Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM 'HAPPY TOGETHER' RAI HARI JADI 'GO SHOP', TERIMA DISKAUN, HADIAH


SELAMAT Hari Jadi ke-7 Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia di mana Kak Fas antara pengunjung yang sering melayari platform ini dan membeli  produk-produk dapur malah baharu minggu lalu membeli sebuah kettle elekrik jenama La Gourmet hihi…


Apa pun bagi meraikan ulang tahun ke-7 serta menghargai sokongan setiap pelanggan sepanjang perjalanan tujuh tahun itu, Go Shop melancarkan kempen bertema ‘Happy Together’ menerusi ‘Birthday Live Party’ dengan tawaran RM3.5 juta hadiah percuma dengan promosi ‘Beli 1, Percuma 1’ serta pelbagai hadiah eksklusif lainnya.


Wow! Kalau tak membeli tak tahulah… mesti rugi punya. Kak Fas harus tonton ni…


Jika anda ketinggalan menyaksikan siaran pertama ’Happy Together Birthday Live Party’ yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari semalam (saluran 118) serta pada sesi kedua mulai 4 petang hingga 8 malam (saluran 303) atau pun melalui aplikasi Go Shop di www.goshop.com.my serta laman facebook, jangan khuatir hari ini,  31 Oktober 2021 ada lagi dua sesi pada waktu sama.


Lebih menarik, apabila program istimewa yang berlangsung selama dua hari itu turut menampilkan ramai selebriti tersohor tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.



Pelancaran siaran “Happy Together Live Party”  berkenaan juga petanda permulaannya  sambutan ulangtahun Go Shop yang akan berlangsung selama sebulan sepanjang November ini.


Sehubungan itu juga, sempena meraikan hari jadi Go Shop pada tahun ini, buat julung kalinya Go Shop  melancarkan jenama eksklusifnya berupa pakaian dan set peralatan tiduri - Royal Field and La Belle' untuk memberikan lebih banyak pilihan produk berkualiti kepada pelanggan. 


“Go Shop pada hari ini telah berjaya melebarkan sayapnya menjadi peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular di Malaysia, justeru jutaan penghargaan diucapkan kepada para pelanggan kami khususnya, dan rakan-rakan perniagaan dan vendor / pembekal atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang tujuh tahun perjalanan kami ini,” ucap Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim (gambar bawah, kanan) pada sidang secara virtual semalam.



Turut hadir, Datuk Aznil Hj Nawawi, pelakon berasal Taiwan, Mandy Chen  (kiri) dan Hai Chyi (hos Go Shop) manakala barisan artis  yang memeriahkan parti terdiri daripada Dato Seri SIti Nurhaliza, Datin Fouziah Ghouse, Datuk Aaron Aziz serta Linda Onn.


Menyambung lanjut, Christinne memberitahu, Go Shop sentiasa teruja untuk membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan.


“Kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat, dan yang paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli-belah terunggul dari kami.

"Pada tahun ini, buat julung kalinya, kami telah melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tidur - 'Royal Field and La Belle' untuk memberikan lebih banyak pilihan produk berkualiti kepada pelanggan,” jelas Christinne lagi. 


Banyak produk menarik menanti penonton termasuklah barangan terlaris Go Shop seperti produk-produk peralatan rumah seperti perkakasan dapur dan makan, fesyen, kecantikan, dan produk digital.


Kempen “Happy Together” juga menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain dari diskaun sehingga 80% dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November ini hingga 30 November 2021.


Pelanggan boleh nantikan banyak pelancaran produk-produk terhebat sepanjang November ini dan tawaran-tawaran menarik termasuklah dari produk-produk peralatan memasak yang moden dan terkini, barangan perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi tersedia khas.


Di samping itu, pelanggan boleh nikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. 


Selain dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan “Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000


Anda juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen. 


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton Saluran Go Shop di Astro pada setiap hari - Go Shop RUUMA Saluran 118, GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120, untuk nikmati pelbagai tawaran terhebat sempena sambutan ulangtahun Go Shop.


Layari laman sesawang rasmi Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Go Shop app di Google Play dan App Store. 


Lebih mudah Kak Fas minta anda KLIK SINI je.



#GoShop #HappyTogetherLiveParty  #RUUMA #GAAYA #BAARU #MYTV #Birthday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan