Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TEPUK DADA TANYA SELERA! PILIH ARONA ORIGINAL, OAT ATAU LABU?



APA kah anda penggemar makanan mi terutama yang seumpama mi Jepun atau Ramen?


Jika itulah pilihan apa kata cuba mi keluaran QSR Trading Sdn, Bhd (QSRT) yang dijenamakan sebagai ‘Arona’ ini. 


Pendekata, jika lupa namanya pun ingat aroma je pasti ingat arona gitu haha…


QSRT yang merupakan sayap penjualan, pemasaran dan perdagangan QSR Brands dan juga pendorong KFC dan Pizza Hut Malaysia, sudah pun  melancarkan ‘Arona’ baru-baru ini.



Dihasilkan untuk tahan disimpan lama, mi kering berbentuk lidi ini diperbuat daripada gandum impot berkualiti tinggi, mengandungi seratus peratus bahan semula jadi, berasaskan sayuran - dengan tekstur lembut dan kenyal malah kualiti  hampir sama dengan mi Ramen.


Lebih menarik mi ini sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup produktif, aktif dan yang sentiasa sebuk terutama orang bujang waima ia mudah bagi sesiapa sahaja untuk menyediakannya mengikut masakan gaya masing-masing, lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini.


“Kami di QSRT memahami bahawa dengan keadaan pandemik yang berterusan, ramai yang cuba untuk menyediakan dan menikmati makanan yang lebih sihat di waktu-waktu ini. Kami berharap mi ARONA akan memudahkan lagi kerja anda di dapur serta memberi alternatif yang lebih sihat untuk dimasak di rumah,” kata Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd. 


Bercerita lanjut mengenai kualiti produk yang dihasilkan daripada tepong gandum yang diimpot dengan kandungan asli dan bahan-bahan terpilih menggunakan teknologi dan peralatan terkini, Chan Chong Thye memberitahu pihaknya sentiasa mahu memastikan produk keluaran mereka seratus peratus selamat untuk dimakan.


“Saya harap pengguna berpuas hati,” tambahnya.


Jika anda tertanya-tanya apa keistimewaannya mi Arona ini?


“Penyediaannya  cepat dan ringkas – Langkah pertama, rebus mi dalam air mendidih selama kira-kira 4-5 minit, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Mi serba-serbi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada sup, kuah atau digoreng mengikut citarasa dan selera anda,” jawab Chong Thye.


Dan kalau nak tahu mi Arona ini sesuai dijadikan hidangan sihat yang menyelerakan seperti Salad Mi memandangkankan mi berkenaan mempunyai keenakan yang terserlah apabila digabungkan dengan sayur-sayuran pilihan. 


Lebih menarik anda boleh memilih mana satu perisa kepingin di hati waima mi Arona tersedia dalam 3 citarasa berbeza - Original, Oat, dan Labu.

Ia dijual pada harga mampu beli iaitu RM3.80 setiap paket (250g) malah bagi memudahkan anda jika tidak mahu keluar rumah, boleh membelinya melalui atas talian di platform Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasar-pasar mini terpilih. 

Apa pun, untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my 


#ARONA #QSRT #MiLidi #Original #Oat #Labu #Shopee #Lazada #SalahMi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan