Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NR LANCAR PROGRAM AMAL 'NR4FRIDAYS', AJAK SERTAI IG LIVE BERSAMA SELEBRITI SETIAP JUMAAT


DALAM usaha menzahirkan penghargaan buat petugas barisan hadapan, jenama yang mempelopori industri herba negara, NR atau dahulunya dikenali sebagai Nona Roguy akan melancarkan program amal, ‘NR4FRIDAYS’ bermula  esok 10 September 2021.


Buat julung kalinya program amal NR4FRIDAYS ini juga berinspirasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang pentingnya menjaga kesihatan dalaman dan luaran semasa negara melalui fasa pemulihan pandemik COVID-19.


“NR4FRIDAYS merupakan inisiatif bukan bersifat keuntungan dan akan memberi fokus kepada empat siri sumbangan makanan serta keperluan asas untuk petugas barisan hadapan serta program IG LIVE Amal bersama rakan selebriti NR,” ujar Tuan Syed Hidzir Syed Agil, Ketua Pegawai Eksekutif NR (gambar bawah).



Menurutnya, antara artis-artis yang telah dikenal pasti mengambil bahagian dalam siri IG Live Amal terdiri daripada pelakon Anzalna Nasir, Betty Rahmad dan Farah Nabilah.


Tambah Syed Hidzir, aktiviti tanggungjawab sosial NR bersama rakan-rakan strategik itu bermatlamat untuk mereka menyantuni penjawat awam yang telah menyumbang bakti berkorban masa dan tenaga sehingga ada yang terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


Dalam pada itu, barangkali anda ingin tahu kenapa program diberi judul ‘NR4FRIDAYS’?


“Ini kerana, sumbangan akan dijalankan selama empat minggu pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan September dengan mengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu segala hari bagi mendapatkan kerahmatan dan keistimewaan dalam menjalankan aktiviti amal jariah,” jawab Syed Hidzir.


Pada sumbangan Jumaat pertama (esok) 10 September, NR dan rakan-rakan akan menziarahi Hospital Sungai Buloh dengan membuat serahan sumbangan pek makanan dan minuman, telefon tanpa wayar (cordless phone), peralatan tulis dan telefon bimbit serta sedikit peralatan keperluan asas kepada Unit ICU Hospital Sungai Buloh. 

 

Program sumbangan akan diteruskan pada setiap Jumaat berikutnya iaitu pada 17 September, 24 Oktober dan 1 Oktober 2021.


Berikutan itu, program IG Live Amal NR4FRIDAYS di platform Instagram akan dimulakan secara ‘cross live’ bersama Anzalna Nasir pada Jumaat jam 9 malam.


Ia kemudiannya akan disusuli tiga minggu Jumaat berturut-turut dengan Farah Nabilah (17 September) dan Betty Rahmad pada 24 September 2021.


“Seorang lagi selebriti akan ditentukan dalam masa terdekat bagi slot 1 Oktober 2021,” ujar Radhiah Ahmad, Ketua Strategi dan Inovasi NR.


Tambah Radhiah, melalui siri IG LIVE Amal NR4FRIDAYS itu, pihaknya akan berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri.


Selain itu, ia memberi peluang untuk followers NR serts artis terbabit berinteraksi bagi mengupas dan membuat perkongsian ilmiah mengenai Covid-19, memandangkan tajuk yang telah disusun menjurus berkaitan program kesedaran kepada masyarakat umum. 


Tajuk IG Live yang pertama pada 10 September berkisar kepada “Pengorbanan” di mana hosnya,  Anzalna Nasir akan berkongsi pengorbanan jururawat yang bertugas. 


Minggu kedua Jumaat akan mengetengahkan  tajuk “Stigma” bersama selebriti Farah Nabilah yang akan membuat perkongsian bersama pakar jemputan dan wartawan jemputan berkaitan stigma masyarakat berkaitan pesakit Covid-19. 


Susulan itu, pada 24 September, NR4FRIDAYS akan meneruskan program IG Live dengan tajuk yang lebih dekat kepada kepentingan vaksin dan kesihatan kanak-kanak semasa pandemik yang akan dikongsi bersama selebtri Betty Rahmad bersama tetamu jemputannya.


“Program terakhir NR4FRIDAYS akan berkongsi berkaitan tajuk yang terlalu dekat dengan masyarakat iaitu “Kesihatan Mental”. Perkongsian ini akan disertai bersama seorang lagi selebriti jemputan yang akan membincangkan kepentingan kesihatan mental yang melibatkan emosi pelbagai isu  dilalui masyarakat semasa pandemik Covid-19,” sambung Radhiah.



Pemegang Ijazah Sarjana di dalam bidang Kewangan Islam itu berkata, beliau juga akan berkongsi pengalaman dan cabaran melalui perspektif strategi pengurusan kewangan bagi kepentingan masyarakat umum. 


“Bersama tetamu jemputan saya akan mengupas berkaitan persediaan mental dan emosi yang masyarakat umum perlu bagi melalui fasa pandemik Covid-19 ke endemik pada bulan Oktober kelak,” jelas Radhiah.

Sehubungan itu, NR  berharap segala perkongsian yang diberikan mencapai matlamat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan serta mengambil vaksin agar negara bebas COVID-19.


#NR4FRIDAYS #NonaRoguy #AnzalnaNasir #FarahNabilah #BettyRahmad #NR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan