Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CABARAN PIALA THOMAS BERMULA HARI INI 9 OKT DI ASTRO ARENA

Gambar hiasan: Kredit: Mysumber.com

SELEPAS saigan Piala Sudirman 2021 berakhir dengan Malaysia berjaya ke peringkat separuh akhir namun tewas 1-3 kepada Jepun, peminat sukan  boleh terus memberikan sokongan kepada skuad negara pada cabaran Piala Thomas & Uber 2020 bermula hari ini - 9 Oktober sehingga 17 Oktober 2021.


Astro Arena, saluran 801 akan  membawakan perkembangan dan komprehensif melalui berita sukan Nadi Arena dan juga pra rancangan di studio bersama hos Hafizal Hamad, Ahmed Sharazad Sani dan juga pakar-pakar badminton negara seperti Roslin Hashim, Chong Wei Feng, Koo Kien Kiat dan Rashid Sidek untuk saingan Piala Thomas. 


Selain mereka hos Edleen Ismail dan beberapa bekas pemain wanita lain seperti Sonia Cheah, Goh Jin Wei, Goh Liu Ying dan Woon Khe Wei pula akan berkongsi pengalaman mereka dan prebiu untuk saingan Piala Uber. 


Dalam pada itu,  pengulas sukan, Zainal Abidin Rawob, Sharon Wee dan Syakirah Zulkiflfly akan menemani penonton dengan membawakan ulasan mereka yang penuh taktikal dan bertenaga. 


Sementara itu, wartawan sukan, Adam Zamri pula bersedia untuk membawakan kehangatan sebenar dari gelanggang kejohanan di Arena Ceres di Aarhus, Denmark dengan berita terkini skuad negara di Nadi Arena. 



Astro SuperSport 4 (Saluran 814) dan Astro SuperSports 5 (Saluran 815)  juga tidak ketinggalan untuk membawakan anda  menyaksikan kejohanan berprestij ini sekali gus peminat badminton negara boleh turut menyokong aksi jaguh negara di Astro GO. 


Pada kejohanan Piala Thomas dan Uber edisi ke 31 kali ini skuad badminton lelaki dan wanita negara telah diundi berada dalam kumpulan D. 


Skuad badminton lelaki negara diundi bersama naib juara edisi lalu, Jepun serta Kanada dan England


Namun skuad England terlebih dahulu menarik diri daripada menyertai pertandingan berikutan beberapa pemain yang mengalami kecederaan. 


Sementara itu, untuk kejohanan Piala Uber, pasukan Malaysia berdepan cabaran besar diundi bersama semi finalis edisi lalu, China serta Denmark dan Kanada


Malaysia sebenarnya dikatakan mengambil tindakan berani dengan menghantar skuad mentah ke Piala Thomas dan Piala Uber sepertimana pada Piala Sudirman dalam usaha membentuk pasukan mantap di Olimpik Paris 2024.


Daripada 11 pemain yang disenaraikan ke Piala Thomas, hanya Lee Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempunyai pengalaman beraksi.


Manakala, bagi pasukan Piala Uber, Lee Meng Yean bakal membuat penampilan ketiga, manakala S. Kisona dan Goh Jin Wei beraksi untuk kali kedua.


Mampukah jaguh-jaguh badminton negara kita  menggalas cabaran di Piala Thomas  dan Piala Uber 2020?

 

Jom kita aama-sama memberikan sokongan dan ikuti perlawanan penuh debaran ini   di Astro Arena, Astro SuperSport dan Astro GO bermula 9 Oktober hingga 17 Oktober nanti.

Berikut  perhatikan jadual perlawanan :



Good luck semua!  Malaysia Boleh!



#ThomasCup #PialaUber #Malaysia #Denmark #LeeZiiJia #AaronChiaSohWooiAik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan