Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI KERIANGAN KRISMAS PENUH KEAJAIBAN SEKITAR SURIA KLCC, ALAMANDA PUTRAJAYA & MESRA MALL


BULAN DISEMBER dah pun tiba dan Ho! Ho! Ho! Krismas pun dah hampir malah inilah juga bulan hujung tahun yang dinanti-nantikan ramai bagi menyambut kedatangan Tahun Baru.

Dan seperti biasa, hampir kesemua kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur dihiasi indah dengan pokok Krismas serta dekorasi loceng dan sebagainya tetapi yang lebih mengujakan golongan yang meraikannya tentulah menanti untuk membuka kotak-kotak hadiah yang terletak di bawah pokok Krismas.

Sehubungan itu, apabila bercakap mengenai pokok Krismas, tidak dapat tidak Kak Fas bayangkan pokok Krismas paling tinggi di Kuala Lumpur. 

Di mana lagi jika tidak di pekarangan esplanade pusat membeli-belah ternama, Suria KLCC.

Ya, tahun ini sekali lagi kita dapat melihat pokok Krismas tertinggi  di Malaysia itu, berukuran 100 kaki tersergam di kawasan luar esplanade. 


Terletak di hadapan pintu Suria KLCC, satu 'spot' yang menarik untuk mengabadikan foto indah berlatar belakangkan bangunan berkembar Petronas sambil menikmati suasana sekitar yang disulami dengan pancutan air berirama Taman KLCC.


Boleh dikatakan setiap tahun Kak Fas akan berswafoto di hadapan pokok Krismas ini cuma disebabkan pandemik COVID-19 dah lebih 2 tahun Kak Fas tidak berkesempatan berbuat perkara sama.


BERSAMA PR yang mesra, Sherina

Apa pun yang menariknya, sempena sambutan Krismas, Suria KLCC sentiasa memberikan hiasan menarik di kawasan 'centre court' nya di mana di sinilah pelbagai sudut boleh dirakamkan buat kenangan.


Pengunjung boleh membeli-belah dalam keadaan yang tenang dan selamat sambil ahli keluarga yang lain menikmati keindahan dekorasi  yang mempamerkan seolah-seolah alam penuh keajaiban yang diilhamkan dari ‘The Polar Express’.


Di situ, kaum keluarga boleh melihat stesyen keretapi klasik bersama replika keretapi bersaiz sebenar sambil bergambar berlatarbelakangkan keunikannya yang boleh diabadikan dalam Instagram masing-masing. 


Mereka juga boleh memuat- turun AR filter tema Krismas Suria KLCC termasuklah latarbelakang Stesyen Keretapi Suria KLCC ‘Polar Express’ beserta tompokkan salji dan kesan-kesan lain yang menarik. 



Ahli keluarga yang ingin mencuba menaiki keretapi eksklusif pula, boleh ke Aras 1 Ramlee Mall di mana kawasan tersebut telah diubahsuai kepada sebuah stesyen keretapi mini yang boleh dinaiki kanak-kanak dengan harga tiket sebanyak RM8. 


Setiap RM1 daripada cas yang dikenakan akan disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). 



Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan Santa dan pembantunya yang akan membuat kemunculan di Kotej Santa pada hujung minggu dan hari Krismas. Jadi bolehlah bergambar bersamanya.


Malah, banyak lagi tarikan untuk bergambar dengan adanya pancaran cahaya umpama aurora yang mempersonakan di kawasan pintu masuk Park Mall. 


Setiap kali terdapat pergerakan berhampiran punca pengcahayaan, warna lembut pastel akan dipancarkan seindah aurora yang mampu menghasilkan kesan yang menarik pada foto yang diambil. 


Aktiviti interaktif seperti itu boleh juga dilakukan di beberapa lokasi di Stesen Keretapi Polar Ekspress di Centre Court yang akan bercahaya dan mengeluarkan bunyi wisel seperti sebuah keretapi tradisional sebenar yang juga menghasilkan kepulan asap yang mampu mengimbau pengalaman bagaimana keretapi berfungsi pada zaman dahulu. 



Wow! Menarik kan? Bukan sahaja anak-anak yang suka, golongan dewasa macam Kak Fas pun terpikat.


"Dengan situasi kelihatan lebih baik untuk tahun ini kami kembalikan kemeriahan dan keterujaan kepada pelanggan dengan sambutan penuh tradisi ini agar menjadi satu destinasi 'reunion' buat keluarga dan sahabat handai," ujar Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KLCC, Andrew Brien.


Menurut beliau, sudah tentu Suria KLCC sangat teruja melihat pengunjung yang tidak putus-putus menikmati keindahan lampu-lampu dan dekorasi yang telah  disediakan untuk mereka. 


“Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mengamalkan penjarakan selamat dan sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pandemik ini masih belum tamat. Yakinlah bahawa Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard untuk memastikan keselamatan semua," tambah Brien. 


Dalam kesibukan merakamkan keindahan sekitar sambil anak-anak berhibur, ibu bapa tidak ketinggalan boleh menikmati program 'Ganjaran Pembelian Krismas' yang memberi peluang kepada pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam satu resit dari mana-mana kedai khusus untuk memenangi baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000. 



Sejumlah 76 pemenang bertuah akan dipilih dari sekarang hingga 26 Disember yang mana pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam dua resit pula akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai RM100, selagi stok masih ada. 



ALAMANDA PUTRAJAYA


Sementar itu, pengunjung di Alamanda Putrajaya pula akan di sajikan dengan ganjaran istimewa dari 27 November hingga 26 Disember sebagai sebahagian daripada program penebusan Krismas. 


Setiap hari hingga 26 Disember, 10 pembeli pertama yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam tidak lebih daripada 2 resit dari kedai khusus akan menerima bekas seramik edisi terhad. 


Para ibubapa dengan keahlian VIKids juga akan menerima satu pas percuma untuk menaiki keretapi Polar Ekspress untuk seluruh keluarga sekiranya mereka berbelanja RM500 dan ke atas. 


Terdapat 800 pas percuma untuk diberikan di Centre Court sepanjang tempoh kempen kepada yang layak. 



Kepada mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tidak lebih daripada 2 resit akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar membeli-belah Alamanda bernilai RM300, di samping menerima bekas seramik edisi terhad yang sama. 


Ahli VIKids juga akan menerima keistimewaan yang sama seperti yang telah dinyatakan. 


Pembeli di Alamanda bukan sahaja akan dapat menikmati dekorasi yang bertemakan Polar Ekspress, mereka juga boleh menikmati pelbagai hiburan yang disajikan. 


Ini termasuklah persembahan klasik yang akan diadakan di Centre Court, dari pertunjukan silap mata, tarian bertemakan Krismas, persembahan Jazz hinggalah kemunculan Santa Claus pada hari Krismas. 


MESRA MALL 


Di Mesra Mall, Centre Court akan dihiasi dengan keindahan warna-warni sempena Krismas dari 1 hingga 25 Disember dimana kempen penebusan untuk pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam 2 resit dari mana-mana kedai khusus. 


Pembeli berhak menebus sebuah balang eksklusif serta merta. 


Bagi mereka yang berbelanja pada mana-mana hari Ahad dalam waktu kempen akan menerima ganjaran tambahan dimana 50 pembeli pertama yang memenuhi syarat pembelian pada hari tersebut akan membawa pulang baucar membeli belah bernilai RM20. 


Pada hari Krismas, Santa Clause akan membawa keceriaan kepada kanak-kanak dengan layanan istimewa. ‘Secret Santa’ juga akan memberikan kejutan kepada pembeli bertuah dengan baucar F&B bernilai RM10 pada pukul 2 petang hari yang sama yang boleh ditebus di Baskin Robbins/Secret Recipe/Boost Juice. 


Untuk info lanjut, layari: 

  1. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
  2. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
  3. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall 

KAK Fas:  Terasa kembali ke zaman kanak-kanak pula malah terasa kembali ke London.

#Krismas #SuriaKLCC #Alamanda #MesraMall #SantaClaus #Shopping #Perayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan