Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ROCKESTRA NOSTALGIA' KEMBALI HANGATKAN PANGGUNG ANNIVERSARI


SIAPA
kaki konsert atau yang sering ke Panggung Anniverseri Taman Botani Perdana Kuala Lumpur bila ada sahaja konsert percuma diadakan di situ?


Tetapi dah dekat dua tahun kan Panggung Anniverseri lenggang tanpa bunyi-bunyian gara-gara pandemik COVID-19?


Terbaharu dengan pengumuman Kuala Lumpur dah memasuki fasa 3, Panggung Anniverseri  akan kembali bergema dengan irama muzik secara live untuk hiburan para pengunjung dan peminat muzik tanah air khususnya rockers.


Pada 30 Oktober ini enam artis rock legend bakal menghiburkan anda dengan lagu-lagu popular pada zaman masing-masing pada konsert yang dinamakan 'Rockestra Nostalgia'.



Mengumumkan demikian pada sidang media 'Rockestra Nostalgia' yang diadakan baru-baru ini, Pengurus Kebudayaan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan & Sukan DBKL, Encik Fauzi Ahmad (kanan) berkata, artis terlibat terdiri daripada enam penyanyi rock egend popular.


Mereka terdiri daripada Rahim Maarof, Man Bai, Ruhil Amani, Asheed (Def Gab C), Rahmad (Mega) dan Ito (Blues Gang) diiringi oleh 45 pemain muzik daripada Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Artis-artis berkenaan yang menjadi pujaan ramai suatu ketika dahulu sehingga ke hari ini akan mempersembahkan tiga lagu setiap seorang malah satu-satunya rockers wanita, Ruhil Amani tidak ketinggalan akan kembali menghangatkan malam dengan lagu popularnya, 'Kawan'.


"Saya juga akan mendendangkan sebuah lagu baharu rancak berjudul Cappucino untuk peminat," ujar Ruhil yang bercadang menghasilkan album tahun hadapan.


Tambahnya, walau pun sudah berusia 46 tahun namun jiwanya masih kental dengan  muzik dan ingin kembali mewarnai persada muzik tempatan setelah lebih 15 tahun menyepi dan tidak merakamkan lagu.


"Saya berehat sebab mahu menguruskan anak-anak. Kini mereka sudah pun membesar dan adalah ruang untuk saya bernafas kembali dan aktif dalam nyanyian," cerita Ruhil yang memulakan karier nyanyiannya sejak berusia 13 tahun.


Untuk rekod, Ruhil berkahwin dengan Jamil Wilson Abdullah atau Jamie Wilson (pemain gitar, pencipta lagu, penerbit album dan pengubah susunan muzik) pada tahun 2003 dan kini mempunyai dua orang anak, Ruhil Ariana Wilson, 17, dan Raayan Alexander Wilson, 10 tahun. 


Namun sepanjang menyepikan diri itu, Ruhil khabarnya sempat merakamkan 12 buah lagu baharu yang disimpan untuk diketengahkan dalam sebuah album baharu.


"Sebenarnya, sejak tahunl alu dah saya mahu keluarkan 'single' terlebih dahulu jika tidak album sepenuhnya tetapi ia tergendala gara-gara wabak COVID-19," ujar Ruhil yang berharap dapat merealisasikan impiannya itu tahun hadapan.

 

Sementara itu, beliau berharap peminatnya dapat hadir untuk menyaksiksn persembahannya serta rakan-rakan rockers lain pada malam Konsert Rockestra Nostalgia yang diberikan secara percuma ini.


Bakal dihoskan oleh Lando Zawawi dan Nadia Hasnan, konsert yang dijangka berlangsung dengan persembahan 20 buah lagu akan bermula jam 9 malam dengan kapasiti penonton dihadkan kepada 250 orang sahaja.


"Jadi, segera daftar untuk memastikan anda tidak terlepas menyaksikan persembahan ini kerana tempat adalah terhad bagi memastikan pematuhan SOP, " ujar Encik Fauzi.


Menurutnya, mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini boleh layari pautan rockestra.wasap.my atau hubungi 018-245 4612 untuk maklumat lanjut dan tatacara mendapatkan Pas Masuk. 



Lagi cerita berkaitan di LINK INI.


#RockestraNostalgia #DBKL #PanggungAnniverseri #ArtisRock #RuhilAmani




Tiada ulasan:

Catat Ulasan