ASTRO DAH ADA NETFLIX, PUNYAI TUJUH PAKEJ BAHARU
KAK Fas ada ASTRO tetapi tiada NETFLIX mahu pun Ultra Box kerana Kak Fas masih menggunakan dekoder lama PVR, itu pun terima kasih kepada ASTRO yang empat tahun dahulu sudi menawarkan pemasangan Astro secara percuma selama 6 bulan setelah semua alat Astro Kak Fas terdahulu kena curi.
Terima kasih kepada CEO Astro ketika itu, Datuk Rohana Rozhan yang membantu Kak Fas kembali menonton rangkaian Astro walau pun kebetulan pada waktu itu Kak Fas memang bercadang mahu menghidupkannya semula. setelah beberapa lama berhenti.
(Flashback ... boleh baca cerita itu DI SINI)
Dan terbaharu ketika hadir pada pelancaran pengumuman ‘Pengalaman Baharu Astro’ yang diadakan di PJPAC baru-baru ini Kak Fas sekali lagi teruja nak tukar kepada Ultra Box yang beriya-iya benar dipromosikan oleh kakitangan Astro kepada Kak Fas ketika singgah di booth Astro di situ.
Terpengaruh juga nak tukar tapi biar dululah tengok pada bajet haha…
Apa pun di sini Kak Fas nak kongsikan berita yang tentu menggembirakan pelanggan Astro mahu pun yang sedang merancang nak menempah Astro dan lebih-lebih lagi pada mereka yang dah ada Netflix.
Iya… berita baiknya, Astro sekarang sudah berkolaborasi dengan perkhidmatan penstriman terkemuka dunia yang popular kini iaitu Netflix.
Malah lebih menarik dengan kerjasama terbaharu itu, Astro sudah mempunyai lima platform penstriman kesemuanya termasuk Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+
“Pek-pek terkini Astro ini direka khas untuk para pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain, membenarkan mereka untuk strim segala program kegemaran masing-masing menerusi Ultra Box, dan akan datang di Ulti Box,” ujar Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith.
Menurut beliau, ciri-ciri terkini dan menarik yang hadir pada Ultra Box ini membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro.
“Dan kini disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari. Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang,” tambah Euan.
Jelasnya lanjut, menerusi Ultra Box dan Ulti Box, juga di Astro GO, mana-mana pelanggan yang menggunakan produk-produk yang dinyatakan ini akan dapat menikmati ciri-ciri dan fungsi terkini pengalaman tontonan Astro ini di platform linear (TV), On Demand, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’) dan fungsi Tontonan Tanpa Henti (‘Continuous Viewing’), secara serta merta.
Manakala untuk pelanggan baharu Ultra dan Ulti Plug & Play Boxes pula, seperti yang diumumkan sebelum ini, anda boleh membuat pemasangan sendiri dan ia akan berfungsi sepenuhnya menerusi perkhidmatan jalur lebar, yang mana dalam erti kata lain, pelanggan tidak lagi memerlukan piring satelit.
Astro merupakan yang pertama di rantau ini melancarkan perkhidmatan keupayaan 4K High Dynamic Range dan Dolby Atmos bagi membolehkan peminat sukan menikmati pengalaman tontonan bertaraf premium dengan kejelasan kristal dalam versi 4K UHD.
“Hari ini pula, kami sekali lagi melakarkan sejarah apabila mengagregatkan aplikasi Netflix secara terus ke Ultra Box bagi memudahkan pelanggan untuk strim sajian kandungan Netflix dengan lebih lancar, dan ditonton secara terus di skrin besar di kediaman masing-masing, ujar Euan.
Menyambung lanjut, Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad, menjelaskan, “Pek-pek baharu kami ini hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada 0, 12 atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan yang mampu menepati kehendak pelanggan. Tambah menariknya lagi, kami ingin turut menjemput pelanggan untuk mendaftar pakej jalur lebar kami, dan nikmati akses Netflix secara komplimentari selama 3 bulan.”
Pakej-pakej terbaharu Astro merangkumi Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’ dan boleh dilanggani dalam harga antara paling rendah RM59.99 hingga RM194.99.
“Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia,” ujar Azlin.
Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja.
Jika berminat boleh mendaftar di www.astro.com.my atau KLIK SINI
Artikel berkaitan bole baca DI SINI.
#ASTRO #Netflix #AzlinArshad #EuanSmith #UltraBox #UltiBox #Disney+Hotstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan