Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI NURHALIZA SOKONG SUNTIK VAKSIN, TAWAR DISKAUN BEAUSITI


SEMALAM genap 2 tahun, penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyambut ulang tahun kelahiran jenama 'BeauSiti' di pasaran tempatan.


Sehubungan itu, beliau menghargai setiap peminat dan pelanggannya dengan menghadiahkan tawaran dan diskaun menarik di mana semalam sesiapa sahaja yang membeli pek minuman botani #Beautessence pada harga RM125 berpeluang pula memperolehi sekotak BeauKids pada harga RM2 daripada harga asalnya RM59.


Tetapi itu ditawarkan untuk sehari pada semalam sahaja. Dan bagi yang terlepas jangan khuatir ada lagi kerana rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin boleh mendapatkan tawaran sehingga RM25 melalui promosi di laman sesawang BeauSiti.


Langkah itu diambil sebagai salah satu cara beliau menyokong inisiatif Kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaksin dos pertama dan kedua. 


Promo ini berlangsung dari 16 September hingga 30 September hanya di laman web BeauSiti dan tertakluk pada terma dan syarat. 


“Mereka  boleh melayari www.beausiti.my atau dapatkan produk dari SitiZen dan menikmati potongan diskaun dari tawaran promosi semasa kempen ulangtahun ini,“ ujar Siti yang lebih mesra disapa Tok Ti.


Beliau mengumumkan demikian melalui sesi 'live' di laman facebook BeauSiti semalam dengan acara memotong kek sebelum mengadakan sidang media maya bersama wartawan sekali gus melancarkan kempen 'Stronger2gether'.



Mengimbas kembali penubuhan BeauSiti, jenama itu telah dilancarkan pada bulan September 2019 dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita yang dinamakan - Beautéssence


BeautéssenceTM adalah produk minuman kesihatan botani dan terdapat 7 bahan aktif (Cerepron-F, Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica, Kolagen Peptida, Ekstrak Delima, Roselle dan Aloe Vera) yang diformulasi khas untuk menyerlahkan kecantikan luaran dan dalaman. 


Bahan utama ini dapat diserap oleh badan dengan lebih efektif hasil teknologi Nutri-lock dan manfaat Cerepron-F dari Jepun dapat membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah dalam 8 minggu sahaja! 



Diasaskan dua tahun yang lalu, BeauSiti diaspirasikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang ingin berkongsi ilmu dan rahsia kecantikan luaran dan dalaman beliau dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan. 


Dan sebagai wanita yang menjalani gaya hidup yang sibuk, BeauSiti adalah pemakanan yang ideal dan berkhasiat untuk pengurusan kesihatan dan kecantikan, luar dan dalam.


Berikutan itu lahir pula dua produk lagi iaitu Beaunes dan Beaukids.


BeaunestTM merupakan Minuman Kesihatan Sarang Burung yang berasaskan sarang burun asli tanpa gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan makanan sunnah seperti madu, buah delima dan kurma. 



Ia juga telah terbukti secara saintifik dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman tubuh. Rasanya yang enak, sesuai diminum oleh semua peringkat umur dan boleh dijadikan sebagai minuman harian seisi keluarga. 


Manakala BeaukidsTM adalah rangkaian produk terbaru ketiga iaitu Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab (Aafiyah Nutri-Jelly Drink from BeauKids by BeauSiti X WonderLab) yang enak rasanya dan dipenuhi dengan khasiat. 



Ia diperbuat dari Puri Strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan multivitamin, antaranya Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik. Minuman berkhasiat ini boleh boleh membantu meningkatkan sistem imun badan dan perkembangan otak kanak-kanak. 


Kesemua produk BeauSiti menggunakan teknologi canggih terkini dan mempunyai rasa yang lebih segar dan dipasarkan pada harga yang berpatutan dan berkualiti.


BeauSiti Beautéssence berharga RM125.00 sekotak, BeauSiti Beaunest berharga RM75.00 sekotak dan Beaukids by BeauSiti berharga RM59.00 sekotak. 


Produk minuman BeauSiti boleh dibeli dengan Dua (2) cara melalui:- SitiZen (ejen BeauSiti) dan laman web BeauSiti.


Dalam pada itu, dalam proses pembangunannya, Siti turut mengumumkan bakal menghasilkan lagi beberapa produk baharu termasuk untuk kaum lelaki.


"Saya juga merancang mengeluarkan barang keperluan rumah," ujar Siti sambil mengajak sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen keluarga SitiZen boleh membuat permohonan.


Setekat ini keahlian Sitizen sudah mencecah 1,700 orang.


"Harapan saya untuk tahun ini mahu melahirkan ramai jutawan dan membantu mereka yang sedang dilanda kesusahan akibat pandemik COVID-19 bangkit dan beropeh pendapatan," tambah Tok Ti ikhlas.


Apa pun, utuk maklumat lebih lanjut mengenai BeauSiti, layari www.beausiti.my atau halaman Facebook dan Instagram BEAUSITI @beausitiofficial  


Baca lanjut cerita berkaitan  DI SINI.



BERSAMA Pengarah BeauSiti & Sitizen, Siti Hadzrah Abd, Rahim di sidang media virtual baru2 ini,


#BeauSiti #Ctdk #SitiNurhaliza #BeauNes #BeauKids #SitiZen #COVID-19   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan