KUMPULAN RAHMAN BROTHERS, RESTORAN SMALL KITCHEN IKAT PERJANJIAN RAKAN KONGSI
SATU majlis menandatangani perjanjian sebagai rakan kongsi di antara Kumpulan Rahman Brothers Anak-Anak Kedah Sdn Bhd bersama dengan pemilik dan pengasas Restoren Small Kitchen selesai dimeterai di ibu pejabat Rahman Brothers di Shah Alam baru-baru ini.
Kolaborasi itu menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers, Puan Rabiatul Adawiyah dan pemilik Restoran Small Kitchen, Datuk Dr. Hassan Saad menurunkan tandatangan masing-masing bagi pengurusan beberapa projek khususnya menaik taraf sebuah resort, Terap Inn di Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
“Pengubahsuain dan naik taraf Terap Inn akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun dengan kos kira-kira setengah juta di mana buat permulaan 30% daripada keseluruhan projel akan dilaksanakan terlebih dahulu,” ujar Dr. Hassan ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Turut hadir antaranya Puan Aszam Zam Fuza, Pengarah Merangkap Pengurus Rumah Rehat Terap Inn dan Puan Nor Hashimah Md Hashim, Pengarah Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd merangksp Pengurus Besar Sektor Perniagaan Bukan Automatif.
Seterusnya, menurut Dr. Hassan, sebagai rakan kongsi tugasannya bersama Kumpulan Rahman Brothers bertujuan menggerakkan beberapa perancangan bagi meningkat dan memajukan syarikat agar terus membangun dan disegani sebagai antara peniaga bumiputera terulung.
“Selain menaik taraf Terapi Inn, saya juga akan mengatur beberapa perancangan pembangunan bagi beberapa anak syarikat lain seperti Rahman Brothers Travel & Tours dan Dhar Frozen Foods. & Pastry Sdn Bhd,” tambah Dr. Hassan.
Menurutnya, antara langkah awal yang telah diambil bagi Dhar Frozen Foods & Pastry Sdn Bhd meliputi program keusahawanan runcit sejuk beku yang dinamakan ‘Sejuta Kasih Ar-Rahman’.
Melalui program itu, katanya, usahawan-usahawan mikro yang berminat untuk menjadi rakan strategi bagi mengedarkan 1 juta biji kuih sejuk beku ke pasaran kejiranan dialu-alukan membuat permohonan.
“100 usahawan yang layak akan ditawarkan menyertai program tanpa modal dan kos tersembunyi malah memperoleh 50% keuntungan bersih,” kata Dr. Hassan yang yakin mampu mencapai sasaran itu dalam tempoh 4 bulan.
Program yang diasaskan oleh Datuk Hj Abdul Rahman sendiri ini menyaksikan penyerahan kad mock up ‘Sejuta Kasih Ar Rahman’ oleh Rabiatul Adawiyah kepada wakil kelompok usahawan terlibat yang turut hadir.
Terdahulu dalam ucapan aluannya, Rabiatul memberitahu, rumah rehat Terap Inn yang terletak di atas Bukit Gedung merupakan kawasan berbukit bukau seluas tiga ekar.
“Sejak Rahman Brothers Anak-anak Kedah ditubuhkan pada tahun 2015, ia telah mengambil kontrak pemgurusan Terap Inn dengan Majlis Daerah Padang Terap bermula pada 31 Mei 2015 sehingga Mei 2024,” ujar Rabiatul.
Sehubungan itu, tambahnya, syarikat mempunyai tiga fasa pembangunan di mana ia kini telah menjangkau pada fasa ketiga bermula 1 Jun 2021 sehingga 31 Mei 2024.
“Rumah rehat Terap Inn merupakan antara rumah persinggahan bajet yang diminati namum ia memerlukan penambahbaikan dan ‘upgrading’ demi untuk menjadikannya rumah rehat yang terbaik sekali gus menjadi satu destinasi pelancongan yang menarik dengan kepelbagaian kemudahan tersedia.’ jelas Rabiatul yang yakin usahasama dengan Dr. Hassan dapat mencapai objektifnya.
Sementara itu, bagi mereka yang ingin mendaftarkan diri bersama program Sejuta Kasih Ar-Rahman boleh menghubungi talian 011 4054 9279.
#SejutaKasihArRahman #TerapInn #RestorenSmallKitchen #RahmanBrothers
Tiada ulasan:
Catat Ulasan