Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ALI ALIA' TAMPILKAN FAEZAH ELAI GANTI ERRA? IBU ANAK AUTISM!


MEMPUNYAI anak autism sesuatu yang mencabar sesebuah keluarga khusus dalam mendidik dan menjaga keselamatannya. 


Pun begitu, ia bukan bebanan yang telah Allah SWT anugerahkan kepada pasangan yang mempunyai anak sedemikian tetapi satu rezeki yang perlu dijaga sepanjang hayat.


Anak autism harus sentiasa diberikan perhatian ibu bapa walau pun sesebuk mana sekali pun kerana jiwa mereka mendambakan curahan kasih sayang melebihi anak normal.


Inilah antara intipati dan mesej yang ditonjolkan melalui drama bersiri  13 episod 'Ali Alia' terbitan syarikt produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd dilakonkan bintang cilik popular dahulu kala yang kini telah meningkat dewasa malah sudah pun bergelar ibu, Erynne Erynna dan rakannya, Pelakon Remaja Terbaik FFM23, Fimie Don.


Melihat pada wajah dan penampilannya yang masih kelihatan muda dan remaja, Erynne yang melakonkan watak adik kembali kepada Ali iaitu Alia merupakan anak kurang upaya dan bertindak agresif apabila mendengar bunyi siren bomba mahu pun ambulans.


Siapa sangka Erynne sebenarnya adalah isteri dan ibu muda  berusia 24 tahun kepada seorang anak perempuan, Medinah yang dilahirkan pada bulan Ogos tahun lalu selepas bernikah dengan Afify pada April 2019,


Manakala Fimie Don atau nama sebenarnya, Shafimie Saedon, 23, tetap  kelihatan sebaya untuk bertindak sebagai 'abang kembar' kepada Alia walau pun realitinya Fimie muda setahun dari Erynne.


Bagi mereka yang sudah menonton beberapa episod awal 'Ali Alia' tentu bersetuju dengan pandangan Kak Fas ini.


‘Ali Alia’ mengangkat genre kekeluargaan dan hubungan kasih sayang berkisarkan tentang pasangan suami isteri, Amir dan Mazni yang dihimpit dengan kemelut rumah tangga sehingga mahu mengakhirinya dengan penceraian. 


Keputusan tersebut menjadi titik punca yang menyebabkan anak mereka, Ali dan adik kembarnya yang autistik, Alia lari dari rumah kerana amat tertekan dengan pertelingkahan yang berlaku di antara ibu bapa mereka. 


Cetusan ide bekas pengacara dan pelakon terkenal sekitar tahun 90-an yang kini aktif dalam bidang penulisan serta pengarahan, Rina Khan, drama arahan Heykal Hanifah ini turut dibintangi Rusdi Ramli dan Faezah Elai selaku teraju utama di samping barisan pelakon handalan seperti Fahrin Ahmad, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Faradhiya, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Jay Iswazir, Kodi Rasheed dan Mior Hashim Manap.



Drama ‘Ali Alia’  sudah mula bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang pada  24 Ogos 2021 lalu di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima:


“Kami dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi drama hebat dengan kisah serba baharu yang masih mengangkat kepentingan institusi kekeluargaan bagi mengisi slot Tiara di Astro Prima.


"Selain menonjolkan realiti konflik rumah tangga yang sudah menjadi resam dalam kehidupan dan sememangnya berlaku dalam lumrah masyarakat, drama ‘Ali Alia’ memberi kelainan segar yang sedikit berbeza dengan drama-drama sebelum ini apabila turut mengetengahkan watak remaja autistik sebagai salah satu karakter utama yang menggerakkan keseluruhan cerita.


"Hal ini secara langsung dapat mendidik orang ramai tentang kesedaran bagi masalah autism sekaligus memberi lebih pendedahan tentang perihal keadaan tersebut kerana golongan istimewa ini melihat dunia dengan cara yang berbeza serta perlukan perhatian yang berlainan. 


"Selain itu, kisah ‘Ali Alia’ juga boleh dijadikan iktibar terutamanya dalam memperbaiki keharmonian hubungan di antara suami isteri kerana setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Apabila keluarga bahagia, anak-anak turut gembira dan begitu jugalah sebaliknya. Manakala keluarga yang berpecah belah pula akan sering mengalami konflik dalaman."


Sementara itu, ini merupakan satu-satunya drama 'comeback' dari Heykal Hanifah selepas 11 tahun tidak menghasilkan sebarang karya untuk Astro.


"Saya amat teruja dengan ‘comeback’ menerusi naskhah ‘Ali Alia’ yang sesuai ditonton oleh segenap lapis masyarakat," ujar Heykal.


Menurutnya, kekuatan ‘Ali Alia’ terletak kepada plot penceritaan, skrip dan lakon layar yang realistik walaupun agak berat dan penuh konflik, namun dekat dengan hati penonton kerana ia mengetengahkan hubungan kekeluargaan serta kasih sayang di antara adik beradik kembar dan ibu bapa.  


"Saya amat gembira dengan keserasian barisan pelakon hebat yang terlibat dalam menjayakan drama ini. Kriteria pemilihan pelakon bukanlah berdasarkan populariti tetapi mengikut tuntutan karya asal yang diilhamkan oleh Rina Khan. Sungguhpun mereka tidak mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman Instagram, namun rata-rata pernah menang anugerah dalam bidang lakonan," ujar Heykal sambil memberitahu pemilihan Erynne dan Fimie adalah kehendaknya waima jika mereka tidak dapat melakonkannya beliau sanggup tidak mengarahkannya.


Mesej utama yang ingin disampaikan menerusi naskhah ini ialah tentang kepentingan hubungan kekeluargaan. Jika ibu bapa saling berantakan, ia pasti mengundang masalah kepada seluruh keluarga sehingga berpecah belah. 


Namun, segala perselisihan dapat diketepikan untuk kembali bersatu demi kepentingan anak-anak tercinta yang menjadi keutamaan.


Selain itu, gambaran suka duka membesarkan anak autistik kurniaan Allah SWT yang boleh menjadi kunci untuk kita masuk syurga turut dipaparkan. 


"Sebagai ibu bapa, jangan sesekali kita mempersiakan tanggungjawab yang diberi kerana implikasinya amat besar. Sekiranya ada masalah atau ‘stress’, ambillah pendekatan yang baik dan positif,' tambah Heykal yang turut menawarkan peranan ibu Ali Alia kepada isterinya, Faezah Elai.



Menjawab pertanyaan pendedahan Faezah Elai sebagai pelakon bidan terjun, Heykal  akui pada asalnya beliau membayangkan Erra Fazira tetapi terpaksa ketepikan hasratnya itu disebabkan faktor bajet yang tidak mengixinkannya menawarkan watak itu kepada Erra.


"Orang yang paling dekat dan dirasai mampu membawa watak tersebut pada saat akhir tentulah saya berikan kepada isteri apatah lagi masa tidak mengizinkan saya untuk membuat pilihan lain sedangkan penggambaran perlu dilaksanakan dalam tempoh PKP dan perlu dihabiskan cepat," cerita Heykal yang beharap pengajaran positif yang disuntik dalam kisah 'Ali Alia' dapat dijdikan sebagai inspirasi, panduan dan teladan bahkan diterima penonton agar yang buruk dijadikan sempadan.



#AliAlia #AstroPrima #ErynneErynna #FimieDon #ErraFazira #FaezahElai #Autism




Tiada ulasan:

Catat Ulasan