Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

QASEH HEALTH RESOURCES BERJIHAD BANGUNKAN EKONOMI UMAT ISLAM, SASAR 1,000 USAHAWAN BAHARU!


NAMA majlis ‘Malam Starvaganza 2021’ sudah cukup untuk menceritakan kegemilangan acara anjuran Qaseh Health Resources (QHR) bagi merai dan menghargai kejayaan ejen serta stokis yang telah mencapai prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019-2021.


Terbukti walau pun negara dilanda  pandemik COVID-19, ia tidak mematahkan semangat 117 ejen/stokis penerima 8 anugerah utama yang disampaikan pada malam tersebut.


Lapan anugerah terbabit meliputi Anugerah Qaseh Wellness Advisor; Anugerah Oversea Study Krabi; Anugerah President; Anugerah Achievers; Anugerah Top Sellers; Anugerah Top PP (Pengurus Pemasaran); Anugerah Top PPW (Pengurus Pemasaran Wilayah) dan Anugerah Top PPN (Pengurus Pemasaran Negeri).



Hadiah-hadiah  penghargaan  disampaikan oleh Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV), Hasniza Hassan serta Panel Syariah Ana Global Ventures, iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor


Turut hadir pada majlis yang berlangsug di sebuah hotel di Selayang, Pengarah Urusan Ana Global Ventures dan QHR, Hj Luqman Othman yang juga suami kepada  Hasniza Hassan.



Memanjatkan kesyukuran dapat menganjurkan majlis tahunan buat julung kalinya selepas melalui hampir dua tahun fasa pandemik, Hasniza tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada ejen dan stokisnya yang tidak patah semangat untuk terus berjuang sekali gus membuktikan mampu meraih pendapatan luar biasa.


“Inilah hikmah di sebalik PKP, ejen dan stokis saya kurang terkesan dengan jualan malah pendapatan mereka meningkat,” ujar Hasniza.


Sehubungan itu katanya,misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baru adalah untuk  melahirkan 1,000 usahawan baru dengan minima pendapatan RM2,000 sebulan.



“Saya harap syarikat mampu membina 100 jutawan Qashe Gold dalam tempoh 3 tahun bermula tahun 2022,” tambah Hasniza yakin.


Menurut beliau, sebagai seorang Muslim beliau berhasrat menjayakan Qaseh dengan lebih meluas agar dapat memberikan pendapatan kepada golongan yang terkesan dengan situasi sukar sekarang ini. 


“Saya mahu mengembalikan fenomena Qaseh Gold yang dulu pernah melanda negara untuk membantu lebih ramai keluarga jadi sihat dan bahagia apatah lagi pada tempoh negara diancam wabak berbahaya ketika ini,” jelas Hasniza sambil memberitahu, produk utamanya Qaseh Gold Junior antara terlaris mendapat permintaan ramai.


Sambungnya lagi, sebagai permulaan beliau akan mengadakan sesi latihan khas untuk leaders dan team dengan fokus  ke arah  membina mindset, kepimpinan, jualan dan  pemasaran  termasuk  dalam platform sosial media dan ‘personal branding’ serta recruitment dan pembinaan sistem agen yang lebih kukuh. 


“Doakan misi kami untuk melahirkan 100 jutawan QASEH dalam tempoh 3 tahun berjaya dicapai pada tahun 2024 nanti.” tegas Hasniza penuh harapan.



Mengikut jejak langkah Hasniza, begitu jua dititikberatkan penerima Anugerah President dan Anugerah Top 3 PPW, Noraihan Mohd Nordin, seorang pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan.


Anugerah Presiden  diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM16,000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.


Apakah Noraihan atau lebih mesra disapa Raihan memperoleh jualan melebihi angka tersebut?


“Alhamdullillah, selama setahun saya mampu mencapai jualan RM200,000 dengan minima RM16,000 ke atas harus dicapai setiap bulan,” ujar Raihan yang mempunyai lebih kurang 20 stokis di bawah sayapnya sebagai ‘leader’.


Tanpa berselindung beliau mengakui jualan meningkat ketika tempoh PKP apatah lagi produk utama jualannya, 'Qaseh Gold Junior' laris mendapat tempahan daripada ibu bapa yang mahu melindungi anak-anak mereka agar sihat sewaktu pandemik COVID-19.


“Tujuan saya lebih kepada melindungi kesihatan kanak-kanak lebih daripada memikirkan keuntungan dan saya yakin dengan keberkesanan produk tersebut ramai yang memberi tindak balas positif,” sambung Raihan sambil memberitahu keberkesanan Qaseh Gold Junior terhadap kesihatan anaknya amat memuaskan.


Jelasnya sejak diberikan kepada anaknya pada usia 2 tahun sehingga kini sudah berusia 11 tahun, anaknya jarang sakit malah jika demam pun tidak melarat apata lagi selsema pun jarang.



“Lagi pun perisa campuran antaranya madu, kurma dan delima sedap dan tidak sukar bagi kanak-kanak mengambil cecair berkenaan, “ tambah Raihan.


Sebagai pendidik, Raihan berpendapat setinggi mana pun pangkat atau profesion seseorang, jika tidak menjaga kesihatan, ia akan memudaratkan kehidupan.


“Oleh itu kita harus mendidik anak-anak agar menjaga kesihatan dan produk keluaran Qaseh untuk kanak-kanak ini memang yang terbaik saya temui,” akui Raihan yang mula mengenali produk-produk kesihatan Qaseh ketika beliau sendiri mengalami sakit gastrik.


Menurutnya, beliau diperkenalkan kepada produk 'Qaseh Adinda' yang mampu merawat sakit gastriknya.


“Sejak itu, saya mula menjual produk Qaseh bermula sebagai dropship sahaja sehinggalah hari ini sudah 8 tahun berlalu,” cerita Raihan lembut dan tenang setenang wajahnya yang redup ayu dan sentiasa mengukirkan senyuman.



Berpegang kepada moto, ‘sentiasa bertanding dengan diri sendiri samada berniaga atau apa sahaja dan jadi hambanya yang terbaik, sesama manusia jadi khalifahnya, hasil itu Allah SWT bagi,” Raihan berpegang teguh kepada prisinsipnya bahawa kesihatan mendahului segalanya-galanya.


“Sasaran saya bukan semata-mata soal wang ringgit. Saya nak bantu anak-anak sihat kerana saya bukan usahawan tetapi seorang pendidik dan mahukan generasi akan datang kekal sihat,” akhirinya senyum malah jelas terpancar wajah ikhlas mengiringi kata-kata tulusnya itu.


Untuk rekod, Ana Glonal Ventures di bawah Qaseh Health Resources memiliki 13 produk kesihatan  di mana 'Qaseh Gold Junior' antara produk terlaris khusus untuk kanak-kanak dijual pada harga RM59 sebotol dengan tiga perisa pilihan.


Artikel berkaitan boleh klik dan baca DI SINI.



FOTO Kredit Qaseh Gold Facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan