Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON TAMPILKAN KOLEKSI SEDIA PAKAI MELINDA LOOI 'MEL ROARS'


 ‘MEL ROARS’ atau jika dialih bahasa berbunyi ‘Mel Mengaum’ menjadi pilihan nama yang diberikan oleh pereka fesyen tersohor, Melinda Looi terhadap koleksi sedia dipakai yang direka sempena sambutan Tahun Baharu Cina bersama AEON CO (M) BHD (AEON).


Diilhamkan melalui gaya dan penghormatan Tahun Harimau dengan tiga jenis corak inspirasi “Panthera tigris”, digabungkan dengan pengaruh peranakan: jalur inspirasi batik eksentrik, corak geometri jubin peranakan yang terserlah dan penjajaran corak bunga klasik yang halus dengan ekspresi harimau yang tersembunyi. 


Memang kreatif rekaan Melinda Looi yang terkenal dengan kemampuannya menghidupkan seni kreativitinya agar nampak segar dan menarik pandangan pelanggan.


Tidak hairanlah Melinda memenangi pelbagai anugerah dan turut mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa melalui fesyen couture kepada koleksi sedia pakai dan pakaian seragam korporat sehinggalah kepada reka bentuk dalaman.


Hebat penangan wanita bertubuh kecil ini tetapi berjiwa besar malah baharu pertama kali bertemu dengannya sudah nampak kemesraan pada dirinya.


“Saya menghasilkan dalam 21 desain ‘free size’ untuk wanita manakala untuk lelaki ada juga saiz lain malah pada setiap rekaan saya terapkan elemen warisan,” ujar Melinda ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen koleksi #MelRoars di AEON Taman Maluri baru-baru ini.


Turut hadir pada majlis perasmian koleksi berkenaan yang disempurnakan oleh Sunny Setiakawan selaku Ketua Pegawai Operasi AEON adalah para tetamu lain antaranya Sandy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Optimax Specialist Centre dan Yan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, Ioli Communications Sdn Bhd.


(Dari kiri) Melinda Looi, Sunny Setiawandan Jason Foo, Pengurus Besar Strategi Pemasaran dan Komunikasi, AEON pada sidang media,


"Menyedari bahawa ini akan menjadi sambutan Tahun Baharu Lunar yang tidak dapat dilupakan dalam era COVID-19, kami telah merancang untuk #MelRoars dipadankan dengan sambutan musim terbaik AEON. 


“Peluang bekerjasama dengan Melinda Looi bukanlah satu kebetulan. Beliau juga menerajui Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (Malaysian Official Designers Associations) atau MODA sebagai Presidennya. Didokumentasikan dengan baik untuk reka bentuk avant-garde dan gaya retronya, #MelRoars memberikan musim perayaan ini satu sentuhan warisan yang tersendiri, juga menggambarkan kebanggaan kami dengan warisan Malaysia," kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, AEON. 



Koleksi #MelRoars boleh didapati di sebelas (11) cawangan AEON di seluruh Malaysia di Taman Maluri, Bandar Utama, Mid Valley, Bandar Puchong, Metro Prima, Seremban 2, Tebrau City, Cheras Selatan, Queensbay, Bukit Tinggi, dan Bandaraya Melaka, serta dalam talian di AEON Lifestyle. 


Jadi sempena Tahun Baharu CINA tak lama lagi apa kata bergaya dengan rona merah yang menjadi warna pilihan sambutan.


Jom cepat membeli-belah sebelum ‘putih mata’ lak.



#MelindaLooi #MelRoars #AEON #TahunBaruCina #Fesyen #Kreatif #SediaPakai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan