KUMPULAN HOTEL LEXIS TAWAR PERCUTIAN E-BAUCER '10 OUT OF 10'
BAGI semua yang merindukan percutian luar daripada kawasan masing-masing tentu menunggu dengan penuh rasa teruja untuk mendengar bilakah tarikh yang akan diumumkan Kerajaan bagi larangan merentas negeri.
Pun begitu, bagi penduduk di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin, jika berhasrat bercuti dan merehatkan minda di mana-mana hotel atau resort di bawah Kumpulan Hotel Lexis, bolehlah berlapang dada menikmati percutian ‘Ten-Tastic’ dengan jualan e-baucer menerusi kempen ’10 Out Of 10’.
Anda boleh berlibur di mana-mana hotel dan resort terletak di Port Dickson dan Pulau Pinang dengan pembelian e-baucer eksklusif ’10 Out of 10’ bagi penginapan 2 Hari 2 Malam untuk 2 orang dari 8 Oktober hingga 15 Oktober 2021 ini.
“Setelah berbulan-bulan pergerakan sekatan, kami terangsang untuk menyambut tetamu yang lengkap divaksin ke hotel-hotel dan resort kami, kerana semakin hampirnya pelonggaran sekatan rentas negeri yang dinanti-nantikan.
“Sebagai tanda penghargaan kami atas komitment rakyat Malaysia untuk melindungi diri mereka sepanjang berlakunya wabak ini, kami ingin memberi penghargaan kepada mereka dengan jualan e-baucar “10 OUT OF 10” yang menarik, berlangsung dari 8 hingga 15 Oktober tahun ini, supaya mereka dapat menikmati penginapan Lexis yang sempurna bersama keluarga, rakan dan orang disayangi”, ujar Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.
Setiap e-baucar bilik merangkumi satu bilik bersama kemudahan untuk 2 orang dan sah untuk penginapan satu malam untuk sebarang tarikh penginapan dari 9 bulan dari tarikh pembelian. malah dengan tambahan RM80 anda boleh menikmati sarapan untuk 2 orang di Roselle Coffee, tertakluk kepada terma dan syarat.
Bagaimana nak dapatkan e-baucer berkenaan?
Untuk pembelian lebih mudah, anda boleh melakukan tempahan melalui kedai lexis: shop,lexis,my selagi stok masih ada dan seterusnya membuat penempahan tarikh penginapan dengan e-baucer pada mana-mana lokasi pilihan seperti di bawah:
- Lexis Hibiscus Port Dickson and Lexis Suites Penang: reservations@lexis.my / +03 2083 0933 / 011-31376550 (WhatsApp)
- Grand Lexis Port Dickson: reservations@grandlexispd.com / +06-653 2200
- Lexis Port Dickson: reservations@lexispd.com / +06-653 2200
Untuk pengetahuan anda, kedai lexis baharu, shop.lexis.my yang baharu dilancarkan pada 8 Oktober 2021 menawarkan penyelesaian pembayaran tanpa gangguan, membolehkan pengalaman Lexis anda yang lebih berselesa sebelum anda sampai hotel atau resort Lexis kegemaran anda.
Dengan kedai Lexis bahqru ini, para tetamu akan menerima e-baucar bilik Lexis mereka secara automatik di akaun e-mel setelah pembayaran selesai, berbanding dengan kedai Lexis lama (vouchers.lexis.my) yang memerlukan mereka memiliki akaun yang harus log masuk selepas setiap transaksi untuk mendapatkan e-baucar bilik.
“Ini adalah salah satu daripada pelbagai lagi kemaskini untuk kedai baru dari pasukan Lexis berdasarkan maklum balas pengguna daripada peminat Lexis yang setia,” tambah Mandy.
Peminat Lexis dan tetamu setia yang masih mempunyai baucar e-bilik yang sah yang belum digunakan dari Lexis Store akaun yang lama, kini mempunyai akses penuh untuk mendapatkan baucar e-bilik yang sama untuk percutian Lexis mereka yang seterusnya, selagi baucar e-bilik tidak melepasi tarikh luputnya.
Satu lagi ciri baharu yang dikemaskini dalam kedai Lexis adalah para tetamu boleh hantar e-baucar bilik Lexis kepada penerima pilihan mereka melalui emel dengan mesej yang dikehendaki, contohnya nota berbunyi, "Saya ingin anda rasa bahagia" lebih daripada hadiah percutian yang selesa!.
JANJI LEXIS CARES
Dalam pada itu, para tetamu yang ingin mengunjungi hotel atau resort Lexis dapat melakukannya dengan keyakinan yang lebih tinggi, kerana Lexis Hotel Group berkomitmen untuk mewujudkan persekitaran yang selesa dan selamat sehingga mereka dapat menghargai saat-saat yang sangat penting, sebagai sebahagian dari ‘Janji Lexis Cares’
Beberapa penambahan terbaharu untuk prosedur operasi standard yang ketat di hotel-hotel dan resort Lexis untuk tetamu yang lengkap divaksin (orang dewasa yang berumur lebih daripada 18 tahun yang telah menerima dos vaksin kedua (Pfizer, AstraZeneca atau Sinovac) 2 minggu lepas selepas suntikan, atau vaksin satu dos, yang memerlukan suntikan 28 hari sebelum (Johnson&Johnson atau CanSino) untuk persekitaran yang selamat yang sesuai dengan protocol pakar dalam usaha untuk mengalahkan COVID-19 termasuk:
- Pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan sebagai protokol standard
- Log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera), borang pengisytiharan kesihatan dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
- Protokol pembersihan yang ketat dengan permukaan yang dirawat dengan pembasmi kuman kelas perubatan dan peningkatan kekerapan pembersihan kepada semua permukaan yang sentuhan tinggi, kawasan umum dan kolam renang peribadi di dalam bilik oleh kakitangan pembersihan yang terlatih
- Penggunaan peringatan dan papan tanda kesihatan dan kebersihan untuk mengingatkan para tetamu untuk kekal jarak yang selamat
- Cecair pensanitasi tangan (hand sanitizers) diletakkan di kawasan utama, untuk membantu mengurangkan risiko penularan COVID-19 melalui hubungan antara orang
- Pasukan dapur dan dining professional dilatih mengenai penyediaan makanan dan amalan perkhidmatan yang selamat di restoran dan dining dalam bilik.
- Semua kakitangan yang bertugas lengkap divaksin untuk memenuhi keperluan para tetamu.
Kanak-kanak berumur 17 tahun dan ke bawah dibenarkan untuk menemani ibu bapa mereka yang lengkap divaksin ke hotel-hotel dan resort Lexis, mengikuti protocol jarak social (social distancing) dan langkah keselamatan kebersihan yang dipertingkatkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOP hotel-hotel dan resort Lexis demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu, boleh kunjungi https://www.lexis.my/media-news/covid-19-updates-lexis-cares atau klik DI SINI
#LexisHotelGroup #LexisPortDickson #EBaucer #10OutOf10 #LexisPulauPinang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan