Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PESONAKAN DIRI MEMBELI-BELAH DI AVENUE K SAMBIL MENANG HADIAH


AVENUE K, hub membeli-belah yang boleh Kak Fas simpulkan sebagai trendy dan kreatif seiring dengan pusat ternama jirannya, Suria KLCC namun kompak dan mudah dikunjungi waima bersebelahan sahaja dengan stesen LRT KLCC.


Jadi kiranya mudah dan tiada sebab untuk mereka yang melawat Kuala Lumpur dari luar kota mengunjungi terlebih dahulu Avenue K sebelum menapak ke beberapa lagi pusat membeli-belah sekitarnya.


Dan apabila melangkah masuk ke Avenue K atau lebih mesra disebut dengan akronimnya, 'AK', bersedia untuk terpesona pada dekorasi Krismas yang dihiasi indah di Atrium.


Dan sebelum berkunjung ke lapan kiosk yang disediakan menjual pelbagai produk sesuai hadiah Krismas, elok terlebih dahulu bergerak ke arah Pokok Krismas Gergasi setinggi 30 kaki yang disediakan.


Kelainannya seperti pokok-pokok hiasan Krismas lain di pusat-pusat membeli-belah ia direka supaya anda boleh masuk ke dalamnya waima membayangkan keindahan suasana Krismas dengan bayangan Santa Claus dan salji sekeliling.


Gambar anda pasti akan lebih cantik dan unik.


Emm... teringat lak Kak Fas suasana seperti itu ketika tinggal di London selama 5 tahun pada zaman remaja dahulu hihi...


Apa pun Kak Fas pasti mereka yang menyambut Krismas tahun ini boleh melepaskan rasa rindu suasana Krismas yang dah dua tahun tidak diraikan sebegini,


Melihat persekitarannya, seluruh AK dihiasi dengan perhiasan bergemilang sejuk mata memandang sesuai dengan tema yang dipilih tahun ini, 'Bedazzling Krismas di Avenue K'.


Di bahagian Atrium, Aras G inilah pusat yang membolehkan anda membeli-belah produk-produk sesuai dijadikan deko atau pun hadiah Krismas pada yang tersayang.


Pelbagai kiosk disediakan daripada Famous Amos, BreadTalk dan Village Grocer kepada barang perhiasan dan hadiah bermusim daripada MyGift.


Kunjungan pertama dibawa Eksekutif Kanan AK yang Kak Fas dan rakan-rakan media serta blogger lain mengenalinya sebagai 'Asyh' sahaja adalah pada kiosk C Michael London.



Jangan tersalah sebut ya... bukan Michael Jordon tau hihi...


Kiosk ini menyediakan produk rawatan rambut malah Kak Fas dan rakan-rakan semua diberikan sampel untuk dicuba sebelum kami meneruskan tinjauan kepada beberapa lagi kiosk bersebelahannya.


Yang minat pada akssori fesyen tentu sekali tidak mahu lepaskan peluang menjamu mata di kiosk Ca, tersedia barangan yang cukup kilauan mata memandang. Cantik-cantik belaka! Terpikat jua!



    BERSAMA blogger Kelly.

Menariknya, AK tidak ketinggalan   menyediakan program membeli-belah yang mampu memikat hati untuk terus membeli waima pelanggan yang membelanjakan RM100 atau RM250 dalam maksimum 3 resit gabungan boleh menebus Baucar Beli-belah dan Makan bernilai RM40 atau RM150 masing-masing daripada Kaunter Maklumat.


Tetapi jika hanya mahu menjamu mata terlebih dahulu dan belum bercadang membeli anda boleh berhibur dengan aktiviti-aktiviti disediakan mengikut jadual seperti  Salji Musim Gugur, Jingle Bell Dance, Traditional Carollers, Santa & Santarina Walkabout dan banyak lagi, untuk dinikmati oleh semua ahli keluarga.


Lengkapkan lawatan anda bersama AK dengan menyertai Peraduan Facebook 'Count The Baubles @ Avenue K's Giant Christmas Tree' untuk berpeluang memenangi hadiah hebat kerana penyertaan tidak memerlukan pembelian.


Apa yang perlu dilakukan hanyalah meneka bilangan perhiasan pada Pokok Krismas Gergasi sambil merakamkan gambar di situ.


Kemudian, serahkan jawapan anda dan siarkan foto anda di Avenue K Facebook @AvenueKMY. 



Mudah je kan? Dah dapat menang hadiah, siapa tak nak ya tak? Teka je....


Dalam pada itu, jika sudah membeli hadiah untuk orang tersayang atau seseorang yang istimewa boleh berkunjung ke kaunter maklumat untuk menikmati pembungkusan hadiah percuma sekiranya perbelanjaan mencapai RM100 dan ke atas dalam satu resit.


Sementara itu, seperti lazimya AK tidak pernah melupakan tanggungjawab melaksanakan program CSRnya kerana tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.



Sehubungan itu,  Avenue K bekerjasama dengan C. Michael London, Max Fashion, dan Nando's untuk menjadi hos dan melayan anak-anak Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary dengan pakaian baharu, potongan rambut dan makan malam yang lazat pada 9 Disember 2021 depan.


"Malah, jika anda ingin bersama membuat sebarang sumbangan tambahan kepada rumah, boleh hubungi kami," ujar Asyh.


Jadi meriahkan kalendar hujung tahun sambil menyambut kedatangan tahun baharu 2022, mari raikan 'Krismas Bedazzling' di Pusat Beli-belah Avenue K' terlebih dahulu yang akan berlangsung sehingga 2 Januari 2022, dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.


Untuk butiran lanjut, sila klik DI SINI




#AvenueK #BedazzlingKrismas #CMichaelLondon #PokokKrismasGergasi #AK


Tiada ulasan:

Catat Ulasan