Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYLEA SASAR JUALAN SET PERCUBAAN JERAGAT CAPAI RM500K, INSPIRASI IDEA CHE TA MAHUKAN 'TRAVEL PEK'


JIKA anda pembaca setia blog Kak Fas Online ini tentu pernah baca mengenai jenama Mylea kan?


Walaupun lebih kurang setahun ketiadaan penganjuran sebarang majlis disebabkan  pandemik COVID-19 tetapi masih segar dalam ingatan Kak Fas ketika pertama kali diperkenalkan kepada Mylea pada awal Januari lalu.


Jika tidak silap ketika itu, Kerajaan masih membenarkan acara kecil-kecilan dianjurkan mengikut SOP dan majlis Mylea membuka tirai tahun 2021 dalam dairi tahunan Kak Fas.


Masih tak ingat?


Meh! Kak Fas peringatkan kembali  majlis pelantikan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta sebagai duta Mylea ketika itu.


Jom kita ‘flashback’ buat seketika.. KLIK DI SINI


Terbaharu, Mylea menutup tirai  tahun 2021 pula dengan menganjurkan kembali majlis sebagai tanda penghargaan kepada ejen-ejennya yang digelar ‘jemaah Mylea’.



Kali ini agak istimewa. Disebabkan mahu menjaga keselamatan semua, pasangan usahawan suami isteri, Amylia Farhana dan Mohd Fakhrul Razi Jamaludin  yang tinggal di negeri penyu bertelur, Terengganu Darul Iman ini sanggup terbang ke Kuala Lumpur untuk bertemu jemaah Mylea secara maya di mana sahaja mereka berada.


Pada mulanya sesi secara maya dirancang untuk dilakukan secara zoom  sahaja namun bertukar ke pertemuan bersemuka bersama bloggers tetapi dengan mengekalkan SOP manakala jemaah Mylea terus berhubung secara maya daripada stuido Kacang Network Sdn Bhd di Shah Alam.



Begitulah situasinya, kita hanya merancang tetapi Allah SWT jua yang menentukannya,


Dan aturan Allah juga mengizinkan Mylea dipermudahkan rezeki sehingga mampu mencapai jualan RM21 juta walau pun ketika ekonomi merudum dan rakyat terkesan teruk dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan Kerajaan demi keselamatan rakyat.


Siapa sangka kan rezeki yang diberikan Allah SWT kepada  Amylia Farhana sebagai pengasasnya dan Mohd Fakhrul selaku Ketua Pegawai Eksekutif Amylea Group Sdn Bhd. tidak terputus walau pun berdepan pandemik COVID-19.


Bayangkan  untuk tahun 2020 sahaja, Mylea  berjaya mencapai jualan RM21juta apabila jualan dari jemaah Mylea meningkat 10 kali ganda melalui jualan secara dalam talian.



“Dengan hanya menjual Mylea Freckles Serum dan Mylea Freckles Bar kami mampu membayar hampir RM500,000 bagi zakat pendapatan sekali gus menjadikan Mylea salah satu syarikat yang terbesar membayar zakat di Terengganu malah satu pencapaian paling luar biasa dalam sejarah Mylea sejak ditubuhkan sejak 8 tahun lalu.


Bagi tahun hadapan, Mylea menyasarkan jualan sebanyak RM500,000 dengan pelancaran set percubaan jeragat terbaharunya seiring dengan pertambahan ejen jemaah Mylea baharu sebanyak 500 orang.


Majlis zoom yang diadakan bersama jemaah Mylea menyaksikan buat julung kalinya juga dalam sejarah penubuhannya melancarkan set jeragat dalam norma baharu bersama duta penjagaan kulit Mylea iaitu Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta.


Bersaksikan jemaah Mylea dan penguna setia Mylea melalui skrin gergasi studio, pelancaran set jeragat mengandungi 4 dalam 1 iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Exfoliate Mask dan Travel bag disempurnakan Che Ta bersama Amylia dalam suasana yang cukup meriah walau pun dalam keadaan tertutup di dalam studio berlatarkan logo Mylea pada skrin.



