Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TUKAR GAYA HIDUP NORMA BAHARU GUNA PRODUK SAMSUNG PINTAR


TAK lama lagi kita sudah pun masuk ke kalendar tahun baharu - 2022.


Cukup pantas masa berlalu kan? Pejam celi pejam celik dan hampir dua tahun ‘terikat’ kena duduk rumah dah pun nak masuk 2022.


Semoga tahun hadapan membawa sinar dan menghapuskan terus wabak koronovirus yang amat ditakuti satu dunia ini.


Dari pandemik ia kini dah jadi endemik, jadi nak tak nak kita kenalah hidup dengan virus yang tidak kelihatan itu. 


Kena jaga SOP, bersihkan tangan selalu dan sentiasa pakai ‘mask’.


Cuma sampai bila perlu pakai ‘mask’ hanya Allah SWT yang maha mengetahui …kita perlu redha dengan kehidupan norma baharu sekarang.


Apa pun barangkali untuk suasana baharu tahun depan ada yang dah terfikir nak ubah gaya ke kehidupan pintar dengan menggunakan alat-alat ‘smart living’ kata orang.


Al maklumlah teknologi semakin canggih dan peralatan yang dicipta untuk kegunaan rumah pun dah boleh ‘petk jari’.


Kini, bukan sahaja ada telefon pintar tetapi peralatan rumah pun dah banyak yang ‘pintar’ dicipta untuk meringankan tugasan semua dalam mengejar masa.


Renee Wong, Ketua PR dan Kewarganegaraan Samsung Malaysia menyampaikan ucapan alu-aluan kepada media di acara pengalaman Samsung Smart Home Living di Bakebe, Publika.


Baru-baru ini Kak Fas diperkenalkan kepada beberapa peralatan yang tergolong dalam ‘smart living’ oleh Samsung Malaysia Electronics seperti Ketuhar Gelombang Mikro Perolakan dengan HOT BLASTTM; Jet Bot AI+ dengan Intel A.I. Pemanduan; Penapis Udara Pintar, 60m2 dan Peti Sejuk dua pintu yang dinamakan ‘Food Showcase Refrigerator’.


Wah! Memang cantik, menarik dan tertarik lah produk terbaharu yang dipamerkan hari tu. Kalau berkepok-kepok duit di tangan dah beli dah kesemua nya …tak sampai RM15,000 rasanya jika dikumpulkan harga kesemuanya… barulah rumah Kak Fas boleh digelar ‘smart living home’ tak gitu?


Apa pun yang menariknya pada acara demonstrasi peralatan canggih Samsung pada pagi itu ialah pengalaman Kak Fas memasak buat pertama kalinya resipi ‘cup cake’ yang dinamakan ‘Bakebe’s Strawberry S’mores Cupcake’.


Agaknya nama itu diberi sebab acara berlangsung di Bakebe, Publika kut kan…


Tetapi sejujurnya inilah juga pertama kali Kak Fas bakar ‘cup cake’ dan menariknya dibakar pada tempoh 20 minit sahaja menggunakan Ketuhar yang berjenama ‘Convection Microwave Oven with HOT BLASTTM’.


Dan siapa chefnya yang mengajar kami kumpulan media dan bloggers?



Tidak lain beliau adalah personaliti tv dan bekas pengacara ‘Jalan Jalan Cari Makan’ dulu, Maria Tunku Sabri.


Apabila ada Maria tentu kecoh jadinya suasana masak memasak kan dengan celotehnya bagaikan berteh tanpa putus putus. Ada je gurau sendanya yang membuatkan ramai ketawa sekali gus menjadikan suasana memasak cukup riang.


Selepas memperkenalkan ketuhar gelombang, Maria beralih ke Penapis Udara Pintar 60m2 yang katanya memang sesuai berada di setiap rumah bagi membersihkan udara daripada virus COVID-19 yang sedang melanda negara kini,


“Saya adalah bekas pesakit COVID-19 dan penapis udara pintar seperti ini memang perlu saya gunakan di rumah untuk membersihkan udara,” ujar Maria tanpa berselindung.



Bertolak dari situ, Maria memperkenalkan pula peralatan ketiga iaitu ‘Food Showcase Refrigerator.’


Istimewanya peti ais dua pintu ini anda tidak perlu membuka pintu utama kerana jika hendak mengambil produk simpanan pada bahagian atas anda hanya perlu membuka ‘tingka’nya sahaja pada bahagian pintu utama di sebalah kanan bahagian atas.


“Dan lebih menguatkan lagi ketahanannya apabila kompresor peti ais ini dijamin selama 21 tahun,” cerita Maria sambil berjalan pula ke arah ‘Jet Bot AI+ with Intel A.I. Driving’.


Vakum itu paling menarik perhatian semua bahkan meringankan kerja mengemas rumah khususnya menyapu. Apa yang perlu dilakukan anda arahkan sahaja ‘jet bot’ itu untuk melakukan pembersihan  melalui tab atau pun telefon bimbit.


“Mudah dan cepat rumah anda dah bersih, biarkan jet bot lakukan kerja sambil anda memasak ke dan sebagainya,” ujar Maria.



Pendek kata, kempat-empat peralatan pintar yang dipamerkan cukup sempurna memenuhi kehidupan pintar dalam norma baharu sekarang ini apatah lagi ia boleh dikawal walau pun anda tidak berada di rumah dengan menggunakan Galaxy Tab S7.


Memang pintarlah! 


Untuk keterangan lanjut berhubung peralatan yang dipamerkan boleh layari  news.samsung.com



#SamsungMalaysiaElectronics #SmartLiving #MariaTunkuSabri #Bakebe #Produk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan