Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NEUTROVIS SUMBANG 45,000 PELITUP SEPARUH MUKA LINDUNGI ATLET PARALIMPIK TOKYO 2020


SERAMAI 54 ahli kontinjen misi ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September 2021 depan sudah pun berangkat ke negara matahari terbit itu semalam (19 Ogos) membawa perjuangan sasaran tiga pingat emas pada kejohanan yang dianjurkan 4 tahun sekali ini.


Bersama harapan itu mereka juga akan menyokong kempen ‘Mask On, Spread Hope’ dengan memakai pelitup separuh muka perubatan premium NEUTROVIS manakala Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan turut  mengagihkan 45,000 unit pelitup muka berkenaan kepada komuniti atlet dan tenga kerja di perkampungan Paralimpik Tokyo 2020 demi mempromosikan kepelbagaian dan keharmonian global.


”Sebelum ini, kami diberi pelitup separuh muka biasa yang diperoleh dari sumber-sumber tertentu. Kini, dengan ehsan dan penajaan NEUTROVIS, keseluruhan fasiliti sukan akan berlindung dengan pelitup separuh muka premium 4 lapis NEUTROVIS yang mampu menghalang sehingga 98% bakteria dan virus,” ujar Chef de Mission (CDM) dan Presiden MPM, Dato’ Sri Megat D. Shahriman bin Dato’ Zaharudin


Menurutnya,  beliau berasa bangga untuk mengagihkan pelitup separuh muka berkualiti kepada atlit-atlit dari 206 buah negara dari seluruh dunia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berkenaan.


“Kami berbangga untuk mengagihkan pelitup separuh muka perubatan ini yang berkualiti di Tokyo 2020 bagi mempromosikan  semangat persahabatan dan keharmonian. Kami berharap supaya hubungan ini diperkukuhkan di masa hadapan termasuk menjalinkan kerjasama melalui kempen CSR #WeThe15 global dalam masa 10 tahun. 


"Saya menyokong kempen “Mask On, Spread Hope”, saya hebahkan di media sosial dan menggalakkan keseluruhan pertubuhan sukan kebangsaan untuk melakukan perkara yang sama,” tambah Megat D. Shahriman sambil menegaskan bahawa penguatkuasaan polisi yang ketat bertujuan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Sambungnya, setiap atlit diperlukan untuk memakai pelitup separuh muka pada setiap masa kecuali sewaktu bertanding dan waktu makan. Kegagalan untuk berbuat demikian atau pelanggaran protokol  boleh mengakibatkan komplikasi menyebabkan penyertaan mereka dibatalkan.


Sambil atlit Para menuju mencapai kejayaan di dalam bidang sukan masing-masing, objektif mereka adalah untuk menyampaikan mesej harapan dan mengingatkan semua orang untuk terus berjuang melawan pandemik kerana tiada halangan terlalu besar untuk diatasi.


Sesungguhnya, pandemik COVID-19 telah mencetuskan cabaran kesihatan di seluruh dunia, merangkumi kesemua lapisan masyarakat. 


Orang kelainan upaya, perlu diberi perhatian khusus di dalam pengurusan kehidupan seharian, kini perlu lebih berhati-hati dengan mengambil langkah-langkah pencegahan khusus bagi melindungi diri mereka dari dijangkiti. 


Ini juga adalah untuk mengelakkan dari penyertaan mereka dibatalkan dan hilang kelayakan untuk bertanding apa tah lagi mereka  memainkan peranan penting menjadi inspirasi kepada komuniti kelainan upaya di dalam dan luar negara.



Chef de Mission juga mengumumkan penyediaan cenderahati ekslusif kemeja-T edisi terhad MPM / Sukan Paralimpik Tokyo 2020 , yang direka dengan pendekatan minimalistik menampilkan warna yang menarik dan grafik yang ekspresif, melambangkan semangat juang atlit-atlit kelainan upaya untuk menempa kejayaan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.  


Kemeja-T tersebut juga menjadi medium kepada rakyat untuk bersatu hati menunjukkan sokongan mereka kepada atlit-atlit Para sambil menyebarkan mesej harapan yang mana kita mampu mengatasi pandemik ini bersama dengan mengikuti SOP dan memakai pelitup separuh muka gred perubatan yang efektif. 


Keseluruhan hasil jualan kemeja-T MPM x NEUTROVIS akan disalurkan kepada pembangunan atlit para kebangsaan sehingga hujung tahun ini diterajui oleh MPM. Kemeja-T tersebut boleh didapati dengan harga RM29 di SINI sehingga 5 September 2021.



Sementara itu. Zayn Puah, Pengarah Urusan Maystar Beauty (pemilik jenama NEUTROVIS) melahirkan rasa besar hatinya diberi peluang menyokong atlit kebangsaan Malaysia. 

Kami diinspirasi oleh  atlit Para di mana mereka menunjukkan contoh yang terbaik bagi menjiwai semangat juang di ambang kesusahan. Saya percaya golongan OKU patut dijadikan tauladan kepada semua. Golongan normal juga menghadapi cabaran untuk menyara kehidupan di sepanjang pandemik ini, saya hanya boleh membayangkan bagaimana sukarnya bagi mereka yang kelainan upaya namun mereka tidak pernah mengalah. Ianya amat memberangsangkan, dan saya percaya rakyat Malaysia harus mengangkat mereka sebagai model contoh semasa kita berjuang menentang COVID-19 setiap hari,” ujar Zayn Puah.


Beliau mengajak rakyat Malaysia agar sama-sama mengembalikan harapan di dalam kehidupan seharian, keluarga dan sahabat handai untuk terus menuju ke hadapan dan jangan sesekali berputus asa. 


“Bagaimanakah kita mampu melakukan perubahan ketara jika tidak dilakukan bersama?” akhirinya.


Cerita berkaitan layari DI SINI



#SukanParalimpikTokyo2020 #Neutrovis #MPM #MPMXNeutrovis #COVID-19

Tiada ulasan:

Catat Ulasan