“Sebenarnya, terhasilnya set ini tercetus daripada idea Che Ta sendiri,” dedah Amylia sambil Che Ta yang berada bersebelahan mengangguk tanda setuju.


“Betul, saya lontarkan idea itu setelah memikirkan saya selalu ‘travel’ jadi bila perlu bawa set penjagaan kulit Mylea yang biasa saiznya agak sukar. Jadi terfikir kenapa tidak hasilkan satu set yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja, yang saiznya lebih kecil supaya senang masuk dalam bag sekali pun,” sambung Che Ta.


Menurut Amylia, dengan harga  mampu milik, RM99.00 sahaja, set ini mudah dibawa kemana-mana apabila  disertakan sekali dengan travel bag. 


“Sasaran pengguna bagi set ini ialah bagi golongan wanita yang berumur 28 tahun keata,” ujar Amylia.


Seperti yang sedia maklum jenama Mylea sebelum ini memang terkenal dengan kelebihanya bagi menyelesaikan masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam sejak tahun 2015 lagi. 

Memasuki tahun keenam  pelbagai pencapaian telah diraih jenama Mylea seperti kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelulusan Health Science Authority (HSA Singapore), Ministry Of Health Brunei Darussalam, kelulusan SIRIM, Asia Pacific Super Health Brand, SME 100 Award Fast Moving Company (2020),100 Top Young CEO (2021) dan lain-lain lagi.


Khusus untuk golongan berusia 28 tahun ke atas, set Mylea diformulasikan dari bahan terbaik dunia bagi merawat masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam seperti Centella Asiatica (Korea), Canadian Willowherb (Canada) Moist 24 Essence (US), dan Skinmoon (Bionap, Italy) secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia berbahaya ,

Seperti kata Che Ta yang telah menjadikan produk Mylea satu keperluan baginya, kesan pada kulit mampu dicapai dalam masa 7 hari sahaja.


“Nampak aje kulit saya licin tetapi sebenarnya saya pun ada jeragat dan setelah mencuba Mylea kulit saya kembali normal. Walau pun dah tiada jeragat saya akan tetap menggunakannya untuk mengawal ia kembali menyerang,” Che Ta bercerita penuh yakin.



Sementara itu, menyedari kesan COVID-19 melumpuhkan banyak sektor ekonomi negara menyebabkan ramai yang kehilangan mata pencarian dan peluang pekerjaan, Amylia mempelawa kaum wanita khususnya yang mengalami masalah kekangan wang tetapi mahu kekal cantik tampil menganggotai jemaah Mylea.


Bagi pengguna yang berminat untuk mendapat set ini boleh mendapatkan dengan ejen Mylea yang sah diseluruh Malaysia, website (www.mylea.my), ataupun HQ Mylea di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu (09-622 2450) bermula pada 13 Disember 2021.


Nak lebih mudah tanpa susah payah mencari, KLIK DI SINI sahaja.



Majlis yang berlangsung secara virtual menggunakan Zoom Meeting itu turut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada pakar motivasi, Encik Khairul manakala malam turut diserikan dengan cabutan hadiah bertuah berupa pakej percutian 3 hari 2 malam di Langkawi, gold bar, peralatan elektrik, dan set percubaan jeragat yang terbaharu berkenaan.




Kak Fas
: Tahniah Amylia, kali kedua jumpa dalam norma baharu, barangkali selepas ini boleh la kita ke Ganu pula untuk meninjau kilang pembuatan Mylea di sana ya tak. Iya lah sambil minum sambil menyelam air, bolehlah rehatkan minda dan cari penyu menangis haha....dah lama tak makan telur penyu huhu.

Jika ada yang nak tahu lanjut bolehlah menghubungi HQ Mylea beralamat di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu tu atau pun seperti Kak Fas dah kongsikan di atas layari platform laman sosial Mylea manakala dah mengikuti perkembangan pengasasnya boleh buka laman instagram @amyliafarhana_


#Mylea #jemaahmylea #myleakayabahagiajemaah #produk #RozitaCheWan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan