Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HOTEL, RESORT LEXIS PORT DICKSON DAH DIBUKA BAGI WARGA TEMPATAN


SEMPENA
kenyataan terbaharu dari Kerajaan Persekutuan mengenai kelonggran SOP bagi  rakyat Malaysia yang lengkap divaksin untuk merentas di negeri yang sama pada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Negeri Sembilan, Lexis Hotel Group mengumumkan pembukaan tiga pusat percutiannya - Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson sejak 26 Ogos 2021 lalu.

Ini berikutan pembukaan Lexis Suites Penang, kepada residen Pulau Pinang yang lengkap divaksin, bersempena dengan fasa kedua PPN di Pulau Pinang, sejak 10 Ogos 2021.


Bagaimana pun, individu-individu yang lengkap divaksin perlu memenuhi syarat mengikut kriteria berikut:


  • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
  • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan dan
  • Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukaan sebagai pembuktian


Di samping itu mereka berkenaan dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum. 


Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang terbabit boleh menikmati percutian di mana mana hotel pilihan mereka  dengan harga berpatutan melalui promosi Merdeka Staycation sehingga 30 September tahun ini.


Mandy Chew.Foto kredit:Pressreader.com


“Keluarga dan individu-individu yang lengkap divaksin boleh meraih kegembiraan percutian bersama orang yang disayangi, sambil menikmati kolam renang peribadi mereka sendiri, di hotel-hotel dan resort kami. Tawaran terbaru kami adalah cara kami mengucapkan beribu-ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam mendapatkan vaksin”, ujar Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.

Menurut beliu, pihak hotel dan resort Lexis sentiasa mengamalkan SOP ketat bagi menjaga kesihatan semua tetamu yang dilengkapi vaksin seperti berikut:


  • Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standar
  • Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
  • Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel-hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional
  • Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort
  • Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa
  • Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta merta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan.


Jadi, jika korang rasa telah memenuhi syarat tersebut dan ingin bercuti di mana mana hotel dan resort Lexis boleh menghubungi  pihak terbabit seperti senarai di bawah ini:


Promosi ini tertakluk dengan terma dan syarat. 


Untuk maklumat terlanjut, boleh kunjungi laman web hotel-hotel dan resort berikut:



Kak Fas: Untung la penduduk Pulau Pinang dan Negeri Sembilan ya dah boleh bercuti dan tenangkan fikiran setelah lama dilanda resah kerana terpaksa duduk rumah kan? Tunggu masa nak rebiu sambil  libur di Lexis Hibiscus Port Dickson.

#LexisHotelGroup #LexisPortDickson #GrandLexisPortDickson #LexisHibiscusPD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan