebut.


#SitiNurhaliza #BantuanPrihatin2021 #YayasanNurjiwa #COVID-19. #KitaFund #Palestin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan