Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PABJ SASAR 1,000 AHLI BAHARU MENJELANG MAC 2022, AJAK ANAK BANGSA JOHOR DAFTAR!


PERSATUAN Anak Bangsa Johor (PABJ) mensasarkan seramai 1,000 ahli baharu menjelang tempoh 3 bulan sehingga Mac 2022 bagi memantapkan usaha persatuan ke arah memartabatkan Anak Bangsa Johor.


Sasaran tersebut disuarakan Presiden PABJ, Dato Mohsen Hasbollah  pada majlis pra pelancaran PABJ dan perasmian 'Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1,000 Ahli PABJ' disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Hj Yusof yang berlangsung di Sri Bayu Lounge, Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur pada semalam, 30 Disember 2021.




Sejak ditubuhkan secara rasmi pada 30 Mei 2021, keahlian PABJ kini baharu mencapai 217 ahli berdaftar secara keseluruhannya.


“Kami membuka keahlian kepada semua golongan daripada usia 18 tahun tanpa mengira bangsa dan agama untuk sama-sama mengukuhkan hubungan kemanusiaan, perpaduan dan persaudaraan,” ujar Dato Mohsen dalam ucapan alu-aluannya.


Turut hadir Naib Presiden PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalulail atau lebih mesra disapa Lady Rose serta penyanyi rock lagenda Dato Nash atau nama penuhnya, Nashrudin Elias serta Ahli-ahli Jawatankuasa PABJ.



Menyambung ucapannya, Mohsen memberitahu, PABJ menggariskan empat kategori keahlian meliputi ahli biasa/individu, ahli bersekutu, ahli korporat dan ahli pelajar.


“Sebagai langkah awal Dato Nash dilantik sebagai duta PABJ bagi menarik lebih ramai golongan artis serta orang orang perseorangan berasal Johor untuk sama-sama berdaftar dengan persatuan,” tambahnya ketika ditemui pada sidang akhbar yang berlangsung selepas majlis.



Dengan yuran pendaftaran dan tahunan sebanyak RM50 setiap satu untuk ahli biasa serta ahi bersekutu berjumlah RM500 (termasuk RM250 yuran pendaftaran), ahli pelapis dikenakan hanya separuh daripada keahlian biasa.


“Tetapi buat permulaan sepanjang kempen pemacu keahlian, PABJ tidak akan mengenakan bayaran kepada ahli pelapis sebagai tarikan anak-anak muda khususnya pelajar menyertai persatuan, “ jelas Mohsen.


Dalam pada itu Nash yang merupakan artis pertama menerima watikah pelantikannya menyuarakan rasa terharunya atas pemilihan beliau sebagai ‘duta PABJ’ malah bersedia mengajak teman-teman artis berassal Johor untuk menyertai PABJ.


“Sebenarnya 70% daripada golongan artis tempatan berasal Johor dan di harap mereka boleh berdaftar dengan PABJ dan membayar yuran pendaftaran mahu pun yuran tahunan,” ujar Nash sambil memberitahu Kak Fas beliau sendiri turut membayar yuran walau pun dilantik sebagai ‘duta’.


Itulah sumbangannya, jelas Nash kepada misi dan visi PABJ antaranya dalam usaha  memacu ekonomi Negeri Johor ke tempat teratas  dalam pelbagai sektor industri di Malaysia.


Berpandukan slogan ‘BANGSAKU, MASA DEPANKU’, PABJ yang ditubuhkan dibawah  Penaung DiRaja, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Menteri Besar Johor sebagai Penaung, mempunyai tujuh (7) Biro yang bakal memperkasakan Anak Bangsa Johor di dalam beberapa bidang meliputi Pendidikan; Pelancongan, Seni dan Budaya; Ekonomi & Keusahawanan; Keahlian, Multimedia & Komunikasi; Sosial, Kebajikan & Keagamaan; Keselamatan & Kesihatan serta Sukan & Rekreasi.


Sehubungan itu, tambah Mohsen, PABJ merangka sebanyak RM19 juta diperlukan bagi menggerakan pelbagai aktiviti melalui ketujuh-tujuh biro terbabit dan yakin walaupun hampir dua tahun dunia berdepan pandemik COVID-19, situasi tersebut bukan satu halangan untuk PABJ mencapai matlamatnya memartabatkan Warisan Negeri Johor.


Setiap biro, tambah beliau, mempunyai visi masing-masing berpandukan misi seperti berikut:

  • Mewujudkan perkongsian pintar dengan agnesi-agensi kerajaan dan swasta dari segi Pendidikan, Ekonomi, Keusahawanan dan Pembangunan.
  • Menggalakkan dan membantu ahli berpotensi dalam bidang digital ekonomi dan keusahawanan dalam pelbagai bidang untuk terus berkembang.
  • Membangunkan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Social Quotient (SQ), Spiritual Quotient (SQ) dan Love Quotient dikalangan Anak Bangsa Johor bagi mendepani cabaran dari peringkat Pra-Persekolahan.
  • Mengukuhkan dan memantapkan industri pelancongan, Seni dan Budaya untuk genarasi pelapis Anak Bangsa Johor melalui rancangan dan aktiviti yang berkaitan.
  • Menyantuni Kebajikan, Sosial dan Keagamaan Anak Bangsa Johor dan masyarakat Malaysia secara amnya.

Sementara itu, Dato Musa dalam ucapan perasmiannya menyokong penuh usaha PABJ dalam meningkatkan sektor pelancongan negeri Johor khususnya yang mempunyai kepelbagaian tarikan daripada sudut etnik, budaya dan bahasa.


“Johor mempunyai 10 daerah yang ada tarikannya yang tersendiri untuk menarik pelancong dan saya yakin dengan kerjasama PABJ Johor mampu menduduki tempat teratas dalam memacu sektor pelancongan dan ekonomi,” ujar Musa yang turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Bersekutu.



Turut menerima watikah sama, selain Nash adalah Pengerusi PABJ, Datuk Hj Abdullah Md Ali (gambar atas sekali) dan Penasihat PABJ, Mej Jen. Dato Oserman Chik (B). 


Dan dengan tagline, 'Bersatu Ke Mercu Dunia', PABJ berharap dapat menarik anak anak Johor yang kini berada di luar negara termasuk golonga artis seperti Datuk Shake yang kini berada di Amerika Syarikat untuk sama-sama memainkan peranan bagi mengukuhkan hubungan Kemanusiaan, Perpaduan & Persaudaraan.


Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan berkenaan dengan keahlian PABJ, boleh menghubungi talian 03-8068 7788/7878 atau 011-3144 0227 (En. Lutfi) / 011-1231 5242 (Cik Syafiqah)  atau emel ke  info.pabj@gmail.com mahu pun melayari laman sosial Facebook dan Instagram serta saluran YouTube Persatuan Anak Bangsa Johor.


Lebih mudah KLIK DI SINI



Kak Fas: Anak Perak tetapi ada menantu Anak Johor berasal Batu Pahat, nanti nak suruhlah dia dan isterinya, masuk jadi ahli PABJ.


#PersatuanAnakBangsaJohor #TourismMalaysia #Nash #AhliPABJ #Pelancongan  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan