Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AR-RAHNU EXPRESS PILIHAN ALTERNATIF PAJAK EMAS


Virus COVID-19 adalah benar! 


Jika zaman awal dahulu dunia berhadapan dengan peperangan membabitkan kematian yang nampak dan ketara akibat tembakan, peluru berpandu, bom dan pelbagai alat dan jentera ketenteraan kini apa yang berlaku bukan kehendak sesiapa.


COVID-19 bukan peperangan menuntut hak sesebuah negara atau sesuatu perkara tetapi ia lebih berbahaya dan menyebabkan kematian tanpa diduga. 


Ini adalah perang satu dunia melawan virus yang ‘invisible’ atau dalam bahasa pasarnya ‘tak nampak’.


Malaysia, seperti negara lain terpaksa bertindak melawan 'perang senyap' ini demi menghapuskan penularannya namun sehingga kini walau pun pelbagai usaha dilakukan Majlis Keselamatan Negara namun kita masih belum menang.


Terbaharu, Malaysia menghampiri fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak tahun lalu.


Beberapa sektor terpilih bakal dibuka semula mengikut kapasiti pekerja yang telah ditetapkan manakala penutupan beberapa sektor lain seterusnya memberi impak dari segi ekonomi dan kewangan kepada rakyat di mana ada antara mereka terpaksa diberhentikan kerja atau kehilangan mata utama pencarian di samping simpanan wang yang semakin menyusut. 


Segala permasalahan itu menyebabkan segelintir masyarakat terpaksa bergantung kepada aset emas simpanan mereka bagi menampung perbelanjaan harian. 


Barangkali ada yang terpaksa ke pajak gadai dan tidak dinafikan ada juga yang mempunyai niat sama tetapi malu nak memasuki kedai pajak walau pun mempunyai banyak simpanan barang kemas di rumah.


Jika anda antara yang segan masuk ke kedai pajak tetapi memerlukan wang apa kata cuba menggunakan khidmat yang diberikan oleh Ar-Rahnu Express.


Walaupun bunyi namanya macam pusat penghantaran surat atau parcel  tetapi jangan salah sangka ya sebab ini adalah sebuah jenama di bawah kumpulan HABIB.


Iya…. HABIB yang terkenal dengan jualan barang kemas eksklusif tu milik Dato Sri Meer Sadik Habib yang Kak Fas dah kenal lama.



Ar-Rahnu Express menawarkan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah Islam dan pembiayaan mikro yang mudah dan pantas untuk membantu orang ramai menukarkan emas mereka kepada tunai. 


Jika korang nak tahu, Ar-Rahnu Express sudah mempunyai lapan cawangan di

seluruh Malaysia dan telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.


Nampak gayanya ramai dah boleh terima menggadaikan barang kemas mereka melalui Ar-Rahnu berbanding ke kedai pajak biasa.


Ar-Rahnu Express menawarkan perkhidmatan pembiayaan kepada pelanggan melalui pajakan atau gadaian emas. 



Selain itu, ia  menerima pelbagai jenis barangan emas seperti jongkong emas dan dinar emas, emas pelbagai mutu daripada 999 sehingga emas 375, emas putih, emas Oro Italia 916® dan emas rosak


Bahkan, ia  juga  menerima berlian dan barangan kemas batu permata dan mutiara sebagai barang pajakan, seterusnya menawarkan lebih pilihan kepada pelanggan.


Di samping itu, peniaga-peniaga kecil dan usahawan-usahawan yang mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan juga boleh mendapatkan modal pusingan dengan hanya mencagarkan barangan kemas atau menjual emas lama mereka bagi mendapatkan tunai dengan segera tanpa sebarang komitmen. 


Ini kerana Ar-Rahnu Express (di bawah Koperasi Habib Malaysia Berhad) juga menawarkan servis pembelian barang kemas dengan harga yang kompetitif dalam pasaran. 


Lebih menarik, perkhidmatannya terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara berusia dari 18 tahun ke atas di mana mereka hanya perlu membawa kad pengenalan atau passport dan barangan kemas untuk dicagar atau dijual bagi mendapatkan pembiayaan dan pulangan tunai.


Bukan itu sahaja, Ar-Rahnu Express turut menawarkan pelbagai perkhidmatan percuma seperti ujian mutu emas, pengiraan zakat emas dan khidmat cucian emas. 




Perkhidmatan tambahan yang diberikan itu adalah untuk menjamin keselesaan pelanggan selari dengan slogan Ar-Rahnu Express iaitu “Peace of Mind” atau ketenangan fikiran.


Anda juga tidak perlu risau mengenai operasinya pada tempoh PPN kelak kerana kesemua cawangan Ar-Rahnu Express kekal dibuka setiap hari termasuk hari-hari cuti umum yang terpilih. 


Semua cawangan beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan setiap kakitangan telah dilatih untuk mengendalikan transaksi dengan cekap menurut SOP berdasarkan perkara berikut:


  • Kod MySejahtera disediakan di laluan masuk setiap cawangan dan kesemua kakitangan dan pelanggan diwajibkan untuk mengimbas kod sebelum dibenarkan masuk. 
  • Penyediaan cecair sanitasi di pintu masuk dan di setiap kaunter
  • Pemeriksaan suhu untuk semua kakitangan dan pelanggan
  • Mensanitasi ruang transaksi termasuk meja, kerusi dan peralatan selepas selesai setiap transaksi. 
  • Proses sanitasi berkala dilakukan di setiap cawangan Ar-Rahnu Express.
  • Semua pegawai khidmat pelanggan Ar-Rahnu Express telah divaksinasi sebagai satu langkah keselamatan tambahan untuk para pelanggan.


Tu dia segalanya dilakukan demi melindungi diri dan melindungi semua!


Apa pun untuk maklumat terkini  boleh layari laman sesawang Ar-Rahnu Express di arrahnuexpress.com  atau lebih mudah KLIK SINI mahu pun ikuti Instagram (@arrahnuexpress) dan Facebook (Ar-Rahnu Express) untuk mendapatkan  informasi terkini berkenaan Ar-Rahnu. 



#Ar-RahnuExpress #HABIB #Gadai #Emas #Tunai #SOP #COVID-19 #Pajak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan