SYOKNYA! ADA 60 LAGI STESEN BAHARU DIPERKENAL ASTRO RADIO
SYOKNYA!
Barangkali itu luahan pertama mereka yang suka mendengar radio, lebih-lebih lagi daripada stesen siaran Astro Radio.
Meraikan ulang tahun ke 25 nya tahun ini, Astro Radio menyegarkan aplikasi SYOK dan memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan.
Ya, mulai 1 November 2021, rakyat Malaysia boleh menantikan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik serta saluran berita terkini dan hal ehwal semasa Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’.
Kesemua stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.
Wow! Banyak giler tu... dah ada pilihan nak dengar yang mana sambil terperangkap dalam kesesakan lalu lintas gitu.
60 stesen baharu dalam talian ini akan tersedia tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi menjadikan Astro Radio dan SYOK pertama di Malaysia untuk melancarkan stesen radio baharu dalam talian dengan jumlah yang tinggi secara serentak.
DEEJAY Munaabella (kiri) dan Calista menunjukkan app SYOK di skrin interaktif.
Pengguna juga boleh menikmati banyak ciri baharu yang menarik dan dinaik taraf seperti ‘mod gelap' (dark mode); ciri 'penggera' (alarm) yang membolehkan pengguna menjadualkan stesen radio pilihan mereka untuk distrim secara automatik.
Ada juga saluran 'video langsung' (live video), memberikan pengguna kelebihan untuk berinteraksi dengan orang lain semasa sesi video langsung manakala carian podcast dipertingkatkan berdasarkan kategori, membolehkan pengguna meneruskan penstriman di tempat mereka berhenti, mengatur podcast yang dimuat turun ke dalam simpanan, berkongsi di media sosial dan banyak lagi.
“Semasa kami memulakan perjalanan transformasi kami untuk berkembang sebagai rangkaian hiburan audio dan infotainmen terbesar serta paling berpengaruh di Malaysia, Astro Radio teruja untuk memperkenalkan pilihan penstriman audio yang lebih relevan dengan kandungan yang disusun mengikut permintaan pendengar kami.
"Kepesatan perubahan dalam ruang digital terus memacu evolusi kami untuk menawarkan lebih banyak aliran muzik dalam talian yang memastikan jenama-jenama Astro Radio sentiasa relevan," ujar Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio pada majlis pelancarannya yang berlangsung di The Bee, Publika baru-baru ini.
Turut hadir penyanyi Hael Husaini yang menyampaikan lagu 'Kelentang Kelentong' dan Pooja (tiga dari kiri) dengan dua buah lagu antaranya single solo pertamanya dalam bahasa Melayu 'Karya'.
Menurut Kenny. aplikasi baharu SYOK menawarkan pengalaman yang lebih khusus dengan 60 stesen radio baharu dalam talian yang disesuaikan dengan lebih banyak gaya hidup dan pilihan.
"Kami berharap rakyat Malaysia menikmati pengalaman hiburan baharu ini di SYOK melalui aplikasi dan laman web,” tambahnya.
Ong selanjutnya memberitahu, Astro Radio turut bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan tiga rancangan hujung minggu baharu ke udara dan di aplikasi SYOK, untuk meluaskan jangkauan dan mempromosikan silang pilihan (cross-promote) kandungan dan muzik yang lebih luas merentasi platform.
"Selain itu, kami telah bekerjasama dengan ACO Tech, syarikat peneraju mobiliti pintar terkemuka di Asia Tenggara, untuk menyepadukan aplikasi SYOK dalam sistem infotainmen kenderaan dan dengan HUAWEI untuk menyepadukan aplikasi SYOK pada HUAWEI WATCH 3 Series yang menawarkan pengalaman jam pintar yang lebih tinggi kepada pengguna," ujar Ong sambil berkata akan mengumumkan lagi lebih banyak kerjasama dengan beberapa pihak dalam usaha meningkatkan industri radio dan audio Malaysia.
Rakyat Malaysia boleh terus strim podcast terkini dalam pelbagai bahasa yang tersedia secara eksklusif di SYOK seperti Confession Bilik Gelap, TechniPod, Moon’s Parenting Tips, Pei Diary with Lingkesvaran dan banyak lagi serta mengikuti semua kandungan radio langsung (radio atas permintaan) pada bila-bila masa.
Aplikasi SYOK juga akan menawarkan rakyat Malaysia akses kepada SYOK Originals, video berbentuk pendek yang memaparkan kisah-kisah menarik seperti Everyday Malaysians, SYOK Busybody, SYOK Food Taster dan banyak lagi.
Selain itu, mereka boleh menikmati artikel semasa, berita dan info trafik serta menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah menarik termasuk peraduan SYOK 101 yang tersedia di aplikasi dan ke udara mulai 8 November, untuk peluang memenangi hadiah wang tunai.
Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery, juga layari lawan web SYOK.
#SYOK #AstroRadio #YouNeirong #Huawei #ERA #ZAYAN #HITZ #PodCast
Tiada ulasan:
Catat Ulasan