Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KASIH AYAH SEPANJANG MASA! 'ON YOUR MARK' BUKTINYA, JOM TONTON DI ASTRO FIRST 26 OGOS

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’,,, begitulah kata pujangga yang dapat Kak Fas gambarkan ketika menoton prebiu filem ‘On Your Mark’ arahan pengarah hebat Malaysia, Chiu Keng Guan, yang dikenali kerana karya-karya terbaiknya terdahulu seperti antaranya ‘Ola Bola’ dan ‘The Journey’ yang berjaya meraih kutipan ‘box office’ tertinggi bsgi sebuah filem tempatan.


Sejujurnya Kak Fas tidak berkesempatan menonton filem-filem yang menaikkan namanya sebelum ini. Bukan kerana tak mahu tetapi masa tidak mengizinkan. Bila nak menonton ada sahaja halangan yang menganggu.


Tetapi kini, rezeki untuk menonton karya terbaharunya, “On Your Mark’ yang merupakan satu-satunya filem arahan Chiu Keng Guan di China akhirnya berjaya juga dinikmati walau pun agak lewat daripada rakan-rakan lain. Namun atas initiatif dan kerjasama Ara Rahim dari Astro Shaw dapat juga Kak Fas menonton karya yang berjaya meraih kutipan secara keseluruhan sebanyak RMB148 juta (anggaran RM96 juta) ini.


Wow! Banyak itu. Tahniah Chiu Keng Guan (gambar bawah).



Khabarnya, filem itu ditayangkan di lebih 9 ribu buah pawagam di seluruh China dan lebih membanggakan apabila memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta (RMB 13.65 juta) hanya pada hari pertama filem tersebut ditayangkan malah menamatkan tayangannya dengan memungut sebanyak RMB148 juta iaitu anggaran RM96 juta berbanding kos produksi kira-kira RMB40 juta

 

Kutipan 'box office' itu sekali gus meletakkan 'On Your Mark' menduduki tangga no 1 carta filem di China.



Bak kata  Mawi, ‘hebat tak hebat’? Dan pastinya Kak Fas akan jawab ‘Hebat’!


Jika korang nak nilai betul ke tidak hebatnya, apa kata menontonnya apabila ia mula ditayangkan  di saluran pawagam di rumah anda mulai 26 Ogos 2021 ini. 


Di mana lagi jika tidak di Astro First, saluran 480 dengan bayaran cuma RM15 dan anda boleh menonton sepuas hati berulang kali selama 48 jam.


Kak Fas pun berulang menontonnya apatah lagi terpaksa baca subtitle yang laju menjelma di kaki layar, kadangkala terlepas juga jadi terpaksa ulang huhu…


Apa pun Kak Fas tabik pada Chiu Keng Guan, pengarahannya memang terbaik. 


Tersentuh dan mengalir juga air mata menontonnya. Sebak dan terharu melihat pengorbanan si ayah persis lirik lagu nyanyian Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee yang berbunyi, ‘kasihnya ayah, sanggupkah berpisah... dan kasih anaknya, berkorban nyawa, biar pun jiwa akan terseksa, ikhlas dan rela, asal kau bahagia.’


Ibu bapa mana yang sanggup melihat penderitaan anak-anak tetapi pada akhirnya terpaksa akur dengan kehendak anak yang mahu membuktikan sesuatu pada dirinya sebelum terlambat walau pun berat hati untuk merelakan.


Begitulah intipati dan mesej yang Kak Fas dapat tangkap melalui filem lakonan mantap pelakon hebat di China seperti antaranya Wang Yanhui (Pelakon Pembantu Terbaik di 8th Chinese Film Media Awards) sebagai ayah dan anaknya,  Zhang Youhao (pemenang ‘most media-focused new actor’ di Film Channel Media Award of the 23rd Shanghai International Film Festival 2020) dan Gong Beibi (Pelakon Wanita Terbaik di Beijing Youth Film Festival 2017) yang memegang watak sebagai seorang jurulatih maraton. 


Chiu Keng Guan (kanan) bersama tiga pelakon utamanya, (dari kiri) Gong Belbi, Zhang Youhao dan Wang Yanhui ketika menghadiri majlis pelancaran Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-24 di Shanghai pada Jun 11, 2021. Foto kredit: VCG/VCG via Getty Images)


Di China, filem ini diberi judul lain iaitu ‘Liao Bu Qi de Lao Ba’ atau ‘The Great Dad’ yang mengangkat hubungan ayah dan anak serta semangat tidak putus asa.


“Saya harap apabila ditonton di sini kelak ia mendapat sambutan hangat daripada penonton, Memang saya rasa gementar juga nak menunggu reaksi penonton Malaysia,” ulas Chiu Keng Guan dalam wawancara yang diadakan secara virtual baru-baru ini anjuran Astro Shaw selaku pengedar utama filem ‘On Your Mark’ di Malaysia dan Singapura.


Menurut Chiu Keng Guan, selama ini karya-karyanya menyelitkan budaya Malaysia, tetapi kali ini sedikit berbeza di mana ia menonjolkan budaya masyarakat di Chongqing, China. 


“Tetapi mesej utama yang saya ingin sampaikan dalam filem ini adalah pengorbanan dan semangat yang saya percaya ia amat dekat dengan kita semua,” tambah Chiu yang enggan meletakkan sasaran jumlah kutipan tetapi memadai filem itu diterima di tanah  tumpah darahnya sendiri kerana itu lebih membanggakan bagi Pengarah Terbaik ‘The Journey’ Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014 ini.


Digelar sebagai ‘The King of Malaysian Movies’ seperti petikan media South East Asian Globe, Chiu Keng Guan memberitahu, beliau akan terus berkarya dan menghasilkan filem-filem yang  menerapkan unsur tema perpaduan, kekeluargaan, persahabatan, semangat patriotisme demi keharmonian masyarakat Malaysia.


"Dalam tempoh lockdown ini apa lagi yang saya boleh buat selain daripada menghssbiskan masa dengan menulis skrip buat persediaan untuk filem akan datang," ujar Chiu yang belum bersedia berkongsi genre filem akan datangnya.


Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad melahirkan rasa bangganya dapat membawakan sebuah lagi masterpiece dari  pengarah hebat Malaysia ini yang telah menempa kejayaan di peringkat antarabangsa untuk dipersembahkan kepada penonton di sini.


Bersesuaian dengan tema merdeka Astro tahun ini, iaitu ‘Kita Teguh Bersama’, filem 'On Your Mark mempunyai elemen penghayatan yang cukup mendalam tentang semangat juang dan prihatin terhadap insan tersayang. 


“Kami harap, filem ini turut dapat mencipta kejayaan tersendiri di sini serta kejayaan Chiu Keng Guang di China mampu memberi inspirasi kepada pengkarya tempatan untuk terus menghasilkan filem-filem berkualiti,” ujar Raja Jastina.


‘On Your Mark’ mengisahkan tentang seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya. Namun, cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xio Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia. 


Namun, Xiao Erdong curi-curi melihat dan berlatih diluar padang tanpa pengetahuan ayahnya. Bagi melayakkan diri dalam pertandingan, Xio Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi keyataan apabila Xio Erdong disahkan buta....


Nak tahu kesudahannya kenalah tonton sendiri ya… percayalah Kak Fas rekomen anda menontonnya sebab ia memang sebuah filem yang cukup rasa perisanya. Pendek kata, ia berbaloi dengan wang RM15 yang dibayar unuk menontonnya.



Cerita berkaitan layari DI SINI


#OnYourMark #AstroFirst #KitaTeguhBersama #China #ChiuKengGuan #OlaBola

Tiada ulasan:

Catat Ulasan