Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAM FLORA PELAWA RAKYAT AMALKAN KITAR SEMULA SISA PEPEJAL SAMBIL JANA DUIT


BUANG sampah dapat duit? Siapa tak nak kan? 


Sampah sarap pun boleh jana duit walau pun tidak lah banyak mana tetapi jika dah bertimbun dan dibuang begitu sahaja banyak juga boleh mengisi tabung anak-anak contohnya.


Bila anak-anak dah besar nanti bolehlah peringatkan mereka pula dengan kata-kata ‘tengok ini ibu/ayah kumpul duit daripada sampah’ gitu…


Barangkali ada yang bertanya nak buang dan dapat duit kat mana?


Jawapannya carilah '3R On Wheels' jika pusat pelupusan sampah yang disediakan oleh Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), syarikat yang terlibat dalam pengurusan sisa dan bahan buangan, pelupusan sisa pepejal itu terletak jauh daripada kediaman anda.



Kak Fas pun sebenarnya baharu pertama kali berdepan dan melihat sendiri '3R on Wheels' ini ketika hadir ke program ‘Recycle Fest’ di Malakat Mall, Cyberjaya baru-baru ini.


Program sehari yang dianjurkan Alam Flora dengan kerjasama pengurusan  Malakat Mall itu menyaksikan pelancarannya disempurnakan oleh Dato Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora dengan penyerahan tong minyak masak terpakai kepada wakil-wakil restoran yang ada di mall tersebut.


Aktiviti sampingan lain termasuk pertandingan mewarna, ‘doodling’, walkabout kutipan barangan kitar semula '3R on Wheels' dan kuiz Kahoot. 



Memang happening lah!


Turut hadir Encik Hilmi ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Mall dan Encik Nazar Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi, Alam Flora Environmental Solutions (AFES).


“Alam Flora menerusi program '3R On Wheels' mengutip sebanyak 121,000 kilogram barangan kitar semula sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019,” ujar  Mohd Zain.


Wow! Menggunung tu!


“Cukup untuk menampung 10 padang bola sepak dan kami menjangkakan akan berlakunya peningkatan dari segi kutipan barang kitar semula melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun pada tahun hadapan,” sambung beliau sambil mempelawa mana-mana syarikat  yang berminat untuk bekerjasama seperti langkah yang diambil oleh Malakat Mall dalam mempromosikan ‘Recycle Fest’.


Menurut Mohd Zain, ‘Recycle Fest’ adalah satu usaha proaktif Alam Flora dalam menyokong hasrat Kerajaan untuk melaksanakan pengasingan sisa di punca dan meningkatkan pengalihan sisa, sekali gus menambah aktiviti 3R (Guna Semula, Kurangkan, Kitar Semula) dan memenuhi sasaran kerajaan  untuk mencapai kadar kitar semula sebanyak 40% kadar kitar semula menjelang 2025.


“Ini adalah salah satu sebab mengapa ‘3R On Wheels’ diwujudkan. Jom kami ke tempat anda dan anda hanya perlu menyimpan barang yang boleh dikiar semula, Jangan buang tetapi jual kepada kami,” pesan Mohd Zain sambil memberitahu, langkah itu memberikan anda peluang memperoleh mata ganjaran dari Petronas Mesra berserta wang tunai.



Kenderaan '3R On Wheels' menggunakan kaedah ‘roving’ di mana ia lebih pantas dan mudah serta tertumpu kepada golongan sasar khususnya di sekolah, organisasi kerajaan dan swasta serta di kawasan awam yang terletak di kawasan konsesi Alam Flora iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.


“Kami memang ada perancangan untuk menambahkan lagi kenderaan 3R On Wheels’ bagi memudahkan orang ramai di beberapa kawasan pedalaman kelak,” tambah Mohd Zain.



Bagaimana pun untuk jadual kutipan ‘3R On Wheels’ boleh diperoleh di platform sosial Alam Flora sepert Facebook, Twitter dan Instagram bagi memudahkan orang ramai merancang dan menghantar barangan kitar semula di kawasan masing-masing.


Jadi jika korang rasa ada barang di rumah tu yang dah tak diperlukan apa kata serahkan kepada Alam Flora untuk dikitar semula waima minyak masak terpakai pun dibeli pada harga RM1.80 sekilo tau!




Kak Fas: Dah bercadang nak simpan minyak masak yang selama ini terbuang begitu sahaja setelah digunakan sebab nak ulang pakai lagi khabarnya tidak bagus untuk kesihatan huhu...


Selain itu rasanya banyak lagi barang

di dalam rumah yang boleh diberikan kepada Alam Flora untuk dikitar 

semula.


Kena start cari ini.... hihi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan