Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAKANAN TAMBAHAN EXCEL PRO KEBANGGAAN TOK ABAH


SELEPAS beberapa kali melalui proses evolusi dan penambahbaikan, produk makanan tambahan tablet berperisa coklat, Excel Pro terus menjadi kebanggaan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah atau mesra dipanggil Tok Abah.


Mula dipasarkan sejak awal tahun 2000, produk keluaran Shafaz Trading Sdn Bhd itu kali terakhir mendapat sentuhan 'magis' penjenamaan baharu selain peningkatan mutu ramuan bahan bahan digunakan pada Disember 2019.


Istimewanya produk ini tidak semata mata dijual atas paksi memberi manfaat kepada pengguna, sasaran yang dirumus khas untuk usia tiga  hingga 80 tahun.


Sebaliknya, ia bertimbal balik kepada falsafah kemanusiaaan, saling kebergantungan kehidupan dan tenaga positif manusia seiring dengan kepakaran Tok Abah dalam bidang motivasi serta falsafah.


"Di pasaran barangkali ada produk yang hampir sama dengan Excel Pro. Namun kalau ditanya apa kelebihan produk ini atau yang membezakannya dengan lain, ia berbalik kepada sudut pandangan dan bidang falsafah hidup saya pelajari serta amati.


"Bererti dalam hal falsafah itu sendiri ada nilai tambah. Makanan tambahan ini yang awalnya dulu dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah contohnya masalah hilang fokus, keletihan, stres, mudah lupa dan masalah penghadaman takkan ada kesan tanpa peranan ibu bapa sendiri.


"Lalu dalam situasi sebegini, ibu bapa juga perlu menjayakan tanggungjawab mereka dengan menyalurkan hal positif. Golongan anak juga sama contohnya belajar dengan ikut arah kiblat dan baca penenang hati. Pendek kata, keberkesanan produk itu akan lebih mujarab dengan cara dipraktikkan ibu bapa dan anak mereka," kata Pengasas Excel Pro itu.


Tahun lalu, syarikat ini menggunakan hanya lapan orang 'coach' atau jurulatih sebagai tenaga sokongan dan jualan produk berkenaan.



Bagaimanapun hanya pada tahun ini, syarikat yang berpengkalan di Bandar Baru Bangi itu mula menggunakan sistem stokis dan agen.


"Kelainan kita juga dapat dilihat dengan memberi sokongan kepada coach dan golongan ibu bapa sendiri dengan mewujudkan program  Webinar contohnya.


"Menerusi program sebegitu, pihak kami salurkan pelbagai input berfaedah dan bermanfaat untuk diamalkan termasuk tips, nasihat dan perkongsian doa.


"Hingga kini kami mempunyai empat stokis, lebih 150 agen di seluruh Malaysia. Malah sistem 'coach' yang diamalkan masih dikekalkan dan terus bertambah bilangannya," katanya.


Ditanya mengenai sasaran jualan pada tahun ini, anak kelahiran Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor itu bersikap optimis.


"Tahun lalu, kami berjaya capai jualan yang amat memberangsangkan," katanya.


Tablet coklat yang sedap tanpa gula ini diperbuat daripada kandungan premium seperti Bacopa, Omega 3, Prebiotik  dan Probiotik.


Ia didatangkan dalam bentuk botol dengan kuantiti 120 biji dan dijual pada harga promosi di bawah RM100.


Ia diperakui mempunyai jaminan logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain memiliki sijil pengiktirafann Good Manufacturing Practice (GMP).


Layari https://excelpro.solutions untuk tempahan dan butiran lanjut atau KLIK SINI




#DrMohdFazixilahKamsah #ExcelPro #MakananTambahan #SistemCoach #JAKIM #GMP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan