LITTLE MISS & MISTER MALAYSIA BERSAING SECARA NORMA BAHARU
MENGHAMPIRI dua tahun kita menempuh ujian berdepan dengan pandemik COVID-19, segala rutin harian turut berubah 360 darjah.
Entah bila kita dapat mengembalikan kehidupan seperti sebelum Mac 2019 kerana ‘kita masih belum menang’ berperang dengan virus berbahaya ini.
Pun begitu, kehidupan harus diteruskan walau pun perlu mengikut norma baharu dengan tidak melanggar SOP ditetapkan Kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.
Langkah itulah yang diambil bagi meneruskan kesinambungan festival sosial, seni dan budaya kanak-kanak,”Little Miss & Mister Malaysia’ bagi memilih wakil Malaysia ke peringkat akhir ‘Little Miss & Little Mister United World 2022 - yang akan berlangsung di Antalya, Turki.
Untuk rekod, ’Little Miss & Little Mister United World 2022 diasaskan oleh Natalya Kovalyova (kanan) sejak tahun 2000 bertujuan mengumpul kanak-kanak terbaik dari setiap 65 negara peserta bagi mengeratkan hubungan persahabatan antara negara terbabit.
Mereka akan bergabung tenaga dalam usaha menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik dan lebih bersih waima setiap peserta juga akan mengenali budaya antara negara masing-masing.
Pemenangnya pula sudah tentu akan dinobatkan sebsgai ‘Kanak-kanak Terbaik’ di negara mereka sekali gus berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti budaya sert amal kebajikan dan sebagainya.
Bagi festival di peringkat kebangsaan tahun ini, ia terbuka kepada kanak-kanak dari pelbagai etnik dan budaya, berumur antara 4 hingga 15 tahun anjuran Dance V Me di bawah Pengasas dan Presidennya, Jessie Foo mula ditubuhkan pada tahun 2014 di bawah nama Liffle Miss Malaysia.
Ia diubah menjadi ‘Little Miss & Mister Malaysia’ bagi memberi peluang kanak-kanak lelaki menyertainya sekali gus berkongsi dan menjalinkan persahabatan dalam mengembangkan sifat kepimpinan masing-masing.
"Little Miss & Mister Malaysia' lebih daripada sekadar pertandingan. Ia dirancang untuk mempromosikan dan menanamkan kesedaran sosial, budaya dan nilai keluarga kepada anak-anak kita, ” ujar Jessie Foo (kiri) dalam wawancara bersama media secara maya baru-baru ini.
Turut hadir antaranya, Natalya Kovalyova, Pengasas & Presiden Little Miss & Little Mister United World; Tyra Angel Odeny, Pemenang Grand Prix 2018 & Duta Besar UNESCO dari Kenya, Srisupa Kesawapitak, pemenang Grand Prix 2019 dari Thailand dan pemenang ‘Little Miss World 2015’, Jarellyn Cheong serta ramai lagi.
Bercerita lanjut, Jessie memaklumkan, festival tahun ini bercirikan "The Magical Kingdom” memandangkan cerita magis dan dongeng mampu membawa positif dan harapan, kegembiraan dan kebahagiaan kepada kanak-kanak dan keluarga.
“Dalam pada itu kami akan memperkenalkan program ‘My Family, My World’ sebagai sebahagian daripada pengisian festival bertujuan membantu menceriakan suasana rumah tangga dan mengeratkan hubungan krkeluargaan,” tambah Jessie.
Sambungnya lagi, tema projek festival pula tertumpu pada ‘Love, Care, Helping & Sharing’ (Cinta, Prihatin, Membantu & Berkongsi) di mana projek sosial/budaya terbaik berpeluang menerima hadiah wang tunai RM1,000 yang akan disumbangkan kepada organisasi amal atau projek sosial pilihan mereka.
"Percayalah pada anak-anak kita dan jagalah mereka dengan kasih sayang, perhatian dan nilai sosial dan kita akan menyaksikan kualiti ajaib mereka terbongkar. Ingatlah impian besar bermula kecil, ” sambung Jessie.
Dua tarikan pada festival ‘Little Miss & Little Mister Malaysia’ merangkumi pertunjukan bakat dan fesyen di mana para finalis dkhendaki mempamerkan persembahan terbaik mereka dan juga kemahiran bergaya di 'runway'.
Disamping itu, pelbagai topik secara maya akan turut dijalankan merangkumi dandanan diri, solekan, catwalk sambil berposing, pengucapan awam, tarian, fotografi dan kesedaran sosial & budaya.
Pertandingan utama akan berlangsung dari 10 Ogos hingga 18 September 2021 di mana finalis akan bertemu untuk membina persahabatan dsn membincang mengenai projek-projek disediakan sepanjang tempoh 10 hingga 15 Ogos 2021.
Penyerahan projek bersama video akan bermula dari 16 hingga 31 Ogos 2021 manakala bengkel penggayaan bersama dengan ceramah secara langsung akan dijalankan dari 20 Ogos hingga 8 September 2021 diikuti dengan penilaian langsung dari 10 September 2021, yang berakhir dengan upacara penganugerahan pada 18 September 2021.
"Para perwakilan berpeluang memenangi biasiswa dan hadiah bernilai sehingga RM100,000 pada festival tahun ini,” tambah Jessie sambil mengucapkan penghargaan kepada pihak penaja yang terbabit antaranya Ampang Glasshouse, Jeong Family & Vivian Lai Aesthetics, Mega Music World, Hair Atelier, Alist Academy, Johan Talking Academy, Farmskin Malaysia, Scuba G Mermaid, Selangor Fashion Week dan PV Pageant Vote.
Smile Studio turut dilantik sebagai jurugambar sasmi sementara rakan seperjuangan Kak Fas, portal 'Rentak Sejuta' milik Dragon dan Anastasia bertindak sebagai rakan media rasmi.
Sementara itu, majlis sidang akhbar secara maya turut mendengar pengalaman dan tips daripada tiga pemenang- pemenang terdahulu, Tyra Angel Odeny, Srisupa Kesawapitak (kiri) serta bapa Jarellyn Cheong iaitu Dr. Tan Ee Ping dan ibu kepada Mini Miss World 2019, Elyn Loh & Silver Prix International Model 2019, Ilyn Loh iaitu Swan Lum.
"Di belakang setiap anak yang percaya pada dirinya sendiri, ada ibu bapa yang mempercayainya," kata Dr Tan.
Menyokongnya, Swan Lum menambahkata, ‘Sebagai ibu bapa kita harus terus mencabar mereka untuk berfikir lebih baik, lebih baik dan lebih baik.”
Rata-rata pemenang terdahulu berharap setiap finalis dapat melunaskan tanggungjawab masing-masing walau pun perlu mengikut norma baharu.
ELYN & Ilyn Loh |
"Kejayaan tidak datang dari kemenangan, itu datang dari semua pengalaman yang kita buat,” memetik kata semangat dari Jarellyn selaku pemenang Little Miss Malaysia 2014 dan juara bertahan Ballroom Dancesport Malaysia yang juga merupakan wakil Malaysia untuk Sukan SEA yang akan datang di Vietnam serta Sukan Indoor Asia di Thailand pada 2021/2022.
Untuk maklumat lanjut boleh KLIK DI SINI atau wats app talian +6012-3301543 (Jessie) mahu pun melalui laman sosial media:
Facebook: Little Miss & Mister Malaysia
Instagram: @littlemissmistermalaysia
Good luck kepada semua!
#LittleMiss&MisterMalaysia #LittleMiss&LittleMisterUnitedWorld2022 #DanceV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan