AEON LANCAR KEMPEN SELAMAT & JIMAT BANTU ATASI INFLASI
DEMI mengutamakan para pelanggannya, AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (M) SDN. BHD. (AEON) melancarkan Kempen Selamat & Jimat meliputi dua teras, #AEONHargaJamin dan #AEONJaguhPerlindungan bermula dari sekarang sehingga ke 28 Februari 2022.
Dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Urusan AEON, Tsutomu Motomura (gambar atas) baru-baru ini, #AEONHargaJamin memberikan perlindungan dan jaminan harga terhadap inflasi manakala #AEONJaguhPerlindungan pula memaparkan komitmen berterusan AEON dalam menyediakan tahap servis yang terbaik.
Ia bertujuan memberikan ketenangan fikiran kepada para pelanggan demi pengalaman membeli belah yang menyenangkan di dalam persekitaran yang bersih dan selamat.
“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pelanggan kerana sedar akan cabaran yang dihadapi oleh rakyat ekoran daripada pandemik. Kami bersyukur kerana #AEONHargaJamin berjaya dilancarkan untuk membantu meringankan kos harian kehidupan semua,” ujar Tsutomu.
Melalui kempen yang dianjurkan ia menyenaraikan lebih daripada 500 barangan keperluan asas merangkumi 45% daripada barangan keperluan harian yang sentiasa dicari para pelanggan setiap kali mereka pergi membeli-belah.
Antaranya adalah sayuran seperti Sawi Kecil, Sawi Jepun, Kobis, Iceberg Lettuce, Timun Jepun serta beberapa jenama beras popular seperti Sunwhite, Jasmine, Birds of Paradise dan Sumo Calrose dengan berat timbangan 2kg, 5kg, dan 10kg.
Selain itu, minyak masak jenama Buruh, Saji, Knife dan Naturel serta telur ayam segar pelbagai gred turut tersenarai dalam teras #AEONHargaJamin.
Dalam pada itu, para pelanggan AEON yang memegang kad keahlian AEON Member Plus akan mendapat lebih penjimatan apabila berbelanja di cawangan-cawangan AEON atau pun secara atas talian kerana kesemua barangan yang tersenarai telah diberikan perlindungan jaminan harga daripada inflasi.
Namun bagi mereka yang belum mendaftar sebgai ahli AEON Member Plus juga boleh menikmati keistimewaan ini apabila melakukan pembelian atas talian menerusi myAEON2go.com atau pun menggunakan aplikasi myAEON2go yang boleh dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play Store.
Sehingga hari ini, hampir 98% kakitangan AEON telah mendapat dua dos vaksinasi waima AEON juga terus memberikan komitmen penuh dalam memastikan kesejahteraan para pelanggan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan serta sanitasi secara berkala di kawasan- kawasan awam di dalam pusat beli belah AEON.
Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di cawangan-cawangan AEON juga dijalankan dengan ketat termasuklah pemeriksaan suhu dan rekod mySejahtera di pintu masuk, pengumuman peringatan tentang SOP dimainkan secara berkala dan cecair pembasmian kuman sentiasa disediakan.
“Dengan pelancaran #AEONJaguhPerlindungan ia memaparkan komitmen berterusan AEON untuk memberikan pengalaman membeli belah yang baik dan menyenangkan kepada para pelanggan dalam suasana yang bersih, selesa dan terkawal.
"Dalam memastikan kesejahteraan semua, hampir keseluruhan AEON Warriors serta ekosistemnya telah divaksin, kerja-kerja pembersihan dan pembasmian pula diadakan secara berkala di kesemua cawangan AEON.,” akhiri Tsutomu.
Pendek kata, inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini adalah sejajar dengan usaha AEON untuk memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 12 - Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, yang memberi tumpuan ke arah memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan.
Ia juga untuk memastikan penggunaan sumber yang baik, meningkatkan kecekapan tenaga, infrastruktur yang mampan, dan menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, kelestarian dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.
Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.aeonretail.com.my
Facebook: www.facebook/aeonretail.com / www.facebook.com/MYAEONBiG/ Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/www.instagram.com/myaeonbig/?hl=en Twitter: @AEON_Malaysia
Nak lebih mudah KLIK SINI AJE
#AEON #KempenSelamat&Jimat #AEONHargaJamin #AEONJaguhPerlindungan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan