Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'HIDUP, MATI SAYA KERANA ALLAH, AZAM BINA RUMAH PERLINDUNGAN ANAK2 YATIM" - CIK GU ERIN


KETIKA  dilahirkan 44 tahun lalu, anak bongsu delapan beradik bernama Mohd Khairiri Mohamad Ramli ini sihat walafiat seperti bayi-bayi lainnya namun siapa sangka apabila mencapai usia 3 tahun jiwanya sudah memperlihatkan sifat lembut dan tidak kasar seperti bayi lelaki normal.


“Sejak kecil saya sudah suka melaram dengan berpakaian baju ketat dan bersolek sehinggalah pada usia 18 tahun apabila berkenalan dengan mak ayam baharulah saya terpesong arah dan seterusnya hanyut dalam dunia mak nyah,” kenang Mohd Kairiri yang kini lebih mesra dan popular di sapa Cik Gu Ery atau Cik Gu Erin.


Begitulah takdir ujian Allah SWT katanya, dan membayangkan barangkali semasa hamil ibunya suka mendengar lagu penyanyi Mat Kilau sehingga dilahirkan sedemikian.


“Tetapi mungkin itu hanya salah satu faktor sampingan dan saya tidak mahu salahkan sesiapa tetapi diri sendiri atas ketentuan Allah,” akui Ery yang tidak mahu dianggsp seperti ‘ marah nyamuk, bakar kelambu’ kerana takut tuduhan itu akan menyebabkan Allah SWT tarik balik kekuatan hijrahnya.


Menurutnya, apa yang berlaku adalah silap dirinya sendiri namun bersyukur Allah masih menyayanginya sehingga terbuka hati untuk berhijrah dan kembali kepada fitrah manusia sebagai seorang lelaki.


Segalanya bermula pada tahun 2012 apabila sedar gaya hidupnya selama itu tidak berkat dan terasa kosong tanpa arah.


“Saya tidak dapat satu ketenangan jiwa, selalu rasa tak kena dan apabila teringat kata-kata emak yang memberitahu kita dari keturunan baik baik, kalau buat dosa akan rasa tak kena dalam hidup, rasa tak tenang dan sebagainya jadi saya sedar saya perlu kembali ke pangkal jalan,” kenang Ery sambil menitiskan air mata ketika diwawancara pada majlis program Sihat bersama Cik Gu  Erin di Klang baru-baru ini.



Sepanjang perbualan Ery yang lebih suka digelar sebagai aktivis dan ‘coach’ senaman tidak terlepas dari rasa sebak dan mengalirkan air mata apatah lagi apabila mengenangkan sehingga kini setelah 20 tahun berhijrah masih ada lagi golongan masyarakat yang tidak yakin dengan penghijrahannya.


Apa nak dikatakan, mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia… 


Paling menyediihkan baginya adalah situasi yang berlaku di masjid kala beliau menunaikan solat dan seterusnya membaca al-Quran.


Bacaannya yang berterranum waima suara lembutnya menganggu halwa telinga jemaah yang hadir sehingga dilarang mengaji.


“Dah ditakdirkan suara saya begitu dan saya memang suka mengaji sambil berteranum sejak dari kecil, salah ke? Apa pun saya anggap saya masuk masjid kerana Allah bukan sebab sesiapa,” luah Ery dalam perasaan sedih mengenangkan situasi itu.


Bercerita panjang lebar tentang beberapa lagi cabaran diterimanya sepanjang bergelar ‘mak nyah’ atau dalam bahasa pasarnya orang kata ‘pondan’, mahu pun setelah  berhijrah dan tidak lagi berpakaian wanita namun masih ada golongan yang memandang serong sambil tidak yakin dengan perubahannya.


“Apabila saya masih kekal lembut dan berfesyen mengikut gaya saya mereka anggap saya mahu kembali ke dunia lama,” jelas Ery.


Pun begitu, tidak mahu terus hanyut dilanda ombak gara-gara melayan perasangka manusia, Ery mengambil sikap ‘biarlah mereka’ asalkan Allah tahu nawaitunya yang mahu  padamkan jalan hitam yang pernah dilalui dan berserah jiwa dan raga kepada jalan yang diredhaiNya.


“Tumpuan saya kini ke arah mengaktifkan kembali kegiatan Persatuan Kebajikan Darul Modahish dengan tujuan dan harapan dapat membina sebuah pusat perlindungan anak-anak yatim dan tahfiz,” ujar Ery penuh harapan agar impiannya menjadi realiti.


Untuk itu katanya, beliau sanggup mewakafkan tanah dikampung untuk di infaq kepada anak-anak yatim dan tahfiz.


“Hidup dan mati saya adalah berbakti kepada anak-anak yatim tahfiz dan beramal ke jalan Allah SWT,” ujar Ery berkali-kali ketika berbicara dalam keadaan penuh emosi apabila mengenangkan cabaran yang dilalui.



Sehubungan itulah Ery akan terus mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di rumahnya yang kini digerakkan atas nama Persatuan Kebajikan Darul Modahish (PKDM).


Bermula dengan program sihat bagi menguar-uarkan fungsi dan kegunaan mini studio dan  ruang seminar kepada semua lapisan masyarakat, Ery tidak ketinggalan memperkenalkan produk  miliknya, Krim Selulit 2e Ery Energetic


“Kami melakukan aktiviti seperti Rumah Ngaji, Kelas Silat, Kelas Akademik, Kelas Bisnes dan Kelas Senaman. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya melakukan aktiviti tersebut dalam talian dan baru-baru ini kami dapat lakukan secara fizikal tetapi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.


“Dalam pada itu, hari ini saya juga ingin mengetengahkan produk Krim Selulit 2 E Ery Energetic ke persada dunia perniagaan,” ujarnya.


Tambah Cik Gu Erin, program yang diusahakan  bertujuan merialisasikan pembinaan Rumah Perlindungan dan Pusat Tahfiz untuk anak anak yatim dan asnaf dengan wujudnya jaringan dikalangan para usahawan dan aktiviti yang dianjurkan.


“Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta dari Team Sihat Cikgu Ery, Rumah Ngaji dan para usahawan yang sudi memberikan sokongan padu,” tambahnya.


Menurutnya, untuk program sepanjang tahun ini beliau cuba menampilkan kelainan dengan adanya gimik seperti silat, senaman dan marhaban




“Ia simbolik dan mewakili setiap aktiviti yang dijalankan di bawah PKDM. Di samping itu kita juga memberikan sumbangan kepada Rumah Kebajikan Baitul Sakinah Telok Gong anak anak yatim dan asnaf daripada individu perseorangan dan kutipan di bawah Team Sihat serta Rumah Ngaji,” jelasnya.


Dengan sumbangan kecilnya itu, Cikgu Erin berharap majlis seumpama  dapat diteruskan untuk membantu para usahawan mencari platform bersesuaian demi mempromosikan produk, penjenamaan dan usahawan itu sendiri.



Krim Selulit 2E Ery Energetic yang dijual pada harga RM25  dikatakan mampu mengurangkan lenguh badan, mempercepat aliran darah, melegakan senggugut, kembung dan senak perut, melegakan selsema, batuk dan sakit dada. 



“Sebelum bersenam sebaiknya sapu krim ini terlebih dahulu bagi membantu membakar lemak dalam badan,” pesan Ery.


Produk tersebut boleh diperoleh dengan menghubungi  laman sosial media Cikgu Erin di Facebook dan Instagram atau wats app di talian 014 2556719.



 


Kak Fas: Semoga apa yang diimpikan Cik Gu Erin dipermudahkan, leka mendengar beliau bercerita hingga Kak Fas pun turut dapat berkongsi perasaannya. Siapa tidak sedih apabila apa yang kita lakukan dengan ikhlas tetapi dianggap sebaliknya, Sabar ya Cik Gu!

#CikGuErin #Transgender #ProgramSihat #RumahNgaji #KrimSelulit2eEryEnergetic 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan