'DARRA WHITE' UBAH KEHIDUPAN TIGA SEKAWAN DIHIMPIT REZEKI
PANDEMIK COVID-19 yang melanda dunia sejak lebih setahun lalu meragut kebahagiaan ramai insan sehingga ada yang terputus rezeki, malah lebih memeritkan ramai hilang pekerjaan.
Bagaimanapun, di sebalik ujian besar itu, tersimpan hikmah berharga apabila ada yang bangkit meneruskan survival sekali gus menjadi kuat menolak ketepi pergelutan hidup.Kehadiran produk makanan tambahan, Darra White keluaran Nuraz Naila Trading di pasaran sekitar lima bulan lalu umpama 'penyelamat' dan pembuka pintu rezeki kepada insan di luar sana.
Pemilik rangkaian produk berkenaan sendiri memanjat kesyukuran kerana usaha dipanjangkannya melalui pemasaran produk organik serta kaya vitamin C dan E itu menyuntik semangat baru dan senyuman buat ramai orang, terutama kepada tiga sekawan yang berpangkalan di Jitra, Kedah.
Kisah inspirasi Mohd Hafizi Haris, Rahmatullah Samshuddin dan Khairul Abror Rodzey selaku pengedar produk Darra White adalah contoh terbaik bagaimana ketiga-tiga mereka ini yang sudah bergelar suami orang, sama-sama berganding bahu memajukan jenama baharu itu.
Dari kiri: Rahmatullah, Hafizi dan Khairul Abror.
Menurut Mohd Hafizi, dia dan dua lagi pengedar berkawan baik sejak setahun lalu.
"Kami masing masing berdepan pelbagai liku hidup sebelum akhirnya bertemu dan berkongsi minat yang sama iaitu dalam cabang perniagaan.
"Ikutkan selok belok berniaga ini saya minat sudah lama. Cuma biasalah ada kala nasib dan rezeki tak menyebelahi saya. Saya pernah meniaga air jus di tepi jalan sekitar hujung tahun 2016 selepas berhenti kerja di sebuah kolej swasta di Perlis.
"Jualan air pada awalnya agak memberangsangkan. Namun lama kelamaan jualan merudum. Hutang pun makin bertambah. Malah saya mula mencari peluang lain untuk menambah pendapatan," kata Mohd Hafizi.
Dipendekkan cerita, jodoh Mohd Hafizi dengan produk Darra White serasi.
"Selepas enam bulan bekerja keras dengan jenama itu, saya mula menjana pendapatan dan terus melonjak naik hari demi hari. Ia berjaya mengubah kehidupan saya dan berjaya menjana pendapatan hampir enam angka dalam tempoh sebulan.
"Setakat ini sudah 300 lebih agen berjaya direkrut. Jadi kami mahu buka peluang ini kepada yang lain untuk sama sama turut serta," kata bapa kepada seorang cahaya mata berusia tujuh tahun itu.
Bagi rakannya, Khairul Abror yang berasal dari Pokok Sena, Kedah, beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah Perundangan di Mesir selama empat tahun.
"Saya mula berniaga dan meminati cabang berkenaan sejak zaman belajar lagi. Saya tak menyesali membuat pilihan untuk teruskan berniaga dan berhenti belajar pada tahun keempat belajar di Mesir.
"Saya nekad berhenti belajar untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa. Bahkan saya pernah cuba pelbagai cabang perniagaan, tapi ada yang kurang menjadi. Pernah juga sesekali terlintas untuk mengalah," kata jejaka dari Pokok Sena, Kedah itu.
Tapi siapa sangka, kehidupan mula berubah selepas diperkenalkan dengan Darra White.
"Saya bagai beroleh semangat baru saat taraf kehidupan mula berubah. Namun kami tak mahu tamak dengan nikmat itu, sebaliknya nak wujudkan ramai peniaga yang mampu untuk memegang angka pendapatan dari puluhan hingga ke ribuan ringgit setiap bulan.
"Dan paling penting bebas masalah kewangan. Kami juga mahu bantu peniaga lain dari putus asa dalam berniaga," katanya.
Sementara itu, Rahmatullah Samahuddin dari Gurun, Kedah pula berasal daripada graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang beralih angin ke dunia niaga.
"Selepas tamat pengajian, saya mula bekerja di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2010 sebagai juruteknik. Malah saya pernah beberapa kali bertukar tempat kerja. Saya merantau dan bekerja di KL hampir sembilan tahun.
"Selama tempoh itu juga saya boros dan tak menyimpan duit. Tahun lalu, dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19, masalah kewangan saya menjadi kritikal. Malah majikan turut memotong separuh gaji kerana keadaan memaksa," kata Rahmatullah.
Rahmatullah sekali lagi membuat keputusan besar dalam hidupnya untuk berhenti kerja tetap dan mencuba nasib dalam perniagaan.
"Macam macam kerja berniaga saya cuba. Tapi perkenalan dengan Darra White mengubah takdir hidup saya.
"Dengan hanya bermodalkan wang baki hasil pekerjaan terdahulu, saya mengorak langkah dengan bermula sebagai agen. Hasil kerja keras dan usaha yang tidak pernah putus asa kini saya berjaya menjana pendapatan enam angka. Sasaran akhir tahun ini memang nak ada 50 usahawan baru di bawah saya," katanya.
Apakah anda juga mahu mengubah nasib hidup? Mungkin rezeki anda berada bersama Darra White?
Untuk maklumat lanjut apa kata kunjungi laman produknya @darra_white_hq atau kliksini.my/darrawhite. Lain-lain platform boleh layari di bawah ini:
https://www.instagram.com/darra_white_hq/
https://www.instagram.com/darawhite_hq/
https://www.instagram.com/darrawhite_original/
#DarraWhite #NurazNailaTrading #MakananTambahan #COVID-19 #Perniagaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan