NIKMATI 'HAND-CRAFTED SAN FRANCISCO STYLE PIZZA' PERCUMA
SIAPA suka makanan kegemaran rakyat Itali iaitu Piza?
Sejujurnya tekak Kak Fas ni tekak Melayu, jarang makan pizza yang kini merupakan antara makanan kegemaran anak-anak muda. Tetapi tidak bermakna Kak Fas tidak pernah merasainya.
Apabila anak-anak membelinya, rasalah juga sikit. Bukan apa Kak Fas tak makan keju dan keju pula antara bahan yang digunakan dalam pembuatan piza.
Namun, baru-baru ini Kak Fas diperkenalkan dengan piza terbaharu daripada Pizza Hut iaitu ‘Hand-Crafted San Francisco Style Pizza’.
Wah! San Francisco lagi. Semasa Kak Fas berkunjung ke San Francisco pun tak teringin nak makan piza apatah lagi jika tidak halal kan.
Sekarang Pizza Hut dah ada piza style San Francisco lagi. Menarik nama tu!
Memandangkan dah ada di hadapan mata, Kak Fas ambil peluang mencubanya sebab dah lama tak makan piza hihi...
"Eh. boleh tahan piza ni... sedap gak... tekak pun boleh terima dan tak terasa sangat kejunya...memang seperti yang dikatakan 'garing d luar, ringan di dalam'." bisik hati.
Memang Kak Fas rekomen piza jenis ini untuk mereka yang mempunyai cita rasa macam Kak Fas...
Dan khabarnya bersempena kejayaan pelancaran Hand-Crafted San Francisco Style Pizza yang diperkenalkan pada bulan Ogos lalu, pembuatnya, Pizza Hut sekali lagi tampil memberi penghargaan dan kepelbagaian kepada rakyat Malaysia dengan satu lagi kempen istimewa.
Terdahulu, Pizza Hut mengadakan kempen Pek Travel Pizza dimana 10,000 rakyat Malaysia yang bertuah diberi peluang merebut Pek Travel Pizza dengan harga pengenalan RM 1.90 untuk menikmati pengalaman piza baru yang luar biasa sambil menikmati percutian dalam suasana simulasi seakan-akan keluar melancong walau pun berada di rumah pada musim PKP.
Dan kini, terbaharu, Pizza Hut tampil pula dengan satu lagi kempen istimewa di mana untuk semua penggemar piza ang sudah jemu dengan menu pizza yang hambar, mereka kini boleh menikmati menu Hand-Crafted dari Pizza Hut dengan hanya menukarnya menggunakan kupon atau baucar diskaun yang mereka perolehi dari mana-mana restoran atau jenama piza.
Dengan menggunakan kupon / baucar diskaun ini, rakyat Malaysia kini dapat menikmati piza Hand-Crafted terbaharu secara percuma tanpa perlu membelinya.
Wow! Percuma dik… tentu jadi rebutan ramai ni…
Apa pun untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu kongsikan gambar kupon / baucar diskaun dari mana-mana jenama piza di media sosial dan tag dua (2) orang rakan anda dengan tanda pagar #PizzaHutMalaysia dan #NewHandcraftedPizza.
Rujuk kepada link untuk posting di FB: https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia/posts/10159361833789654.
Dua ratus (200) penyertaan terawal setiap hari akan menerima pizza Hand-Crafted secara percuma.
Tetapi ingat, kempen ini akan berlangsung dari Selasa, 12 Oktober hingga 31 Oktober 2021 sahaja jadi siapa cepat dia dapat ya.
“Inisiatif kempen istimewa ini adalah salah satu cara kami dalam mempelbagaikan menu pilihan citarasa piza yang sedia ada sekaligus memberi kelainan dan menarik minat dan membuka selera pelanggan kami,” ujar Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.
Menurutnya jika sebelum ini, penggmart hanya terbiasa dengan citarasa piza kerak jenis nipis, pastinya mereka tidak mengetahui keenakkan kerak piza jenis baru.
“Kini, adalah masanya untuk mencuba pengalaman citarasa piza baru yang unik dan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini - Rasai melalui multisensori anda citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam.
"Kami percaya bahawa semua penggemar piza berhak mendapat yang terbaik, mempunyai pilihan dan tidak hanya merasai satu jenis menu piza , sedangkan mereka boleh membuat pilihan dan menikmati piza baharu kami ini secara percuma,” tambah Emily.
Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menukar kupon / baucar diskaun ini, mereka masih boleh mencuba pizza ini dengan diskaun sebanyak 50% sehingga 31 Oktober 2021.
Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418 cawangan Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat bawa pulang dari www.pizzahut.com.my, Aplikasi Pizza Hut, GrabFood, Food Panda atau anda juga boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in atau bawa pulang.
Kerak inovatif ini boleh didapati dengan semua topping kegemaran, sama ada hidangan kombo atau ala carte.
Pesan promo ini di www.pizzahut.com.my/order/promos.
#PizzaHut #Hand-CraftedSanFranciscoStylePizza #SwapPizzaVouchers #Itali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan