Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERSIHKAN UDARA, HAPUS BAKTERIA, GUNA SAMSUNG AIR PURIFIER


DALAM era pandemik COVID-19 kepentingan menjaga kebersihan diri dan kebersihan rumah agar bebas dari kuman paling utama dititikberatkan, lebih-lebih lagi dalam tempoh 18 bulan kebelakangan ini.


Pastinya sudah banyak yang anda lakukan demi membasmi kuman di atas pelbagai permukaan, mencuci tangan hinggalah membersihkan setiap pelosok  kediaman,  untuk memastikan ruang kediaman kekal selamat bagi melindungi  diri dan orang tersayang. 

Sungguhpun mudah untuk membersihkan pelbagai jenis permukaan, membersihkan udara yang kita hirup memberikan cabaran yang berbeza. 


Tidak hairanlah, penapis udara kini menjadi trending item untuk dimiliki dengan fungsi utamanya untuk menghilangkan pencemaran udara seperti bakteria, alahan (alergen), bahan pencemar, dan kuman yang perlu dihindari.


Dan disebakan lebih banyak masa diluangkan di rumah, pendedahan kepada kualiti udara yang tidak elok boleh meningkatkan risiko kesihatan. 


Jadi, sekiranya anda sedang berfikir untuk mendapatkan penapis udara, inilah masanya yang tepat. 


Dengan pelbagai pilihan yang terdapat di pasaran, berikut beberapa tips yang anda perlu tahu ketika memilih produk sesuai:


Udara Dalaman Adalah Lebih Tercemar Berbanding dengan Udara Di Luar


Beberapa kajian dijalankan oleh The United States Environmental Protection Agency (EPA) menunjukkan bahawa tahap pencemaran udara dalaman boleh menjadi 2 hingga 5 kali lebih tinggi daripada di luar. Sumber pencemaran dalaman termasuk pelepasan pembakaran dari penggunaan dapur, rokok, racun perosak, dan pencemaran yang dibawa dari luar.


Atas sebab itu, Samsung Smart Air Purifier, 60, mampu menapis pelbagai bahan pencemar dengan sistem penapisan pelbagai lapisnya. Pra-penapis berfungsi untuk membuang zarah-zarah debu yang besar, diikuti dengan penapis karbon untuk menapis gas berbahaya.



Penapis High-Efficiency Particulate Air (HEPA) mampu membersihkan sehingga 99.97% debu, alahan (alergen), dan bakteria, berukuran sehingga 0.3μm. Ini sangat berguna kepada mereka  yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, agar dapat bernafas dengan lebih baik di dalam rumah. Samsung Smart Air Purifier juga dilengkapi dengan Laser PM Sensor untuk mengesan habuk dan zarah yang berukuran kurang dari 1.0 dan pelbagai gas berbahaya. Ini pastinya dapat meningkatkan kualiti udara yang anda hirup di rumah.


Penapis Udara Boleh Menyingkirkan Bauan dan Gas-gas Berbahaya


Walaupun fungsi utama penapis udara adalah untuk mengurangkan pencemaran udara dalaman, ia juga efektif untuk mengurangkan bau busuk dan gas berbahaya. 


Untuk tujuan ini, anda disarankan untuk memilih penapis udara yang dilengkapi dengan penapis yang dilengkapi dengan karbon aktif. Sistem Multi-Layered Purification Samsung bukan sahaja menapis zarah-zarah debu yang lebih besar tetapi dilengkapi dengan Activated Carbon Deodorization Filter yang boleh menghapuskan gas-gas berbahaya. Ia telah dibuktikan untuk menghilangkan gas-gas berbahaya seperti toluena, xilena, benzena, etilbenzena, styrene, dan formaldehid.


Kepentingan Kelajuan Pembersihan


Kadar Penghantaran Udara Bersih, atau CADR, menunjukkan kelajuan udara yang sedang dibersihkan di dalam ruangan tertentu. Penarafan CADR yang lebih tinggi bermaksud penapis udara dapat membersihkan udara dengan kadar yang lebih cepat. Ia memastikan mesin anda dapat membersihkan udara dengan lebih cepat, dari satu sudut ke sudut yang lain dalam jangka masa yang singkat.



Berbekalkan fungsi kipas yang kuat, udara bersih dapat disebarkan ke pelbagai arah dengan cepat untuk liputan yang lebih luas. Samsung Smart Air Purifier dengan sistem 3 Way Air Flow-nya bukan sahaja membersihkan udara dengan lebih pantas tetapi juga dilengkapi dengan penilaian CADR yang tinggi. Untuk pembersihan yang lebih berkesan, pastikan tingkap dan pintu rumah anda ditutup rapat semasa penggunaan.


Selain itu, anda juga boleh mengalihkankan penapis udara ke lokasi-lokasi lain di sekeliling rumah yang memerlukan pembersihan lebih intensif dengan menggunakan roda bergerak tersembunyi. Kemudahalihannya membolehkan anda membersihkan udara di ruang tamu pada siang hari, dan bilik tidur pada waktu malam. Dengan roda tersembunyi, ia tidak merosakkan penampilan atau memerlukan usaha yang banyak untuk menggerakkannya.


Penapis Udara Tidak Harus Bising


Walaupun kipas pada model yang lebih lama mempunyai reputasi tahap kebisingan yang ketara – terutamanya ketika mengesan dan menyaring gas atau bahan berbahaya – penyelesaian moden pada hari ini cukup lengkap dengan mod operasi yang lebih pintar untuk memperbaiki masalah ini.



Samsung Smart Air Purifier, misalnya, dilengkapi dengan Auto Mode dan Sleep Mode. Auto Mode akan mengesan tahap pencemaran udara di dalam bilik dan menyesuaikan kekuatan dan kelajuan kipas secara automatik, manakala Sleep Mode pula menghasilkan aliran udara yang lebih senyap dan tenang tanpa paparan cahaya. Hasilnya, anda dapat menjimatkan dan mengurangkan penggunaan tenaga.


Kawalan dari Jauh Hanya Dengan Beberapa Klik


Dengan aplikasi SmartThings, anda boleh melihat kadar pencemaran udara dengan lebih mudah. Selain dari memeriksa kualiti udara, anda juga dapat mengawal dari jauh untuk menghidupkan dan mematikan Samsung Smart Air Purifier anda, memantau status penapis dan mengendalikan.


Pada masa kini, ia normal untuk memiliki penapis udara di dalam kediaman anda memandangkan manfaat kesihatan dan pembersihan yang ditawarkan. Ketika membeli, pastikan peranti yang dipertimbangkan sesuai dengan keperluan harian anda. 


Kini, menghirup udara bersih cukup mudah  buat anda dan orang tersayang. 


Dapatkan Samsung Smart Air Purifier, 60 dengan harga promosi RM1,599 (penjimatan hingga RM200) dan penapis (CFX-D100/GB) bernilai RM299 secara percuma sepanjang tempoh promosi ‘Stay Strong Malaysia’ bersama Samsung.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Smart Air Purifier, 60, sila layari: https://www.samsung.com/my/air-care/air-purifier/air-purifier-ax60r5080wd/ atau lebih mudah dan pantas KLIK SINI



#SamsungSmartAirPurifier #UdaraBersih #COVID-19 #StayStrongMalaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan