KFC TAWAR HIDANGAN POWERUP SEMPENA KEJOHANAN MPL MALAYSIA
SIAPA gamers di sini yang suka makan ayam khususnya KFC?
Jika ada tentunya khabar yang Kak Fas nak coretkan di sini mampu menggembirakan hati yang sedang lara apatah lagi masa duduk rumah dalam tempoh PKP 3.0 ini.
Iya...Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) power up Musim 8 kejohanan liga e-sukan dengan kerjasama jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia, bakal diadakan secara langsung di YouTube bermula 13 Ogos ini.
Para peminat dan pemain MPL Malaysia boleh menyaksikan pertandingan yang lebih sedap hingga menjilat jari kerana pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB boleh didapati secara eksklusif di KFC Delivery melalui aplikasi KFC sepanjang Musim 8 daripada 13 Ogos sehingga 21 Oktober 2021.
Untuk menambah keterujaan peminat, pakej hidangan ini akan sentiasa diperbaharui!
Untuk menebus, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Langkah 1: Log masuk Aplikasi KFC.
- Langkah 2: Klik ikon "%" untuk ke halaman "Bucketful of Deals" untuk tawaran eksklusif!
- Langkah 3: Cari “MLBB POWERUP bundle deals”, klik untuk tebus & lengkapkan pesanan anda.
“Kami teruja untuk bekerjasama secara rapat dengan KFC dan memperkasakan pertandingan ini dengan tawaran pakej eksklusif. Nantikan kolaborasi dan Regular Season pertandingan ini yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi," ujar Fikri Rizal Mahruddin, Pengurus Perniagaan MOONTON Games.
“KFC berbesar hati berkolaborasi dengan YouTube dan MOONTON Games untuk power up para pesaing dan peminat dengan makanan sedap hingga menjilat jari yang disediakan segar setiap hari dan dihidangkan selamat dan mudah melalui khidmat tanpa sentuh, supaya mereka bersedia untuk kejohanan! Kami tidak sabar untuk turut serta berseronok dalam pertandingan e-sukan sengit ini dan pada waktu yang sama meraikan semangat keghairahan belia Malaysia,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
“Jutaan rakyat Malaysia menonton YouTube untuk menghiburkan diri di rumah, dan waktu menonton permainan video kasual pada awal 2021 berkembang lebih daripada 5X berbanding tahun lalu. Kami berbangga untuk berkolaborasi dengan MOONTON dan KFC untuk power up salah satu e-sukan terbesar Malaysia pada 2021,” kata Ben Jern Loh, Ketua YouTube Malaysia.
MPL Malaysia Musim 8 mengumpulkan 10 pasukan terbaik untuk bertanding memenangi hadiah terkumpul berjumlah USD100,000.
Untuk jadual penuh perlawanan dan lebih maklumat untuk mendapatkan pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB, layari https://www.facebook.com/mplm.official atau www.KFC.com.my atau klik sahaja DI SINI untuk lebih memudahkan.
#MPLMalaysia #e-Sukan #KFCMalaysia #Moonton #KFCXMLBBPowerUp #Belia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan