Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HABIB PERKENAL KOLEKSI WAFER EMAS RAMA2 SEMPENA MERDEKA




SEMPENA
sambutan Hari Kebangsaan, jenama barangan kemas terkenal, HABIB menganjurkan kempen 'Keindahan Merdeka' dengan menghasilkan 

Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada lima spesies rama-rama indah. 


HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya waima rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran pandemik COVID-19 yang sedang ditempuhi sekarang.


HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.


“Situasi pandemik Covid-19 mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat untuk mengharungi cabaran ini bersama. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini, HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik,” ujar Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.


Menurut Meer, selari dengan situasi pandemik yang sedang melanda ini, kitaran hidup si rama-rama menjadi simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses kehidupan seekor rama-rama melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang begitu indah. 


“HABIB mengadaptasi kisah si rama-rama kerana secara sedar atau tidak, sudah hampir dua tahun kita mengharungi pandemik dan sepanjang tempoh ini, kita terkurung di rumah tidak dapat bertemu insan tersayang buat masa yang panjang, serta mengadaptasi kehidupan serba norma baharu. Dan baru-baru ini juga, kelihatan sesuatu yang positif berikutan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU semakin berkurang - ini menjadi sinar harapan rakyat Malaysia, “  tambah Meer.


Sama seperti rama-rama yang membangkitkan perasaan gembira kepada sesiapa yang mengagumi kecantikannya, HABIB juga menyampaikan kebahagiaan dan keseronokkan kepada sesiapa yang melangkah ke bilik pameran HABIB, menerusi koleksi barangan kemas dan perhiasan yang istimewa, selari dengan slogannya, ‘The Gift of Happiness’

Rekaan koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada lima spesis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly 

Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan. 


Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut.


Juga seiring dengan kempen Merdeka ini, koleksi-koleksi baharu yang diperkenalkan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose yang disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.

Sementara itu, selaras dengan kempen 'Keindahan Merdeka' pada tahun ini, HABIB bekerjasama bersama pelukis tempatan berbakat, Najib Bamadhaj yang mempunyai kreativiti dan keunikan tersendiri dalam menyampaikan makna sebuah kemerdekaan.


Setiap karya yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik. 


Kempen Keindahan Merdeka HABIB menampilkan karya sentuhan Najib Bamadhaj yang dinamakan National Aspiration


Inspirasi di sebalik lukisan National Aspiration ini hadir daripada kekuatan serta 

harapan yang besar rakyat Malaysia untuk kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. 


Rama-rama kuning yang berterbangan melambangkan harapan Malaysia yang sedang bersama-sama berjuang melawan pandemik. 


Pendek kata, 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.habibjewels.com  atau di laman sosial rasmi Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB),


Tetapi nak lebih mudah cari sahaja DI SINI.



#HABIB #KeindahanMerdeka #NationalAspiration #NajibBamadhaj #WafeeEmas

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan