'MAJLIS MAKAN MALAM KEMPEN JEJAK WARISAN' 30 DISEMBER AKHIRI MISI JELAJAH BERMOTOR
SEMPENA berakhirnya kempen jelajah ‘Safe Ride, Go Green & Kami Prihatin’ siri ke-44 anjuran Anita Entertainment & Production bersama Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia (YBAPTM), satu majlis penutupan meraikan kejayaannya akan diadakan pada 30 Disember 2021 ini.
Bertempat di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur, majlis yang dinamakan, ‘Makan Malam Kempen Jejak Warisan & Sambutan Tahun Baru’ itu bakal diserikan dengan persembahan artis-artis undangan antaranya, Aris Ariwatan, Yantzen, Rohana Jalil manakala pelakon Khaty Azian akan bertindak sebagai pengacara majlis.
Di samping meraikan kejayaan misi Jejak Warisan yang dikelolakan oleh Kelab Pemotoran Anita atau Anita Bikers Club dengan kerjasama YBAPTM, majlis makan malam turut bertujuan mencari dana bagi mengisi tabung yayasan dalam membantu Asnaf Asnaf & Bekas Anggota Perisikan Tentera, selain menyambut tahun baru 2022.
“Kami berharap sokongan pihak swasta dan orang ramai untuk hadir memeriahkan majlis berbentuk amal ini sambil meraikan sambutan tahun baru 2022,” ujar Anita Mohd Yusof sambil memberitahu mereka yang berminat boleh menempah tiga jenis meja yang disediakan bernilai RM10,000 (VVIP). RM5,000 (Korporat) dan RM3,000 untuk tempahan meja biasa.
Menurut Anita, individu yang berminat juga boleh hadir dengan bayaran RM150 seorang di mana mereka boleh menghubungi beliau di talian 011 23704245 atau 017 9089946.
Yang berminat juga boleh membuat tempahan melalui pihak YBAPTM dengan berhubung terus ke talian +60 17-234-5609 (En Mohd Nor).
Di samping persembahan artis terlibat, turut diadakan persembahan Seni Silat Pahlawan, sketsa tari warisan pahlawan dan lain-lain yang pasti menghiburkan tetamu yang hadir pada malam tersebut.
Sementara itu, terdahulu, konvoi jelajah jejak warissn Anita bersama misi YBAPTM negeri Perak yang bermula selama dua hari pada 4 dan 5 Disember 2021 lalu menyaksikan pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perjalanan.
Pada hari pertama, komvoi bersama Parlimen Tambun Dan Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia ( YBAPTM ) Negeri Perak disertai Star Bikers berkonvoi menziarahi rumah asnaf sambil menyantuni veteran Perisikan YVAPTM.
Antara aktiviti lain meliputi acara imarah masjid, gotong royong pembersihan masjid Al Khairiah dan membantu menjalankan kutipan bagi tabung pembinaan sekolah Agama Anak2 Kampung Kepayang, Ipoh, bersama Majlis Agama Islam Negeri Perak.
Tambah beliau, jelajah hari kedua menyaksikan konvoi ke Masjid Al- Khairiah bagi melksanakan perasmian sumbangan tabung pembinaan Sekolah Agama Tahfiz Kampung Kepayang,Ipoh. dan kemudiannya bersama Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ke Majlis Sukarelawan Kebangsaan bersama Anak Anak Yatim Miskin, Rumah An Nur Maisarah di Chemor. Perak .
Tidak terhenti di Perak, konvoi Anita bersama kumpulan Badara Bikers pula seterusnya menyambung misi ke Sandakan, Sabah pada 9 hingga 11 Disember 2021 lalu bersama Haifi Trading bagi menyempurnakan kempen IMARAH Masjid & Jejak WARISAN Pahlawan.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembersihan masjid di Sandakan, menziarahi & menyantuni veteran–veteran Asnaf sambil memberikan sumbangan bantuan kepada mereka serta melawat perusahaan pembinaan boat Perusahaan Veteran ATM yang dikelolakn oleh Encik Radin selaku Pengarah Urusan Haifi Trading Sandakan.
“Alhamdullilah, segalanya berakhir dengan jayanya dan atas kejayaan itulah kami akan meraikannya pada majlis penutup pada 30 Disember 2021 ini,” akhiri Anita dengan harapan ramai akan hadir bagi membantu meneruskan nafas perjuangan Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia.
Untuk rekod, YBAPTM merupakan sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan (1952) (Akta 258) pada 18 Februari 2019 oleh mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt. Jen (B) Dato Mohd Salleh Hj Ismail (Pengasas) dan Dato Zulkifli Rasol selaku Pengerusi.
Dengan kerjasama pelbagai pihak yayasan bertujuan meringankan sedikit bebanan serta menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan fakir miskin, asnaf dan orang kurang upaya.
#AnitaBikersClub #JejakWarisan #YBAPTM #BorneoSabah #ImarahMasjid #Amal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan