NAK KASUT ORI JENAMA 'NEW BALANCE'? JOM KE JUALAN GUDANG, HARGA SERENDAH RM99!
Wow! Ada lebih 50,000 produk jenama New Balance (NB) di bawah satu bumbung - The Paddock!
Memang rambang mata nak memilih mana satu berkenan di hati sebab semuanya bak kata penyanyi, pelakon dan pengarah Mawi ‘memang gila… harga asal dari lebih ratusan ringgit dijual di bawah RM99 sahaja’.
Mawi ditemui pada majlis pelancaran Jualan Gudang New Balance pada petang semalam (22 Disember) anjuran Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd yang disempurnakan oleh wakil daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Abdul Rahim Abdul Kadir bersama Fauzi Kamsar bersama Timbalan Pengurus Besar Operasi Al-Ikhsan Sports, Gaurav Shankar dan Zechariah Ravinder, Pengurus Pemasaran A;-Ikhsan Sports.
Sebaik sahaja pintu dibuka selepas pelancaran pada jam 2.30 petang, orang ramai yang dah lama beratur panjang di bawah berderu masuk namun dalam kawalan SOP yang ketat di mana kemasukan di hadkan dengan bilangan 100 orang terlebih dahulu.
Memang ‘happening’ lah, Kak Fas pun tidak lepaskan peluang meninjau kasut-kasut sukan mahu pun sandal yang disediakan dan memang sah ia bukan kasut celop ya tetapi original NB yang berkualiti.
Tak main lah kasut celop… Al-Ikhsan kut, syarikat ternama yang menyediakan kelengkapan sukan dan berkait rapat pula dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1) serta Piala Dunia FIFA 2010, tentuah kredibilitinya akan tercalar jika menjual produk tak ori kan?
Apa pun yang penting, anda mempunyai masa lebih kurang sebulan untuk hadir ke jualan gudang ini kerana ia hanya akan berakhir pada 23 Januari 2022.
Malah jika ada yang bermurah hati nak beramal kepada mangsa banjir yang kini memerlukan bantuan bolehlah ke The Paddock dan borong apa yang diperlukan.
“Sepatutnya, ada juga jualan pakaian baju sukan dan sebagainya namum di sebabkan oleh masalah banjir dan beberapa jalan masih ditutup kami tidak sempat membawanya hari ini,” ujar Zechariah ketika ditemui.
Bagaimana pun, apa yang sempat disediakan petang itu sudah cukup membuat sesiapa sahaja yang masuk ke dalamnya terasa tidak cukup waktu untuk meninjau semua.
Tetapi Kak Fas nak pesan bila masuk je yang perempuan elok tuju ke bahagian kanan ruang pameran kerana di situ semua kasut-kasut wanita dan kanak-kanak manakala kaum lelaki tumpu pada deretan sebelah kiri.
Jadi tak la tercari-cari mana nak pergi... terus je ke ruangan yang ditetapkan cuma jaga jarak antara satu sama lain ya dan kalau dah suntuk waktu kenalah datang lagi kan?
Jualan gudang dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam dan bagi mereka yang dari luar kota atau yang jarang ke kawasan ini jangan risau, waze je The Paddock (bangunan lama Western Digital) dan anda akan dibawa terus ke sana dan parking pun mudah, banyak ruang tersedia di dalam kawasan tersebut.
Dan selepas penat membeli, boleh rehat dan makan di ruang makan di situ, Awesome lah!
Kak Fas: Tidak pernah pulang dengan tangan kosong, ada je yang terpikat di hati untuk membeli …. putih mata kalau tak beli hihi…
Info lanjut boleh kunjungi laman sosial Al-Ikhsan Sports di Facebook atau Instagram @alikhsansports atau lebih mudah KLIK SINI.
#AlIkhsanSports #ThePaddock #JualanGudang #NewBalance #KasutSukan #Mawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan