Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MILO RAIKAN SEMANGAT TAKKAN GENTAR RAKYAT MALAYSIA


JENAMA minuman ini sudah lebih 70 tahun berada di pasaran. Kak Fas percaya sejak kecil lagi kita sudah menikmati minuman dengan kebaikan malt, susu dan koko ini.


Tidak diragui,  MILO sudah sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia. Pendek kata, anak-anak kecil seusia dua tahun pun dah pandai menyebut MILO. 


Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO® pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.


Terbaharu, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ogos lalu dan Hari Malaysia pada hari ini (16 September 2021), MILO tidak mahu ketinggalan meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia dengan melancarksn Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 1.5kg 2021. 

Selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan, tahun ini, buat julung kalinya juga, tradisi ini  diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR).


Apa maksudnya itu?


Menampilkan dua reka bentuk, Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 2021 meraikan cara unik rakyat Malaysia menikmati MILO® kegemaran mereka, sama ada di warung-warung tepi jalan (Edisi Warung) mahupun di kopitiam yang menggamit nostalgia (Edisi Kopitiam).


Dan dengan kecanggihan teknologi AR yang menghidupkan warisan inilah keunikannya di mana pembeli boleh mengimbas kod QR pada tin dan seterusnya dapat merasai pengalaman interaktif 3D dengan rekaan warung dan kopitiam tersebut.




“Kami sedar bagaimana MILO® telah memperkayakan budaya makanan Malaysia. Memetik ilham ini serta kenangan manis rakyat Malaysia bersama MILO®, kami yakin tiada yang lebih unik dalam warisan budaya kita berbanding warung dan kopitiam.


"Kami berbangga untuk berkongsi hasil karya kami dengan rakyat Malaysia, khususnya peminat MILO®, dan berharap mereka juga akan turut berbangga untuk memiliki ikonografi MILO® ini. Kami berharap dengan cara ini kami dapat memelihara warisan budaya kita. Semoga tin MILO® edisi terhad ini bukan sekadar menjadi kenangan buat generasi akan datang, malahan peringatan betapa MILO® sentiasa dekat di hati anak-anak Malaysia," ujar Jayee Lim, Pengarah Seni Loka Made. 


Berbangga dengan MILO® yang kini menjadi sebahagian daripada warisan budaya Malaysia, menerusi kempen ini, ia juga bertujuan  meraikan keberanian serta kegigihan yang membentuk semangat juara takkan gentar dalam diri rakyat. 



"Sentiasa berada di sisi mengharungi jatuh bangun bersama-sama, kami ingin mengabadikan secebis kenangan kehidupan Malaysia yang bermakna dalam memorablia kami, sambil meneruskan sokongan kepada rakyat dengan membekalkan kebaikan tenaga untuk melangkah lebih jauh demi menghadapi masa hadapan,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.


Membangkitkan lagi kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam kalangan peminat serta rakyat Malaysia, MILO® menjemput semua untuk menonjolkan keunikan budaya Malaysia dengan berkongsi bagaimana MILO® melengkapkan hidangan kegemaran mereka menerusi Peraduan Kita Kan Malaysia


Peserta hanya perlu mengambil gambar Tin MILO® Edisi Terhad bersama makanan kegemaran yang dianggap sebagai gandingan terbaik dan memuat naiknya ke media sosial beserta tanda pagar #MILOMerdekaMalaysiaDay dan #TimeforMILO sebelum 30 September 2021 untuk berpeluang memenangi set hadiah eksklusif MILO®.


Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 2021 yang kini berada di pasaran boleh dibeli di pasar raya yang berhampiran serta secara atas talian menerusi laman e-dagang utama, selagi stok masih ada. 


Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.milo.com.my/bm/Tin-MILO-Edisi-Merdeka.  atau nak lagi senang KLIK DI SINI


#Nestle  #PeraduanKitaKanMalaysia #TimeForMILO #MILOMerdekaMalaysiaDay




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan