Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAM FLORA TAMPILKAN KEHIDUPAN LESTARI MELALUI PERADUAN REKAAN 'PAPER COUTURE'


CUKUP kreatif dan pesona!


Begitulah yang dapat diulaskan berhubung rekaan kreatif yang ditonjolkan 10 finalis pertandingan rekaan fesyen ‘WASTE IS AMAZING 2021’ bertemakan ‘PAPER COUTURE’ yang berlangsung secara maya  anjuran Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) baru-baru ini.


Sebelum melihat rekaan  pelbagai gaya ditonjolkan Kak Fas sukar nak membayangkan bagaimana agaknya fesyen yang boleh dipakai diperbuat daripada sisa-sisa kertas kitar semula.


Namun setelah melihatnya di hadapan mata walau pun secara maya, memang mengagumkan bagaimana 10 finalis yang terpilih daripada 20 peserta yang disenarai pendek daripada lebih 80 penyertaan yang diterima mempunyai idea yang cukup kreatif.


Tentu barisan juri yang terdiri daripada antaranya pereka fesyen, Hatta Dolmat dan penyanyi Sissy Iman rasa sukar untuk memilih yang terbaik sedangkan semua yang layak ke peringkat akhir mempersembahkan rekaan yang kreatif.


Apa pun adat pertandingan, kalah menang rezeki empunya diri. Tentu sekali yang terbaik itu memperoleh kelebihan dalam rekaannya sehingga mampu mengutip markah lebih.


Tahniah diucapkan kepada Nor Farizan Jawahir dari Institut Kemahiran Belia Negara Pertak yang berjaya bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta 10 ribu mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan.



Nor Farizan mencipta rekaan bertemakan ‘Miezan’s Creation’ (gambar atas) yang khabarnya mengambil masa dalam 4 hingga 5 hari untuk menyelesaikannya kecuali pada bahagian motif yang mengambil sedikit masa yang lebih lama.


Naib Juara diperoleh Muhammad Danish Saiful Rizal dari Management Science University (MSU) di mana rekaannya bertemakan ’TGIF -Thank God Is Fashion’,  memenangi wang tunai RM800, 5 ribu mata ganjaran Mesra Pentronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan. 


Pemenang ketiga, Wan Rahman Muhammad Izzuan Abdul Rahman dari Polyteknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor, dengan fesyen gaya ‘Inspired By Cruella’ menerima RM500 tunai, 3 ribu mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan. 


Turut dinobatkan pemenang dalam kategori Sosial Media Terbaik iaitu Tieya Taillera dari UiTM Shah Alam.


Rekaannya yang bertemakan ‘Flamed Dive’ berjaya menarik perhatian 10.3k tontonan dengan 1.8k tanda suka serta 280 perkongsian.


Dengan menggunakan tema PAPER COUTURE, pertandingan fesyen yang unik ini telah memasuki tahun ke-9  di mana seramai 20 orang pereka amatur terpilih dari pelbagai latarbelakang,


“Ini tahun kedua kami menganjurkan pertandingan secara maya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP),” ujar Dato Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora dalam ucapan ringkasnya pada sidang media secara maya baru-baru ini.



Turut hadir hampir kesemua finalis terlibat serta barisan juri.


Pertandingan tersebut telah dijalankan secara langsung di Facebook dan Instagram Alam Flora dan ditonton oleh netizen di seluruh negara dan serata dunia, apabila isu jarak dan lintas sempadan bukan lagi penghalang. 


Menurut Zain Hassan, Alam Flora telah mengambil langkah proaktif dalam meneruskan usahanya untuk menyemai amalan 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle & Recover) di kalangan komuniti menerusi acara tahunan ikonik mereka, WASTE IS AMAZING iaitu sebuah pertandingan reka fesyen dari bahan kitar semula. 


“Dengan adanya pelbagai halangan akibat pendemik COVID-19, kami masih menerima sambutan penyertaan yang luar biasa di mana kami menerima lebih daripada 80 penyertaan dari seluruh Malaysia. Ini jelas menunjukkan karya itu tidak mengenal batasan dan sekaligus penerimaan terhadap budaya kitar semula semakin di terima terutamanya di kalangan genersi muda,” jelas Zain.


Tambahnya lagi, pemilihan kertas sebagai bahan utama pada rekaan fesyen pada tahun ini amat bertepatan sekali kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) menunjukkan bahawa kertas adalah bahan buangan ketiga terbesar selepas sisa makanan dan plastik. 


“Ia juga bersesuaian dengan aspirasi pihak kerajaan bagi mengurangkan sebanyak 40% sisa yang boleh dikitar semula, dibuang ke tapak pelupusan menjelang 2025,” harapan Zain,


Bagi mencapai matlamat ini, Alam Flora telah mempertingkatkan usahanya dalam menjangkau pengurusan sisa terutamanya dalam membudayakan amalan kitar semula di kalangan rakyat Malaysia dan ‘Waste is Amazing’ adalah merupkan salah satunya. 


“Kini kita boleh melihat sisa dari perspektif yang berlainan secara positif,’ akhiri Dato Zain.




#AlamFlora #PaperCouture #WasteIsAmazing #PKP #COVID-19 #PeraduanFesyen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan