Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KONSERT RENTAK KITA' BUKA TIRAI ISTANA BUDAYA 22 OKTOBER



SETELAH sekian lama pentas berprestij Istana Budaya ditutup gara-gara pandemik COVID-19, konsert pertamanya bagi tahun 2021 ini bakal dibuka dengan sebuah persembahan ‘merentasi zaman’ bertajuk ‘Konsert Rentak Kita’ bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).


Bakal menghimpunkan seleksi lagu-lagu Melayu, etnik, kreatif dan nusantara yang malar segar, ia akan dipentaskan selama dua hari berturut-turut pada 22 dan 23 Oktober 2021 ini, jam 8,30 malam  di Panggung Sari, Istana Budaya secara percuma kepada orang ramai.


Dipecahkan kepada empat segment, ‘Konsert Rentak Kita’  akan diserikan dengan penampilan artis jemputan yang terkenal dengan lagu-lagu tradisional seperti Dato Andre Goh, Siti Nordiana dan Bob Yusof mahu pun Mus May, Linda Nanuwil serta Anis Syazwani.



Konsert akan dimulakan dengan himpunan gema kompang,  rebana, gendang, akordian, gambus serta seruling sehinggalah transisi alunan instrumen moden secara live diketuai Yazid Zakaria, konduktor OTM, yang akan memberi semangat penyatuan dalam satu rentak dan rasa. 


Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan meliputi “Puteri Ledang”, “Joget Sayang Disayang” dalam fragmen Belagu Melayu manakala lagu “Tandang Bermadah” dan medley “Sumandak Sabah” serta “Original Sabahan” dalam fragmen Belagu Etnik.


Fragmen ketiga Belagu Kreatif pula akan memberi momentum yang lebih bertenaga kepada penonton dengan susunan rentak kontemporari termasuk lagu “Canggung”, “Anta Permana” dan “Entah Jadi Entah Tidak”. 


Susulan itu, pada fragmen terakhir,Belagu Nusantara, akan diisi dengan medley lagu “Sendiri” dan “Biru Mata Hitamku” yang digubah khas dengan sentuhan nusantara. 




“Rentak Kita” dipentaskan oleh Istana Budaya dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bertujuan memartabatkan muzik tradisional agar nilai estetika irama ini kekal kompetitif dalam industri muzik tanah air. 


Dan memandangkan tempat duduk adalah terhad berdasarkan kapasiti yang dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), orang ramai diminta mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang berada di Istana Budaya.


Jadi agar tidak berputih mata  dan ketinggalan menyaksikan persembahan pertama Orkestra Tradisional Malaysia bersama artis kesayangsn anda pada 'Konsert Rentak Kita’ ini, pastikan anda mendapatkan pas percuma dengan segera apabila kaunter Box Office Istana Budaya dibuka pada 12 Oktober 2021 dari jam 11 pagi sehingga 4 petang. 

Sehingga hujung tahun ini,  Ketua Pengarah Istana Budaya, Zaiton Md Desa dilaporkan berkata,  Istana Budaya akan mengisi ruang persembahan dengan program-program terbitan sendiri secara langsung bermula Oktober 2021 berikutan kebanyakan program yang dirancang sebelum ini terpaksa ditunda atau dibatalkan. 


Untuk rekod, kali terakhir Istana Budaya membuka tirainya adalah sempena

Sambutan Bulan Kebangsaan 2021, 'Semarak Merdeka Istana Budaya - Colours of. Malaysia''  pada 16 Ogos 2021 hingga 16 September 2021 lalu, namun secara dalam talian sahaja.



#IstanaBudaya #KonsertRentakKita #PanggungSariIstanaBudaya #MerentasiZaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan